Kalau makan berlebihan, nak solat tarawih pun tak larat..

ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
Dr Osman tampil pertahan laporan kes liwat Dilulus terbit pada Thursday, September 04 @ 16:33:51 MYT oleh greenboc |
Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.
Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.
"Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar," kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.
Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.
Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.
Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.
Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.
Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.
Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.
Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.
Tokoh Wartawan Dan Pejuang Kemerdekaan, Tan Sri Samad Ismail Meninggal Dunia