adsense

12 September, 2008

Cerita ntahapapantah





Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

Kancil bertemu gajah





Berhati-hati di jalanraya



Klik sini untuk gambar-gambar lain

Kad Raya Online





Rakan-rakan sekalian,

Sempena menyambut Hari Raya kali ini, marilah kita memaminkan peranan masing-masing untuk melindungi alam sekitar dengan cara menghantar e-ucapan TM kepada sahabat handai dan juga orang tersayang. Caranya mudah sahaja. Ikuti tiga langah berikut:

1. Sila layari http://greetings.bluehyppo.com/

2. Daftar sebagai ahli ‘BlueHyppo”, sekiranya anda belum menjadi ahli.

3. Teruskan membuat pesanan kad e-Hari Raya TM dan hantarkan e-ucapan anda kepada semula.



Marilah kita bersama-sama melindungi alam sekitar! Selamat Hari Raya.

Filem Hantu





Cerita hantu best..pernah tengok cerita ni kat TV. Slide power point yang panjang. Boleh habis satu filem tu.. terima kasih kepada yang create fail ni






Kemuncup Dalam Perjuangan







Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sabah / Sarawak)
Mukasurat = 228
Karya = Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd"

AYAT BARU JEPUN





01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

Kata Khoo Kay Kim tentang Melayu






PROF. EMERITUS DATUK KHOO KAY KIM

“ Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara……….

Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain….” Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”

(AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER 2006).

GEMA RAMADHAN





Hari ini, Ramadhan 1429 hijriah telahpun masuk hari yang kesembilan, Rasanya begitu pantas masa berlalu dan marilah bersama kita bermuhasabah diri mengenai hari hari ramadhan yang telah kita tinggalkan, Jika terasa berpuas hati dengan ibadah yang dilakukan, maka teruskan perjuangan anda, tetapi jika terasa masih kurang sempurna, maka masih ada ruang lagi untuk memperbaiki amalan diri. Satu dari falsafah yang besar yang terdapat dalam ibadah Puasa ialah mengajar umat Islam supaya percaya kepada diri sendiri. Dimana seorang yang berpuasa akan menahan segala runtunan hawa nafsunya semata mata kerana patuh dan taat kepada Allah SWT. Islam menghendaki setiap penganutnya supaya memelihara diri dari tersungkur kelembah dosa, maka apabila sesaorang itu berpuasa, lemahlah tenaga dzahir dan batinnya. Ini sudah tentu dapat menundukkan tabiat buasnya, menjadikan dia seorang yang terpelihara dari sebarang kerja dosa dan maksiat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “ Puasa itu pemeliharan, terpelihara dari dosa dan maksiat” Dan sabdanya lagi yang bermaksud “ Barang siapa yang berkeinginan untuk berkhawin tetapi tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa”, kerana dengan puasa itu dapat melenyapkan nafsunya.

Puasa juga dapat membiasakan diri menempuh sebarang kesusahan dan dugaan hidup dengan penuh kesabaran dan ketabahan hati , juga menanam perasaan insaf, bertimbangrasa kepada orang yang menderita sengsara. Puasa itu juga memberi contoh persamaan antara manusia, khasnya umat Islam dan menghapuskan perasaan hidup berkasta. Yangmana mereka menunaikan puasa pada waktu yang sama dan berbuka juga dalam waktu yang sama. Tidak kira, raja atau rakyat biasa, kaya ataupun papa kedana. Juga mengajar supaya manusia berperaturan dalam hidup. Ajaran ini terdapat dalam masa berbuka puasa, dimana tidak mendahului oleh sesaorang dengan yang lain.

Jika ditinjau dari segi kesihatan pula, maka puasa tidak kurang faedahnya kepada manusia. Perut manusia merupakan jentera yang sentiasa bergerak dengan tidak berhenti henti. Sebab itulah perlu diberi kesempatan untuk berehat dengan jalan berpuasa. Ringan badan itu memudahkan kita bergerak untuk mengerjakan sebanyak mungkin ibadah pada bulan mulia ini berbanding jika perut terlalu kenyang menyebabkan malas dan segan menguasi diri untuk melakukan sebarang amalan.

