adsense

15 September, 2008

Rahsia Usahawan Internet





Nak jadi usahawan internet?
Download Laporan percuma Rahsia Usahawan Internet dari AmmarZahar.

Dowload percuma dengan klik banner di bawah:

Fesyen baru





Fesyen terbaru di Hong Kong. Tak pelik sebab diaorang memang la kaki clubbing. Tapi orang sini pun ramai juga kaki tu...bawak-bawaklah bertaubat.


Klik di sini untuk gambar-gambar lain

Gambar Kaabah yang di ambil dari handphone







Klik gambar utk zoom in

Gambar Kaabah yang di ambil dari handphone.

Saya dengar di Masjidil Haram kita tidak dibenarkan membawa kamera. Akan dirampas oleh Pengawal keselamatan di sana. Saya teringat cerita seorang teman yang membawa PDA yang baru dibelinya sebelum bertolak ke tanah suci. Dia telah terkantoi untuk bawa masuk PDA barunya tu oleh Polis Arab. Polis tersebut hendak merampasnya kerana menyangka ia adalah kamera. Teman tu kata "No! this is a phone!" dan Polis Arab yang mungkin tak update teknologi komunikasi pun membenarkan dia bawa masuk.

Dengan kuasa Allah, selepas teman itu balik dari Masjid sampai di asrama beliau terperanjat apabila PDA barunya tu telah rosak dan tak boleh digunakan sehingga beliau balik ke Malaysia. Teman itu hantar ke kedai PDA yang beliau beli tu kemudian Cina kedai tu kata PDA tersebut rosak seperti di cucuk oleh benda tajam dan hairan bagaimana ia boleh berlaku. Subhanallah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Kenapa manusia berani buat dosa





1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.



Baca artikel penuh di ruangan Artikel Hangat

Resepi ayam masak manis special





Boleh buat juadah berbuka puasa. Senang sangat nek menyediakannya...



Bahan :

1 ekor ayam

Cara-cara:

Ketika memasak masamkan muka anda semasam-masamnya. Klu boleh juih-juihkan bibir tu….jangan luper hentak-hentak kaki untuk mengenakkan lagi masakan anda….atau ape-ape ajer yang membuatkan anda menjadi masam.

Then, masak je terus hidangkan dan senyum-senyum sedikit biar nampak manis.

Dengan itu, maka siaplah AYAM MASAK MASAM-MASAM MANIS… sungguh mudah…!!!!!

SELAMAT MENCUBA……..

Nak cite pun malas





Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

14 September, 2008

Lawak IT



\


Klik sini untuk melihat koleksi penuh

Crack Megaupload dan Rapidshare





Megaupload Crack: In this way, you can free up the megaupload slots and download whatever you want. Its easy! Just follow these steps:

1. Install this Firefox Extension:
CODE
http://www.megaupload.com/?d=N3RI1U4R
Mirror1: http://rapidshare.com/files/3313707/megaup...2.0-fx.xpi.html
Mirror2: http://depositfiles.com/files/373277


2. Restart Firefox.
3. Type the megaupload link in the address bar.
4. Dont press 'Enter' or click 'Go'. Instead go to Tools>Megaupload 2 and click on 'Enable'
5. Now click 'Go' and go to the megaupload download page.
6. WROOM!! All Download Slots vacant for you!!

Rapidshare.de Crack: In this way, you can stop the rapidshare timer which the free users get in just a CLICK!! Just follow these steps:

1. Install this Firefox Extension:
CODE
http://www.megaupload.com/?d=40CL5HWR
Mirror 1: http://rapidshare.com/files/3313781/tix_now_-0.1-fx.xpi.html
Mirror 2: http://depositfiles.com/files/373278


2. Restart Firefox.
3. Go to the rapidshare link and click on 'Free' to initiate download process.
4. When the timer starts, click on the small 'T' button located on the bottom-left corner of your Firefox browser.
5. BOOM!!! The TIMER is set to 0!! Download now!!

Penjenayah semakin kejam





Kesian betul.. Adakah dunia kini dah tak selamat? Dalam rumah sendiri pun kita naik risau..

