ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
08 September, 2008
Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.
- Credit to Tok_Aslim.
kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...
1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 300
kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0
kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config
1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests
2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -
network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)
3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0
dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)
kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba......
Kredit to putera aslim at webkl.net
Siapa punya ni?
Conteng-conteng yang superb
Teringat masa sekolah dulu, time cikgu kat depan dok mengajar kita kat belakang sikit punya tunduk. Ingatkan menulis tapi melukis aka conteng-conteng buku.. haha sebab tu tak pandai. Tiada konsentrasi.
Tapi conteng-conteng yang bawah ni... bukan sebarang sketch...ada klasss beb..
Klik di sini untuk melihat lain-lain koleksi
Jejak-jejak 16 September
Tinggal seminggu lagi, tarikh keramat 16 September. Tarikh yang diberi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk Pakatan Rakyat memerintah Malaysia apabila dijangka 40 orang ahli parlimen BN akan swing ke Pakatan Rakyat memasuki PKR/DAP atau PAS.
Gambar ihsan dari http://annasru.wordpress.com/
UMNO nampaknya semakin kalut , UMNO terus berlaku konflik dalaman, perebutan jawatan Ketua Bahagian dan sebagainya macam -macam berlaku dalam sebulan ini . Malah isu hangat - Najib mewakili UMNO meminta maaf atas ucapan Ahmad di Permatang Pauh tetapi Ahmad pula lawan tauke dengan lantang berkata dia tak perlu minta maaf. Dr M pula ingin menjadi juara orang Melayu berkata dalam blognya orang Melayu tidak perlu meminta maaf kerana tiada maaf dari India melalui kes Hindraf sedangkan Hindraf mengatakan mereka tidak memusuhi Melayu tetapi memusuhi UMNO.
Terbaru, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong telah menerima tawaran untuk menyertai pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sebelum ini, Bekas AJK MCA Pusat, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew beserta 2,079 ahli yang lain juga telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Walau apa pun sama-sama kita tunggu dapat tak kita cuti umum pada 16 September ini.
DSAI memang handal berpolitik tetapi alangkah indahnya kalau DSAI jadi PM dan TPMnya dari PAS, Tuan Guru Nik Aziz atau Haji Hadi.
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Harakahdaily dimaklumkan pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP kini sedang memulakan mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat KeADILan, di Mercant Square dekat sini bermula jam 10.00 pagi tadi.
Antara yang kelihatan memasuki pejabat KeADILan bagi menyertai mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad; Dr Zulkifly Ahmad; Bendahari KeADILan, William Leong.Harakahdaily difahamkan Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub turut akan menyertai mesyuarat bersama kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini.
Antara isu yang bakal dibincangkan hari ini ialah isu perpindahan anggota Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat yang kini menjadi isu besar yang memberi tekanan kepada BN.
Berita dari Mstar.
Kerusi Pensiangan dimenangi calon BN dibatal
08-09-2008 11:50:16 AM
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini memutuskan bahawa kemenang kerusi Pensiangan yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN, Tan Sri Joseph Kurup (gambar) pada Februari lalu tidak sah.
Ia diumumkan di Kota Kinabalu pagi tadi.
Ia merupakan antara kerusi Parlimen yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 awal tahun ini.
Keputusan tersebut dijangka akan membawa kepada pilihan raya kecil.
Bagaimanapun keputusan mahkamah itu boleh dirayu dan rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan.
Mahkamah Tinggi Pilihan Raya pada awalnya menetapkan 17 September ini untuk memberikan keputusannya mengenai petisyen pilihan raya kerusi tersebut.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai, 41, bagi kerusi Pensiangan, mengemukakan petisyen itu dan menamakan Kurup sebagai responden pertama dan Bubudan sebagai responden kedua.
Reply message dari stranger
Tak tau kebenaran cerita ini. Saya bukan pengguna Maxis..saja menyampaikan.
Below was the content taken out from my friend's email to me, this was what happened to him this morning (14-8-08), so every one of us has be careful when you receive any SMS from strangers.
"This morning, while I still sleeping, I heard my hand phone SMS tone ringing. I read the message from number 012-4928392 with content - 'Long time no see already, how are you now?'. I thought it was from an old friend... hence I replied 'Fine how are you'
Then at 10:30am, I received a message from the same number and the content shocked me - 'Anda telah memilih untuk mengaktifkan perkidmatan kami, cash sebanyak Rm10/mingguan akan dikenakan sebagai yuran perkidmatan. Untuk membatalkan perkhidmatan, sila SMS FINE OFF kepada number 333431 dan sebanyak RM20 dikenakan untuk setiap sesi pembatalan.'