Oleh itu biar badan nampak susut kerana mengerjakan amalan berpuasa tetapi pahala tinggi membusut kerana amalan hebat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.


Us. Mohd Zakuan b Hj Tak
Hal Ehwal Islam, HR Shared Service Organizations.

Ramlang saksi sumpah laknat Saiful bukan lagi imam Masjid Wilayah





Sumber mstar
11-09-2008 06:56:25 PM
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN dan LEE YAN XIU

PETALING JAYA: Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lalu telah ditukarkan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuat kuasa kelmarin.

Menurut peguam Ramlang, Ahmad Nizam Hamid, surat pertukaran tersebut diterima oleh anak guamnya kelmarin .

"Anak guam saya menerima surat tersebut 9 September," katanya kepada mStar Online hari ini.

Jelasnya, Ramlang sudah tidak lagi bergelar imam kerana beliau telah ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jakim di Putrajaya.

Ahmad berkata, anak guamnya itu agak kecewa dengan pertukaran tersebut.

"Anak guam saya kecewa dengan pertukaran ini. Saya rasa beliau tidak wajar ditukarkan ke Jakim hanya kerana beliau menyuarakan kenyataan untuk menegakkan kebenaran," katanya.

Ramlang ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut.

"Ya memang betul saya sudah ditukarkan ke Jakim pada 9 September lalu," katanya.

Ketika ditanya sama ada pertukarannya ke Jakim merupakan satu bentuk tindakan yang dikenakan ke atasnya, Ramlang berkata:

"Saya tidak tahu. Saya hanya menurut perintah dan menerima apa yang ditetapkan."

Sebelum ini, Ramlang yang memegang jawatan sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam telah muncul semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 24 Ogos lalu dengan menyatakan sumpah yang dilakukan oleh Saiful tidak sah.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Ramlang masih menjadi imam, Ahmad berkata:

"Beliau sudah tidak lagi menjadi imam kerana diberi tugas menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran."

Tambah beliau, surat pertukaran Ramlang ke Jakim ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.

Bagaimanapun menurut Ahmad, status dan jawatan Ramlang kekal gred S17.


Susah senang jadi cikgu






Klik di sini untuk melihat koleksi gambar

Benarkah ubat gigi ada kayu sugi?








Assalamualaikum w.b.t.,

Yang Berbahagia Dato' Setiausaha Agung,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia,
(Satu-satunya Pertubuhan yang peka dengan cabaran yang menghantui Umat Islam di malaysia),

Terlebih dahulu, Tok Ngah mohon maaf kerana mengambil masa Dato yang sangat berharga. Tok Ngah tahu bahawa Dato sedang sibuk dengan masalah terkini yang mencabar keupayaan umat Islam di Malaysia.

Ada pun Tok Ngah terpanggil untuk memberitahu pihak PPIM bahawa terdapat sebuah syarikat gergasi di Malaysia yang juga merupakan sebuah syarikat yang Lembaga Tabung Haji telah membuat pelaburan. Syarikat tersebut merupakan pembikin ubat GIGI yang terbesar di Malaysia dan mungkin juga di Dunia. Tok Ngah telah mendapatkan Iklan (brosur di sertakan) yang disebarkan oleh syarikat tersebut sudah agak lama tetapi hanya kini berpeluang untuk membuat laporan kepada PPIM setelah mendapat gambaran sebenar apabila berpeluang melawat sebuah Negara di Afrika baru-baru ini.




Jelas, pihak pembikin ubat GIGI gergasi tersebut telah membuat PEMBOHONGAN secara terang-terangan kepada para pengguna di Malaysia. Berapa lama perkara ini telah berlalu, Wallahu 'Alam! Tapi yang lebih menyedihkan ialah, kenapa Lembaga Pak Haji Malaysia bingai sangat! Nak membuat pelaburan dalam sebuah Syarikat yang memperkudakan umat Islam....tak tahu la pulak kalau Ketua-ketua Lembaga Pak Haji ada share dalam syarikat tersebut secara Proxy.

