ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 August, 2008
Ina o Ina
"abg... tlg dtg umah segera, urgent".
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.
Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.
Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.
Baca kisah Ina selanjutnya, klik -
Ina o Ina
Lawak pendek - tak lulus ujian
Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan
Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab " saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila itu dilepaskan.
Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... " lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital"
CARTA DOSA
Berdasarkan carta di bawah, boleh check saham kita dah sampai mana
CARTA DOSA
JASA ANDA DI DUNIA | ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT |
1. Meninggalkan sembahyang | - Ular Saqar sedang menunggu |
2. Melewat-lewatkan sembahyang | - Neraka WAIL sedang menganga |
3. Meringan-ringankan syariat | - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar |
4. Mengumpat peribadi orang | - Gunting neraka sedang diasah |
5. Menyebarkan gossip atau fitnah | - Duri- duri menanti anda di taman neraka |
6.. Tidak menjaga pergaulan | - Libasan api neraka dijanjikan |
7. Tidak berakhlak dengan manusia | - Kemurkaan Allah bersama mu.. |
8. Menyakiti hati orang dengan lisan | - Masuklah mana-mana pintu neraka |
9.Meringankan amanah |
Fakta atau auta?
. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!
20 August, 2008
Kemalangan Olimpik
This is the moment Hungarian weightlifter Janos Baranyai's first Olympics ended in agony when he dislocated his right elbow in the ugliest moment yet of the Olympic weightlifting competition.
More pics: http://stranges-world.blogspot.com/2008/08/olympic-accident.html
Lucu tapi benar
Nak di kisahkan gelagat sesetengah orang nie kadangkala nak katakan lucu tapi kekadang ada lak kebenarannya... ..>>
Ada orang perempuan punya le berlambak kain tudung berbagai warna yang di belinya complete semua warnatapi kekadang yang satu warna tu le yang dia sukapakaii... ..
Ada lelaki yang suka membeli baju jersi kelab bolasepak kesayangan nya berbagai jenama kelab dia ada tapi yang hairannya dia tak pandai pun main bola.sepak...
Ada orang kaya membeli beras berkampit kampit dirumah tapi dia masih makan steak meteak roti dsb..beras/nasi untuk tetamu je katanya... .
Ada orang memang berminat membeli motosikal/kereta baru berbagai jenama tapi yang skuter/mini minor buruk tu jugak le yang di bawa dan di tungganginya... .
Ada orang yang suka membeli drill dan perkakas mengecat rumah kononya nak tebuk wiring sana wiring sini cat sana cat sini tapi yang hairannya si tukang letrik dan tukang cat jugak le yang di upahnya... ..(hmmm dasar dah malas nak buat camna)
Panduan menumbuk sambal belacan
* Kepada adik-adik di bawah usia 6 tahun sila dapat kebenaran mak dulu utk mengelak sebarang kecederaan yang tak di ingini.
*pastikan tak mempunyai alahan kepada belacan yang boleh menyebabkan masalah keradangan yang serius.
*gunakan 'google' untuk melindungi bijik mata dari percikan lada.Rasa nak pakai baju ujan pun leh jugak,kalau takut terpercik satu badan.
*para suami tak digalakkan cari pasal atau memulakan pergaduhan semasa isteri sedang menumbuk sambal belacan.
*fokus dan hindari menyanyi semasa menumbuk sambal belacan kerana air liur korang boleh terpercik sekali,itu boleh tahan lagi tapi,kalau taik gigi...
*menggunakan lesung batu,jika pakai blender maka ia bukanlah digelar sebagai menumbuk sebaliknya dikenali sebagai memblender.
Antara cinta & kawan
19 August, 2008
Langkah Syaitan Menelanjangi Wanita
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Baca artikel penuh >>>>>
Langkah Syaitan Menelanjangi Wanita
Tahu tapi buat tak tahu
1- Kiter tau aper yang nak di makan,tapi tak tau aper yang akn jadi selepas di makn... ..
2- kiter tau tiap2 bulan mintak duit kat mak bapak nak bayar cours fee,tapi tak tau mak bapak kerja bagai nak rak... ... .
3- Kiter tau nak awek yang lawa jer,tapi tak tau hati budi dia...
4- kiter tau nak kawin jer,tapi tak tau aper erti perkahwinan,tu yang jadi macam2 masaalah..perceraian dan haruan makan anak...
5- Kiter tau api tu panas dan boleh membakar,tapi tak tau api kat neraka lagi panas dan membakar... .
6- Kiter tau bawak anak orang pegi dating memang seronok,tapi tak tau family dia risau dan runsing tentang keselamtan anaknya...
7- Kiter tau pandang orang buat maksiat,tapi tak tau plak nak pegi tegur yerlah takut kena pukul ye tak...
8- Kiter tau nak korek keburukan orang lain,tapi tak tau nak nengok keburukan sendiri
9- kiter tau rokok tu mmbahayakn kesihatan,tapi tak tau plak nak berenti merokok... ..
10- kiter tau nak surfing enternet,layan blog isu hangat tapi tak tau kerja dah melambak tak settle lagi macam aku... ... ... ..
Sama-sama muhasabah diri setiap hari