adsense

26 August, 2008

10 orang terkaya di dunia








Klik atas gambar untuk maklumat lanjut

Untuk yang bekerja ofis







Hot line 24X7 365 days







Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."
Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!"
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
atau...
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

1 day u have to go alone…!!!







1 day u have to go alone…!!!

Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia







Mohd Sabri Said
Mon | Aug 25, 08 | 9:18:03 am MYT

TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.



Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

25 August, 2008

Di mana boleh cari ramai Melayu







Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

23 August, 2008

Penyakit kencing manis







Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

- Kerap membuang air kencing
- Sentiasa berasa dahaga
- Selera makan meningkat
- Letih
- Hilang berat badan
- Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
- Luka yang lambat sembuh
- Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.


Petua haluskan kulit







Kulit yang kasar dan kelihatan kering tentu merisaukan , terutamanya kaum perempuan.

Justeru, cara yang paling mudah untuk menjaga kulit muka agar licin dan sentiasa segar antaranya ialah dengan mengamalkan petua berikut;.

mencuci muka terlebih dulu dengan air yang bersih... diikuti pula dengan air limau nipis... bilas sehingga bersih.. lap muka sehingga kering.

ambil 3 camca susu tepung ( sebarang jenama) bancuh dengan air suam,.. agak-agak tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair..

sapukan lah.. ke muka anda... biarkan sehingga kering.. seperti memakai masker.

sudah kering... cuci masker susu tadi dengan menggunakan span yang basah sehingga hilang dan diikuti dengan mencuci dengan menggunakan air yang bersih..

buat la.. beberapa kali... kulit muka anda akan bersih dan halus...

insya Allah.

dipetik daripada buku Amina Haji Noor : PETUA AWET MUDA AMALAN DAN PANTANG LARANG.

Lawak pelajar UITM







disebuah taman perumahan ,disitu terdapat sebuah rumah yang menempatkan pelajar dari universiti UITM...
ada sebuah rumah dari blok yang keberape x berape ingat lah... terdapat sekumpulan peljar lelaki duduk disitu..didalam rumah itu terdapat beberapa orang dari bbrapanegeri iaitu dari perak,kedah kelantan ,johor..

kisah ini bermula dari rumah itu...
pada suatu pagi,dalam keadaan hening mereka bersiap-siap untuk ke kelas pada pagi itu...

tiba-tiba... masaooklah..masaooklah..masaooklah..


SI A:... masaooklah..masaooklah..masaooklah..
SI B e yang masaalah nye kamu ni...
SI C:ye ape masaalahnye...
SI A:... masaooklah..masaooklah..masaooklah..
SI B:ye le aku tau le ko ade masaalah, tapi pe masaalah nye??
SI C:hah pe masaalah nye kamu ni...
SI A:... masaooklah lah..masaooklah..
SI B DAN SI C mendengar kata2 itu dan dia terfikir akan kata2 SI A..
rupe 2 nye dia bukan nye cakap pasal masaalah dia..tapi dia cakap my sock lost..my sock lost..dalam bahasa kelantan
rupe2nye dia ni hilang stokin..ish..ish..ish..buat suspen jer...

Cerita yang tak logik







Satu hari wak kasim hendak pergi memancing ditengah laut. setelah semua peralatan memancing dibawa,wak kasim pun menaiki sampan sehingga di tenggah laut.tiba-tiba sampan wak kasim pun bocor... dia pun menggelabah... puas di carinya pelampung..tetapi tak jumpa... .oh! baru dia teringgatrupa-rupanya pelampungnya tertinggal di rumah... wak kasim pun cepat-cepat berenang hingga ke pantai hendak balik kerumah untuk ambil pelampungnya... .

Iklan Petronas Merdeka 2008







Iklan Petronas semasa raya dan hari merdeka biasanya menyentuh perhubungan antara kaum, keluarga dan sebagainya yang best dan mempunyai jalan cerita yang menarik.

Tahniah Petronas kerana beriklan sambil memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia



Boleh juga download video :






Cucu kureng ajar







Suatu hari seorang datuk memarahi cucunya kerana mendapat "5E" dalam UPSR.

Datuk: Kau ni kenapa asyik dapat "E" aje.Kawan2 kau semua dapat "5A".

Cucu : Atuk ni kenapa?Saya x pernah marah atuk sebab x ikut jejak kawan2 atuk.

Datuk: Tak sama macam mana?

Cucu : Semua kawan2 atuk dah meninggal kan..........

Datuk: Nak kena belasah cucu ( Berkata dalam hati )

Khasiat Surah Pendek







Khasiat Surah Pendek- wallahualam
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


Baca artikel penuh:

Khasiat Surah Pendek - Wallahualam..
Blog Widget by LinkWithin