Saya sertakan gambar sebenar pokok Miswak/Sugi atau pokok Arak (dalam bahasa Arab). Cuba bandingkan gambar pokok Sugi yang dipaparkan dalam iklan Syarikat tersebut! Saya yakin agenda syarikat tersebut hanya untuk menipu pengguna Islam di Malaysia. Dan yang mengerikan lagi ialah, bahan toksik apa lagi yang ada dalam ubat gigi tersebut!!!!!

Saya ingin menggesa pihak PPIM membuat siasatan segera dan membuat laporan kepada pihak berwajib secepat mungkin......kalau senang, bagitau Lembaga Pak Haji kita tu supaya jangan nak kaya secara senang!

Sekian dan salam perjuangan untuk semua!!

Tok Ngah Ibrahim,
Pasir Salak, Perak


Artikel asal dari PPIM.

Terlambat nak sahur



]

Kanak-kanak jadi mangsa anjing





Berlaku di luar negara






Klik sini untuk melihat gambar-gambar lain (18SG)

Saleen S5S Raptor Concept





Kereta Abah Punya





Klik di sini untuk melihat koleksi gambar

New York Auto Show 2008

11 September, 2008

Nak belanja buka puasa





Jom saya belanja buka puasa petang ni.. kat maner?

Kat SINI ... tu kalau korang sudi la..


Modus operandi baru untuk merompak





Dapat dari email, tapi bahasa dia kalau ambil periksa sah kantoi...

Just to share / ingatan kt korang seme....

Semalam saya balik dari opis mcm biasa around 540 pm. saya ikut jalan syed
putra sbb kat situ kurang jam & boleh cepat sampai rumah ( 7 minit dah sampai vista).

Nak dijadikan citer, masa tgh syok borak ngan opismet yg kebetulan menumpang saya ptg smlm, tiba2 ada sebuah motorbike ( 2 lelaki India ) bg signal suh saya berenti kononnya ade sumthing wrong kt kete saya.


Lepas pk dalam 1 minit, saya cari tmpat slamat dan berenti kt tepi kiri jalan.

Then 2 india tu terus meluru ke kereta saya . dan dan tuh jugak die simbah tayar kiri belah depan ngan air.

Then saya turunkan cermin kete sikit, tanye apehal.. die kata tayar kete saya
berasap teruk. Die sambung lagi, katanye tayar sy nak meletup. Die beria suh
saya kluar tengok keadaan tayar.

Saya amik masa lagi 2 minit diskas ngan opismet kt sebelah either nak kuar
ke tak.

So end up with, sy kuar sorang2 while opismet tunggu dlm keter . in case pape happen die bleh call sape2 dari dlm kete.

So India ni punye la beria tunjuk disc plat saya rosak. Die punya gasket pun dah nak cabut katanye. Kalau saya jalan jugak, ade kemungkinan tayar kete saya meletup.

Die kata die keje shell (mmg pakai tshirt shell pun, tp rasanye tshirt tu die curi je kot), so dia offer nak baiki. Dia kata follow diorg ke bengkel diorg.. dekat je katanye.

Saya yg masih terkejut tak leh pk panjang, saya kata kejap saya nak tanye membe.

So saya masuk keter, lock pintu then call kawan2 saya tanye pendapat.

Kawan2 saya kata jalan jer, kat rumah nnt baru recheck condition tayar tu.

Nasib baik perjalanan dari opis ke rumah dekat jer, so saya cakap la kt India tu kata saya nak gamble je bawak slow2 and recheck kt service center nnt..

Dalam masa yg sama India tuh terus belek2 tayar keter saya tuh, pastu bangun tunjuk kat opismet saya kata minyak break dah kuar kat rim ( sambil tunjuk tangan die ade minyak hitam).

India tu tak puas hati gak, die kata kalau you jalan jugak nnt tayar you pecah.

Saya kata takpe. Then tiba2 die cakap angin tayar dah kuar (x terpk lak saya kalau nak pecah x de masanye la angin nak kuar sempoi2 bahasa).

Since kawan sy kata balik rumah dulu, so saya pun slow2 bawak keter tu ke rumah. Smpai je kt parking Vista , mmg sah tayar kiri belah depan tu flat.

