ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
04 September, 2008
03 September, 2008
Histeria - kenapa hanya gadis Melayu di rasuk
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina danindia . Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
kes histeria disekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.
Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""
""Aduhai... kekekeekeeee...""
Gambar benar atau palsu?
Semua orang tau komputer boleh edit gambar dengan mudah sahaja bagi kepada yang pakar. Banyak kemunculan gambar-gambar aneh yang rupanya adalah palsu dibuat oleh mereka yang pakar Photoshop untuk mengelirukan khalayak. Biasalah tu untuk tujuan sensasi dsb
Ular memancing kambing..
Benar
Kononnya tengkorak Nabi Adam
Palsu
Untuk mengetahui 40 gambar-gambar lain- klik DI SINI
6 perkara sempurna puasa
Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:
1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.
2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.
3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud:
�Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.� (al-Maidah:42)
4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.
Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.
6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.
Wallahualam..
02 September, 2008
Ujian mata
Cuba anda baca perkataan di bawah:
Jika anda kata “A bird in the bush,” dan sebenarnya anda gagal dalam ujian ini
Satu ciuman satu meter
Di sebuah kedai kain, seorg gadis cun tgh memilih kain. Disebelahnye terdapat seorg jurujual lalaki yg agak macho dan hensem. Setelah menemui kain yg sesuai, gadis tersebut bertanyakan harganye...
Gadis cun : bang, kaian yg nie berapa ringgit semeter?
Jurujual lelaki : cik adik manis nye pasal, semeter abg minta sekali ciuman aje..
Gadis cun : ok..sy setuju..so bg sy 20 meter..
Jurujual lelaki tersebut terus memotong kain yg diminta dgn hati yg amat gembira. setelah selesai, jurujual tersebut menyerahkan kain kpd gadis cun dan menuntut bayarannya...
Gadis cun : nenek sy kt luar tu akan bayar... .
Tumpukan perhatian semasa belajar
Walau pun cerita ni nampak macam lawak, ada pengajaran dalam cerita ini.
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor”, kata pensyarah itu.
“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”, katanya…sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….
“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk… ..
SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….PAHAM!!!!
Faedah Wuduk Dari Sudut Kesihatan
Faedah Wuduk Dari Sudut Kesihatan
1)Mengembalikan kecerdasan badan dan akal, menggerakkan hati dan memperkuatkan pergerakan pernafasan.
2)Badan yang sihat dari jiwa yang tenteram. Orang yang mengekalkan wuduk berjiwa tenteram, tidak mudah marah. Dengannya menjauhkan dia daripada sebarang penyakit kerana penyakit berpunca daripada perut ( hati ).
3)Dengan menyedut air bersih ke dalam hidung, ia dapat membersihkan lubang hidung yang menjadi laluan pernafasan. Ia penting untuk mengelak daripada jangkitan kuman.
4)Membasuh muka, telinga dan tangan boleh mengelakkan seseorang itu daripada sebarang penyekit kulit atau penyakit yang dibawa oleh bakteria.
5)Sentiasa bersih dalam wuduk akan mencerahkan dan memudahkan menghafaz.
Wallahualam...
Jadual Berbuka Puasa Seluruh Malaysia
Internet - Kaya Maklumat, Tetapi Tapislah..
"Senang je nak tahu jawapan, carik je dalam google search nanti adalah tu.."
Internet - dunia tanpa sempadan yang tiada batasan dalam hubungan antara yang dekat dan yang jauh. Begitulah juga dengan apa sahaja yang dipanggil sebagai maklumat.
Di sini anda mudah hendak mencari apa sahaja isu terkini yang tidak terbilang jumlahnya. Banyak perkara yang boleh disimpan, diterima, diluahkan dan dibuang.
Kemungkinan - anda akan berhadapan dengan maklumat yang palsu, yang memberikan provokasi, yang menarik minat, yang merayu, yang memberi kesedaran, dan ada kalanya juga boleh memberikan kesusahan serta kemusnahan sekiranya tiada alat penapis iaitu ILMU PENGETAHUAN DAN IMAN.
Di dalam Internet ini, sekiranya saya memerlukan jawapan dari persoalan agama saya akan memastikannya ia tidak lari dari mazhab syafie dan asya'irah sebagaimana yang telah dipersetujui oleh majoriti ulamak ahlu sunnah wal jama'ah. Oleh itu, apapun persoalan agama yang didahulukan adalah dari mazhab syafie dan sekiranya ada situasi yang tidak dapat dielakkan maka barulah melihat kepada mazhab lain pula. Begitulah dari soal aqidah, saya mengikut pendapat khalaf yang salaf. Iaitu dari aliran asya'irah. Sebab saya yakin dengan pasti ia adalah aqidah ahlu sunnah wal jama'ah sebagaimana yang telah dipelajari sejak dari sekolah agama dahulu. Semuanya ada disertakan dalil dan hujjah dari al Quran dan Hadith serta syarah dan pandangan dari ulamak muktabar.
Di Malaysia ini umumnya mufti di seluruh negara adalah mengikut mazhab syafie dan aliran asya'irah (kecuali mufti perlis). Saya percaya mengikut ijmak ulamak dan majoriti muslimin adalah wajib. Maklumlah, di kala ini pelbagai serangan ideologi dan fahaman telah menyusup masuk di dalam minda para pelajar terutamanya mereka yang kurang didikan asas dalam perkara aqidah. Begitu juga dengan profesional dan ada juga dari negara lain yang menyebarkan fahaman yang pelik dan ganjil dari pendapat majoriti ulamak seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang.
Baca artikel penuh:
Internet - Kaya Maklumat, Tetapi Tapislah..<<<
01 September, 2008
Duit Datang Bergolek
Duit Datang Bergolek Walaupun Anda Sedang Goyang Kaki?
Anda pernah diberitahu oleh seseorang... duit tidak akan datang bergolek sendiri jika anda hanya bergoyang kaki. Satu saranan yang biasa anda dengar, bukan?
Percaya atau tidak, kenyataan tersebut tidak 100% tepat. Ianya boleh terjadi jika anda menggunakan cara yang betul.
Mengejutkan?
Benarkan kami memperbetulkan sedikit tanggapan tersebut. Anda boleh "bekerja" sekali, seminimum yang mungkin. Kemudian, anda boleh goyang kaki dan nikmati hasil atau keuntungan daripada usaha minima anda tadi secara automatik pada hari-hari berikutnya!
Ianya bukan rekaan, tetapi satu realiti yang pasti. Berikut adalah buktinya...VIDEO USAHAWAN
Subscribe to:
Posts (Atom)