I quickly check my balance and ... RM15 had been substracted from my account.
Masjid Al - Astiglal, Jakarta, Indonesia
Ramainya solat di Masjid Al - Astiglal, Jakarta, Indonesia. Masjid ada 3 tingkat semuanya penuh. Tak pasti ni solat Tarawih atau solat Jumaat tetapi orang Indonesia ni memang rajin solat tarawih. Jika di sini pun,kelihatan minah-minah kilang warga Indonesia berduyun-duyun pergi surau/masjid untuk solat tarawih, jadi tak hairanlah kalau di Jakarta, masjid boleh penuh camni. Di Malaysia pula juga menunjukkan bilangan jemaah yang ramai di mana-mana surau dan masjid. Alhamdulillah ramai yang solat Isya' berjemaah.
Malangnya, jemaah akan berkurang semakin dekat menjelang Syawal, susut dan susut dan kembali sepi selepas Raya..sedihnya.
Pernah dengar ceramah Agama,nama ustaz dah lupa yang mengatakan orang Islam hanya kuat dan boleh melawan bagsa Yahudi ialah apabila orang Islam yang solat berjemaah di Masjid/surau pada waktu Subuh sama ramai dengan solat jumaat.
Wallahualam..
Klik atas gambar untuk ke blog asal untuk zoom in.
Qiamullail
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
-Solat sunat Tahajjud
”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
-Solat witir
-Berzikir, bertasbih dan bertahmid
-Membaca al-Quran
Baca artikel penuh >>>> Qiamullail<<<
Yang mana satu betul ni?
"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"
Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"
"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...
"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"
Lawak pendek - Teh RM1.00
Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segalas teh... Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil pelayan... .
"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya... !"
Dengan muka badmood si pelayan menjawab.. "takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan ada kambing di dalamnya... "
Siapa peneraju telekomunikasi
Tiga negara, iaitu Amerika, Britain, dan Malaysia berlumba-lumba menentukan siapa diantara mereka yang lebih dulu menggunakan teknologi canggih dengan meneliti keadaan tanah negaranya masing-masing untuk melihat siapa yang terhebat di masa yang lalu.
Disepakati penelitian dimulai dari Amerika terus Britain dan terakhir Malaysia.
Di Amerika, setelah penggalian sudah mencapai 1000 meter maka ditemukan kabel tembaga, maka pasukan Amerika dengan bangganya menyimpulkan bahwa 1500 tahun yang lalu telah dibangun jalur telefon dengan memakai kabel tembaga di Amerika.
Di Britain, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 1000 m tidak ditemukan kabel tembaga, tetapi setelah mencapai kedalaman 1500 m ditemukan serpihan kaca maka pasukan Britain tersebut dengan bangganya menyimpulkan bahwa 2500 tahun yang lalu telah dibangun jalur komunikasi dengan memakai Fiber Optik di Britain.
Dan terakhir di Malaysia, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 500 m dan 1000 m sampai seterusnya tidak ditemukan apa-apa, lalu dengan penuh bangganya, maka pasukan Malaysia menyimpulkan bahawa 5000 tahun yang lalu komunikasi di sini telah menggunakan wireless.=))
Awas! Virus terbaru
"VERY IMPORTANT - BIG VIRUS COMING!!! PLEASE READ & FORWARD!!!
PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS!
You should be alert during the next few days. Do not open any message with an attachment entitled 'POSTCARD FROM BEJING', regardless of who sent it to you. It is a virus which opens A POSTCARD IMAGE, which 'burns' the whole hard disc C of your computer. This virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list. This is the reason why you need to send this e-mail to all your contacts It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it.
If you receive a mail called' POSTCARD FROM BEJING,' even though sent to you by a friend, do not open it! Shut down your computer immediately.
This is the worst virus announced by CNN. It has been classified by Microsoft as the most destructive virus ever. This virus was discovered by McAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital information is kept.
COPY THIS E-MAIL, AND SEND IT TO YOUR FRIENDS. REMEMBER: IF YOU SEND IT TO THEM, YOU WILL BENEFIT ALL OF US "
07 September, 2008
Pesanan syaitan
Penyimpan XXXXX Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn !!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan yang dok cucuk!!
Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..
Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....
Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he