Blogger!! Jangan sentuh isu agama





a
"Jangan sentuh isu berkaitan dengan agama", demikian nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang kenyataan yang menghina mana-mana agama boleh menimbulkan kekecohan.

"Sama ada melalui blog atau mana-mana forum, ia boleh menimbulkan kemarahan mana-mana kaum," katanya kepada pemberita di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata penahanan mana-mana individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menghindarkan berlakunya salah laku yang boleh menjejaskan hubungan kaum tanpa mengira mana-mana kaum.

"Saya yang pernah ditahan mengikut ISA memahami dengan mendalam pentingnya akta itu dikuatkuasakan di negara ini walaupun ada pihak membantah," katanya, demikian menurut laporan Bernama,

Beliau mengulas penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengikut ISA kerana didakwa membangkitkan isu sensitif dan perkauman.

Ahmad Zahid berkata begitu juga dengan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu tidak boleh disentuh bagi menghindarkan perkara yang serupa berlaku.


TAMBAH ISLAM JADI ISLAM HADHARI TAK PE?
??????????????

Nujum Pak Belalang Versi UMNO







Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'


Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,
Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,


Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada
di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

Lagi Filem PRamlee kata UMNO Sarkis



Kalau nak download video boleh download di SINI

Saja melawak jer...

PESANAN :


Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada
pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

Kemalangan NGERI di tempat kerja





Macam berlaku di Malayasia. Patuhi Undang-undang keselamatan di tempat kerja. OSHA



Klik di sini untuk melihat koleksi gambar lain. Tidak di galakkan untuk yang lemah semangat. (18SG)

Jangan bergayut lama-lama guna HP





1 Egg, & 2 Mobiles
65 minutes of connection between mobiles.
We assembled something as per image:



Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately. ..
During the first 15 minutes nothing happened;
25 minutes later the egg started getting hot;
45 minutes later the egg is hot;
65 minutes later the egg is cooked.


Conclusion: The immediate radiation of the mobiles has the potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls.

Please try to reduce long time calls on mobile phones and pass this mail to all your friends you care for.

Alam ghaib





Dari inbox admin,

Salam buat sume..

Sekadar ingin berkongsi cerita daripada pengalaman anak sendiri

Peristiwa ini benar2 terjadi pada anak perempuan saya pada malam 11 ramadhan, ketika mengerjakan solat tarawih di Masjid Syaidina Uthman di Bandar Tun Razak, Cheras…

Pada malam tersebut sya tidak dpt pergi bersama2 mengerjakan solat tarawih bersama anak2 atas sebab yang tak dpt sya nk elakkan..dan atas permintaannyer saya mengizinkan dia pergi bersama 2-3 org kawan sekelasnyer yg memang kenal rapat dengan saya..alhamdulillah walaupun saya “cuti” tp dia masih berkobar2 semangat tuk tarawih di mesjid tanpa saya…

Lebih kurang dalam pukul 10.00pm, dia balik dan beri salam, dengan dengan muke yang pucat dan cemas dia ckp pada sya “ IBU..TADI ALONG JUMPA HAMBA ALLAH”..saya terpinga2..hamba Allah mane plak sampai dia x kenal..lalu saya suruh dia bertenang dan bercerita pada sya pelan2….

Menurut ceritanyer, di sebabkan malam tersebut ada majlis berbuka puasa di masjid tersebut, jemaah pun ramai dan untuk keselesaan dia memilih untuk solat di tingakt 3 bersama kawan2 dia. Di tingkat 3 hanya ada 2 saf,dia sembahyang di saf yg ke 2 di tepi tingkap mesjid tersebut…bila waktu isyak dah masuk dia terus mengejakan sembahyang sunat 2 raka’at dan pada raka’at yg terakhir selepas memberi salam tiba2 muncul seorang jemaah wanita yg umor lam linkungan 70an tengah solat sunat di sebelahnye..maksudnyer wanita tersebut btul2 solat di tepi tingkap tersebut…

Selesai solat sunat terebut,anak sya dan kawan2 dia pun bersalaman ngan wanita tersebut lalu dia trus memperkenalkan diri nya sebagai nenek dan dia juga menceritakan dia adalah seorag ustazah. Dia menegur salah sorang kawan anak saya “anak jgan marah kalau nenek ckp…klau kite solat nie muka kite kena btul2 tersentuh di atas sejadah tnpa ada ape2 halangan mcm kain telekung, lagi satu masa kite sujud kena pastikan kaki kite btul2 lam kain telekung..kekndang ada jemaah yg suka pakai jubah ngan stokin sahaja tp bila sujud masih nampak kaki kite,walau pun berstokin.. tu kira dah x betul “..anak sya dan kawan2 dia cuma angguk kepala jer..

