adsense

28 August, 2008

Logo dan Tema Merdeka ke 51







Lagi beberapa hari kita nak menyambut hari kemerdekaan ke 51 tetapi ramai lagi yang tak tahu kita dah tukar logo dan tema.


Kredit kepada AnuarDan pencipta logo tersebut.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu! .Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu! Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

27 August, 2008

Salam Ramadhan







ASSALAMUALAIKUM WBT......

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &
MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

JANGAN CURI2 ..... JANGAN KEJA ..... JANGAN BUAT ...... JANGAN ASIK ...... JANGAN ASIK BANYAK2 LA BERSABAR......

MESTILAH SENTIASA
.........



BYE2..........
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S..W.T, insyaallah.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA




Pesan nya:

Selamat tinggal kengkawan... jangan sedih..

aku cuti sebulan jer...

TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!!

pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!

Maaf Zahir Batin..
Selamat menyambut Ramadhan...
Berwaspada kerana akan berjumpa dia lagi di bulan Syawal....

Ambil kesempatan ini untuk:

Selamat Beramal!!!

Jangan lupa !!!

Solat Tarawikh

Bertadarus

dan

Mengeluarkan

Zakat

Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!


Pernikahan Fifi Nor Hafiza Shaharudin ( X pengacara Bersama Mu)











Gambar oleh minaq_jinggo

Petua untuk murah rezeki







Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahualam

Gambar Proton MPV







Klik sini untuk lain-lain gambar Proton MPV<<<



Keajaiban Al-Quran







Ayat-ayat Al-Quran tidak dimakan anai-anai


Klik gambar untuk maklumat lanjut





Hendak berwajah cantik?







* Bangun awal pagi untuk solat Subuh.
Air wudhu' yang mengenai muka boleh menegangkan muka

* Menunaikan solat Zuhur di tengahari.
Air wudhu' yang mengenai muka boleh mencerahkan wajah.

* Tidak melalaikan solat Asar yang air wudhu'nya boleh membersihkan dari kekotoran asap dan habuk asing.

* Tidak berlengah untuk solat Maghrib.
Air wudhu; yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung dan mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya' di waktu malam.Air wudhu' yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemurungan.

Malunya saya







Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.

Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?

Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!

"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.

"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.

"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"

Lerr... tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.

Lawak - Kisah keluarga penipu







Pada satu masa dulu yang tak tau bila ada la tinggal satu keluarga yang terdiri daripada 3 orang, bapak, emak dan anak lelaki mereka yang selalu saja rileks kerjanya. Adapun masalah sebenar mereka adalah mereka ini suka sangat bercakap bohong, malah boleh kata macam hobi pulak. Sehari kalau tak menipu memang terasa tak lengkap hidup. Memang tak lalu makanlah.

Maka pada satu hari, ditakdirkan isteri lelaki terbabit meninggal dunia. Mati tanpa sebab, tetiba jer. Maka beritahulah sibapa kepada anaknya."Kau pergilah bagitau kat Imam dan orang2 kampung berita sedih ini, untung untung ada orang boleh tolong.. aku tak boleh pergi sebab kaki aku sakit... "

Si anak yang memang tau bapak dia menipu hanya mengangguk. Dia berlalu pergi.

Setelah berita itu di sampaikan kpd orang kampung maka tiada seorang pun yang percaya akan berita yang disampaikan. Mana taknya itu bukan kali pertama berita semacam itu didengar. Maka pulanglah si anak dengan wajah yang hiba. Berita itu disampaikan kepada si ayah.

Si bapak dengan wajah yang kesal akhirnya bersuara. "Aku ingat sudah sampai masanya kita berubah... tak boleh menipu lagilah. Pagi esok kau ikut aku, kita pergi ke lubuk kat hujung kampung sana, aku semalam bermimpi dan diberitahu bahawa sesapa yg nak buang sikap buruk, dia kenalah buktikan dengan terjun dan campakkan sifat buruk dia jauh ke dalam lubuk. Camna?"

Si anak hanya mengangguk sahaja kerana tiada lah ia mampu menandingi skill menipu bapaknya yang memang luarbiasa itu.

Pagi keesokan harinya, setelah jenazah diuruskan, mereka bergerak ke lubuk misteri seperti yang dirancang.Setelah sampai berkata si bapak dalam hatinya. "Ini kalau aku terjun dulu ni mahu lemas dan hilang macam tu saja, ish bahaya ni... " Lalu dia bersuara, "Leman (nama anak dia ler)... kau terjun dulu biar aku berkawal, kat sini memang keras, org berpengalaman macam aku jer yg boleh mengawal keadaan dan keselamatan dgn baik".

Si anak tanpa membuang masa terus saja terjun ke dalam lubuk sambil si bapak menunggu. Seminit... Dua minit... tiga minit... Si bapa mengeluh. "Dah mati ke budak ni?. Lama betul... "

Pada masa yang sama sebenarnya si anak sedang bertarung dengan nyawanya di bawah permukaan air. Sebaik sahaja terjun kakinya telah tersangkut di akar pokok dan dia tidak dapat menimbulkan dirinya kembali. Sudah tentulah setelah berlaku tarik menarik akhirnya dia berjaya lalu timbul di permukaan air.

"Apa yang kau buat lama sangat kat bawah tu?" tanya sibapak kehairanan. "Huh, mau nya tak lama pak, kat bawah tu macam2 ada, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan. Semuanya free belaka. Ada nasi goreng, roti canai, Kenny Rogers dan macam macam lagi. Kalau tak teringatkan bapak sorang sorang kat sini saya ingat dah tak nak naik lagi dah.."jelas anaknya dengan penuh penghayatan.

Cerita si anak tadi telah menyebabkan asid di dalam perut dibapak tadi mengeleggak. "Dari semalam tak makan, ini kira best giler dah ni, baik aku terjun.."nekad si bapak. Dush... si bapak tadi terjun ke dlm lubuk kepala dulu dengan kecepatan yang tak boleh dijelaskan. Kepalanya terhantuk dengan batu dan berdarah teruk. Tak sampai seminit dia timbul kembali. Si anak bertanya, "Bapak, apa yang telah berlaku?" Bapak dengan selamba menjawab

"Tu la hang, lain kali kalau nak makan bayar laa.. tak pasal2 aku kena belasah sebab hang makan dan minum pas tu tak bayar... "

26 August, 2008

Anwar Menang Majoriti Besar







KEPUTUSAN PILIHANRAYA PERMATANG PAUH

Proses mengumpulkan kad pengenalan pengundi di Seberang Jaya
Sumber

Email dari guru ajaran sesat







Di era ICT ni, pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyebarkan ajaran-ajaran yang meyimpang dari agama Islam yang sebenar dengan mudah. Orang yang kurang mempunyai asas agama yang kukuh muda terpedaya dengan cucukan jarum iblis mereka. Oleh itu berhati-hatilah semasa menerima email, membaca dari blog/website yang seakan-akan berunsur ketuhanan tetapi sebenarnya menyesatkan manusia.

Di harap sahabat-sahabat di luar sana berhati-hati dan sentiasa merujuk ustaz-ustaz atau ulama-ulama yang muktabar mengenai susuatu mengenai agama dan janganlah mudah percaya dari ilmu yang disampaikan oleh ntah sapa-sapa.

Email dari "Rasul Melayu" dan siapa dia "Rasul Melayu" boleh di lihat DI SINI
Blog Widget by LinkWithin