adsense

22 August, 2008

Rahsia penggunaan cmd.exe







Hohoho , Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE sudah terbit

Berita baik untuk anda, ebook dan video Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE dalam bahasa melayu pertama di Malaysia sudahpun terbit. Ia dihasilkan oleh Dr.CMD dengan kerjasama Din Beramboi dan Kento.

Tahukah anda apa itu CMD.EXE ?

Dengan Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE, anda boleh :

1. Membina blog dengan pantas yang mengandungi beratus-ratus
halaman menggunakan CMD.EXE.
2. Menghantar mesej kepada rakan walaupun tiada sambungan internet.
3. Membuat salinan file yang penting dalam sekelip mata.
4. Menamakan semula file yang banyak dengan cepat.
5. Mempercepatkan format komputer dan membuang virus.

dan banyak lagi... anda boleh lihat di sini:

http://www.pro-cmd.info

Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE ini sesuai untuk sesiapa sahaja
samada usahawan internet atau orang biasa.

Ebook dan Video ini adalah yang pertama diterbitkan di Malaysia
dalam bahasa melayu. Baik {firstname_fix} dapatkan sekarang kerana
harga promosi hanya sehingga 26 Ogos 2008.

http://www.pro-cmd.info

Salam ebiz,
blalang

Harga minyak turun








Harga Petrol Dan Diesel Turun Mulai Esok, Umum Abdullah

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter, katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Harga baru bahan api itu ditentukan dengan mengambilkira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos hingga 21 Ogos serta penetapan subsidi 30 sen seliter manakala subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk diesel berdasarkan harga baru itu ialah sebanyak 50 sen setiap liter.

Tempat paling romantik









Bayangkan kita boleh duduk sambil berpegangan tangan?menghirup udara
segar?dan meluahkan perasaan masing2 dgn kata2?dan akhirnya lega dgn apa
yang di lalui bersama?.romantik tul tempat ni..


Kisah Imam Masjid Wilayah- Saksi Sumpah Laknat Saiful







Tak tahu kebenaran cerita ini, dapat dari email. Sama-sama kita siasat;
-Admin




RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar.
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi
"Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext :158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137

Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam

RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi Tarikh Lahir : 26 Jul 1979 Jantina : Lelaki Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20 Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN : 044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang
Mari kita cuba semak no KP (790726125443) di
atau klik di sini SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI PERMATANG PAUH
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

Teknik mencegah buah betik jatuh









Gambar perkahwinan malique(too phat) & melissa maureen







Dalam senyap-senyap, Malique (Too Phat) & Melissa Maureen telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di'Bali, Indonesia pada 8.8.2008 lalu. Sedang media sibuk mengejar Lan Pet Pet dengan adik Rozita Che Wan, pasangan yang low-profile ini melangsungkan majlis dalam tema yang aku sendiri kurang pasti.

Malique berbaju melayu lengkap tetapi Melissa memakai pakaian ala-Barat dan majlis selepas kahwin juga sangat kuat pengaruh Barat.

credit to ohbulan.com



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us
*Klik gambar untuk zoom in dan gambar-gambar lain

21 August, 2008

Portal kereta







Portal Malaysia berkenaan dengan kereta samada kereta untuk dijual,dibeli atau disewa. Juga panduan membeli kereta,panduan penyelenggaraan,event dan bermacam-macam lagi jika mendaftar sebagai ahli portal tersebut dan boleh join forum.

Jom daftar ke Portal Perniagaan kereta PERCUMA!

Tak Perlu Photoshop







Nak buat grafik yang cantik tetapi tak pandai Photoshop? Klik ebook di bawah untuk maklumat lanjut. Harga promosi Merdeka


Keluhan seorang suami













Ina o Ina







"abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Baca kisah Ina selanjutnya, klik -

Ina o Ina

Lawak pendek - tak lulus ujian







Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab " saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... " lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital"

CARTA DOSA







Berdasarkan carta di bawah, boleh check saham kita dah sampai mana

CARTA DOSA

JASA ANDA DI DUNIA

ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT

1. Meninggalkan sembahyang

- Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang

- Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat

- Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang

- Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah

- Duri- duri menanti anda di taman neraka

6.. Tidak menjaga pergaulan

- Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia

- Kemurkaan Allah bersama mu..

8. Menyakiti hati orang dengan lisan

- Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah

Waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri Johor 2008







Selamat menyambut Ramadhan, untuk negeri Johor jer dulu..kalau ada lain nanti saya kongsikan.tq







Fakta atau auta?







. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!
Blog Widget by LinkWithin