Tanpa ader perasaan curiga solat isyak dan tarawih pun bermula spt biasa, hingga rakaat yg ke 8 selepas salam dan bacaan doa dia dan kawan2 pun bukak telekong nk balik..tetiba bila dia tgk sebelah, kalibat wanita td dah x de, termasuk sejadah dan beg telekongnyer sekali……dia pun terpinga2 dan tertanya sesama sendiri kemana menghilangnyer nenek tersebut…lalu salah sorang pegi tgk kat pintu mesjid, dah anak sya mmg x puas hati terpikir gak dia klau nenek tersebut buat 20 raka’at so dia p tgk kat barisan saf yg tinggal dan selepas benar2 pasti nenek tersebut tak de, baru dia perasan masa bersalaman dan berbual dengan nenek tersebut, dia rasa tangan nenek tu punyer laa lembut pastu tika dia ckp bau mulutnyer harum sgt2..…

Soalanyer pada saya:-
- Nape cepat sgt nenek tu ilang, x kan dan tua camtu jalan cepat sgt?
- Klau dia wat solat tarawih smpi 20 raka’at x kan laa kat saf yg tinggal tu dia x de?
- Nape pantas sgt dia bukak telekung, lipat sejadah dan masukkan lam beg?
- Siapa sebenarnyer nenek tu?
Jawapan saya:-

Mungkin dia dari golongan jin yang beragama islam yang nak tumpang berjemaah di mesjid tu..

Wallahualam

13 September, 2008

Bulu telinga terpanjang





Hai macam-macam rekod dunia ada, jangan ada yang bela bulu hidung pulak lepas ni .. huhuhu


Longest Ear Hair

WHO:
Radhakant Bajpai
WHAT:
13.2 cm (5.19 in)
WHERE:
Naya Ganj, Uttar Pradesh, India
WHEN:
As of May 2003

Longest Ear Hair

Tahun 3000





Bagaimana ya kecanggihan teknlogi tahun 3000? Dunia makin canggih, zaman dah maju...

Technology in Y3K

Technology in Y3K

Klik di sini untuk melihat koleksi gambar yang lain.


Raja Petra kena ISA - blog lepas blogger ditahan




Operasi ISA: Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew ditahan dalam 12 jam . Mstar Online
13-09-2008 12:14:22 AM
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.

Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang ditahan tengah hari tadi.

Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu.

Lewta malam tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan.

Beliau ditahan kira-kira pukul 11.20 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Tan ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi.

Sebelum ini, Raja Petra pernah ditahan menikut ISA pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kemunting, Taiping.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Hamid Albar yang dihubungi mStar Online berkata tindakan tersebut diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya, namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.

Semalam, kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk Malaysia Today berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Shaziman berkata, langkah itu diputuskan oleh Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Raja Petra, 58, mengundang kemarahan umat Islam berikutan ulasan artikelnya bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" yang menggunakan ayatayat yang menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW) untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.

Laporan polis telah dibuat oleh beberapa pertubuhan Islam antaranya Jabatan Kemajuan Islam malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengenai perkara tersebut.

Semalam, segala punca isu perkauman ini , KETUA Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail hanya digantung keahliannya dalam Umno, parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN), selama tiga tahun. Beliau tidak kena ISA pula.

Sementara itu ketua pembangkang Dato Seri Anwar mengecam penahanan-penahanan tersebut.

Petikan dari blog DSAI,

"Selepas Pilihanraya 8 Mac dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.

KeAdilan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.

Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16hb September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang "

Blog Widget by LinkWithin