ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
05 September, 2008
Resipi kuih muih Melayu
Antara Manusia, Malaikat Dan Binatang
Malaikat diciptakan dengan akal tanpa diberi hawa nafsu, sedangkan binatang dianugerahi hawa nafsu tanpa dianugerahi akal. Adapun manusia, ia dianugerahi kedua-duanya (akal dan hawa nafsu).
Jika akalnya berkuasa dan sedar tentang tujuan penciptaannya, maka di sisi Allah ia lebih mulia daripada malaikat. kerana malaikat tidak memiliki hawa nafsu sehingga tidak makan, minum ataupun menikah.
Manusia dapat mencapai tingkat ketaatan hanya melalui mujahadah (bersungguh-sungguh) dan usaha menundukkan hawa nafsunya, sedangkan malaikat diberi tabiat hanya untuk taat kepada Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran yang ertinya:
"Mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya." (Al-Tahrim, 66:6)
Manusia yang soleh lebih baik disisi Allah SWT daripada malaikat. Jika manusia mencapai tingkat ketaatan yang tinggi dan tidak melakukan kemaksiatan, maka ia mirip malaikat. Darjat itu dapat dicapai hanya dengan melalui kesabaran dan perjuangan, kerana manusia berbeza dengan malaikat.
Sebaliknya, apabila seseorang dikuasai oleh hawa nafsunya, dan mengikuti perilaku binatang, maka ia lebih hina daripada binatang itu sendiri di sisi Allah SWT. Allah berfirman yang ertinya:
"Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf, 7:179)
..petikan dari buku Jangan Lalai..
Wallahua'lam...
Tan Sri Samad Ismail Meninggal Dunia
Tokoh Wartawan Dan Pejuang Kemerdekaan, Tan Sri Samad Ismail Meninggal Dunia
Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.
Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.
Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Ansar kepada Bernama di sini.
Nuraina dalam blognya "Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin" hari ini berkata dialisis kedua bapanya pada pukul 5.30 petang ini gagal, malah tekanan darahnya semakin menurun.
04 September, 2008
20 amalan murah rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Orang yang wajib imsak
Orang-orang yang berikut dibawah ini adalah diwajibkan imsak, yakni menahan diri daripada makan minum waktu siang hari pada bulan ramadhan, sekalipun mereka itu dikira tidak mengerjakan puasa:
* Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.
* Orang yang meninggalkan berniat puasa pada waktu malamnya.
* Orang yang kesiangan pada makan sahurnya.
* Orang yang berbuka kerana menyangkakan masuk matahari rupa-rupanya masih siang.
* Orang yang menyangkakan 30 Sya'ban, kemudian ia mengetahui telah masuk satu ramadhan.
* Orang yang berlebih-lebihan pada berkumur-kumur dan masuk air ke dalam hidungnya.
Orang-orang yang tidak wajib imsak:
* Kanak-kanak yang hampir baligh.
* Orang gila ketika sembuh.
* Orang kafir pada ketika masuk Islam.
* Orang yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat yang dituju.
* Orang yang sakit pada ketika sembuh.
Kisah air tin
sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.
kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."
si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .
kadi pun tanye si jantan... "hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"
"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.."hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "
P/S :
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "
03 September, 2008
Histeria - kenapa hanya gadis Melayu di rasuk
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina danindia . Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
kes histeria disekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.
Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""
""Aduhai... kekekeekeeee...""
Gambar benar atau palsu?
Semua orang tau komputer boleh edit gambar dengan mudah sahaja bagi kepada yang pakar. Banyak kemunculan gambar-gambar aneh yang rupanya adalah palsu dibuat oleh mereka yang pakar Photoshop untuk mengelirukan khalayak. Biasalah tu untuk tujuan sensasi dsb
Ular memancing kambing..

Benar
Kononnya tengkorak Nabi Adam

Palsu
Untuk mengetahui 40 gambar-gambar lain- klik DI SINI
6 perkara sempurna puasa
Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:
1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.
2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.
3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud:
�Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.� (al-Maidah:42)
4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.
Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.
6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.
Wallahualam..
02 September, 2008
Ujian mata
Cuba anda baca perkataan di bawah:
Jika anda kata “A bird in the bush,” dan sebenarnya anda gagal dalam ujian ini
Satu ciuman satu meter
Di sebuah kedai kain, seorg gadis cun tgh memilih kain. Disebelahnye terdapat seorg jurujual lalaki yg agak macho dan hensem. Setelah menemui kain yg sesuai, gadis tersebut bertanyakan harganye...
Gadis cun : bang, kaian yg nie berapa ringgit semeter?
Jurujual lelaki : cik adik manis nye pasal, semeter abg minta sekali ciuman aje..
Gadis cun : ok..sy setuju..so bg sy 20 meter..
Jurujual lelaki tersebut terus memotong kain yg diminta dgn hati yg amat gembira. setelah selesai, jurujual tersebut menyerahkan kain kpd gadis cun dan menuntut bayarannya...
Gadis cun : nenek sy kt luar tu akan bayar... .
Subscribe to:
Posts (Atom)