Nak nangis pun ade rasanye. Saya check tayar tuh, saya nampak penutup laluan angin tu longgar.

Saya pk satu jer, mesti India tuh dah punch benda2 tajam kat tayar saya smpai pancit. Tp bila pk balik, kalau bocorkan camtuh takes time gak utk angin kuar kan . Tp kes saya nih, jalan 2 minit jer mcm dah 80% angin tu kuar dari tayar.

Saya bukak tayar tu then round bangsar n brickfield cari kedai tayar. Since seme kedai dah tutup, saya gamble je gi pump angin kt stesen BHP seblah menara tu. Masa saya bukak penutup angin kt tayar tuh, saya perasan ade particle kaler putih terselit kat tengah tu.

Bila saya tarik je benda tuh, terus seme angin (yang balance lagi 0.05% )
kuar.

Ya.. Saya dah dapat idea camana India tu confident jer cakap angin dr tayar
saya dah kuar. Sebab die dah letakkan particle tu kt tayar sy masa saya tgh pikir2 nak kuar keter ker tak atau pun masa saya tgh talk to kawan2 saya tanye idea diorg.

Luckily saya & opismet tak ikut India tu ke bengkel diorg yg only God knows where. Kalau tak mmg dah takde kt opis hari ni kot... na'uzubillah..
Bila citer kat kawan saya, rupanye dah ade kes camni. Guna modus operandi yg sama. Cumanye penjahat tu berjaya bawak mangsa ke 'bengkel'nya then kat sana mangsa di rompak / raped.

So kawan2, hati2 bila ade org suh berenti. Even jalan yg saya lalu tu sibuk.
Tapi tak denye diorg nak sibuk2 tgk kenapa kita berenti tepi jalan.

Tapi smlm, opismet saya perasan , lepas berenti dlm 5 minit ada sorang brother ni singgah dan tunggu saya sampai la saya gerak balik.

Pastu sempat die pesan kat saya, katanye ' jalan jer dik, ni tipu jer. Diorg nak cari duit'.

Alhamdulillah Allah masih beri peluang kat saya

Regards

XXXXXXX

Konspirasi Yahudi





YAHUDI MENGUASAI EKONOMI AMERIKA & DUNIA

Pada tahun 1988 para pemodal elit (Yahudi) antarabangsa (seperti Rothschild Bank of London, Berlin, Lazard Brothers Bank of Hamburg, Amsterdam, Lehman Brothers Bank of New York dan pemilik Goldman Sachs Bank of New York) telah berjaya menguasai ekonomi Amerika Syarikat melalui dua belas Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Banks). (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Act) pada 23 Disember 1913 yang memberi kuasa kepada 12 Bank Persekutuan untuk mencetak wang dollar Amerika Syarikat. Akta ini adalah suatu penipuan besar yang bertentangan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat, kerana kebenaran mencetak wang hanya diberikan kepada Agensi Kerajaan sahaja. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Anehnya, tidak ada jaminan sebarang harta atau apa-apa pun yang dilabur oleh para pemilik Bank Persekutuan sebagai modal untuk mencetak wang Amerika kecuali tinta (dakwat) dan kertas sahaja. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988)

Adapun perancang utama (master mind) yang merangkakan kegiatan Bank Simpanan Persekutuan adalah Alfred Rothschild (Yahudi) dari London. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Pada bulan Jun 1982 faedah yang dibayar bagi hutang negara Amerika ialah sebanyak US$ 1 trillion kepada Bank Persekutuan ialah sebanyak US$ 100 billion setiap tahun. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 52. Archibald E. Roberts. Edisi 1988)

Ingatlah bahawa Amschel Rothschild memberi amaran!:

Let me issue and control a nation’s money and I care not who writes it’s laws”. Bermaksud: “Izinkan saya mengeluarkan dan menguasai wang negara dan saya tidak akan peduli siapa yang menentukan undang-undang kewangan”.


Baca artikel penuh:

>>>Konspirasi Yahudi<<

Mekah after 2010





Hebatnya...semoga Allah panjangkan umur kita untuk melihat sendiri Mekah pada 2010. Download perancangan,progress projek tersebut:






Blog Widget by LinkWithin