adsense

16 September, 2008

Petua mengelakkan jadi pelupa





Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

Panduan menumbuk sambal belacan







* Kepada adik-adik di bawah usia 6 tahun sila dapat kebenaran mak dulu utk mengelak sebarang kecederaan yang tak di ingini.

*pastikan tak mempunyai alahan kepada belacan yang boleh menyebabkan masalah keradangan yang serius.

*gunakan 'google' untuk melindungi bijik mata dari percikan lada.Rasa nak pakai baju ujan pun leh jugak,kalau takut terpercik satu badan.

*para suami tak digalakkan cari pasal atau memulakan pergaduhan semasa isteri sedang menumbuk sambal belacan.

*fokus dan hindari menyanyi semasa menumbuk sambal belacan kerana air liur korang boleh terpercik sekali,itu boleh tahan lagi tapi,kalau taik gigi...

*menggunakan lesung batu,jika pakai blender maka ia bukanlah digelar sebagai menumbuk sebaliknya dikenali sebagai memblender.

Pantun raya - slang negeri






*Image dari pergh.com
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksey laju
Nanti rayo daley sepita

Terengganu...

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Bersambung di ruangan Artikel Hangat

Besar gila





Ni kalau buat kenduri ni, satu kampung makan tak habis.



Klik di sini untuk gambar-gambar sayur gergasi lain

Tidur banyak! Mati cepat!





Dari inbox admin,



Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati. Wah....!
Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.

Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.

"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda,"

15 September, 2008

Rumah Lelong Terbaru










ADAB MENDENGAR AZAN





Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.'
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya
. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan

kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin..'


Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Khutbah Terakhir Rasullulah





Khutbah terakhir Rasullulah SAW atau dikenali Khutbah Hajjatul Widak. Sebagai santapan rohani di bulan Ramadhan.




Links to this post

Zaid Ibrahim letak jawatan







 KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.

Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Sehubungan itu jelas Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan 'dasar kerajaan' itu.

Sumber: Tranungkite & Mstar

Tahniah Datuk Zaid! Berani kerana Benar!

Bertimbang rasa kalau shopping





Wah-wah lemak betul. Mentang-mentang shopping raya sakan sampai troli pun nak bawak balik hahaha



HURAIAN SOLAT WITIR





Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Solat witir ini boleh dilakukan secara bersaorangan atau berjemaah. Solat witir adalah solat sunat Muakkadah yang dianjurkan dan digalakkan sangat oleh Rasulullah SAW, seperti keterangan hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat witir itu bukanlah wajib sepertimana solat-solat yang difardukan. Hanya Rasulullah SAW setelah mendirikan solat witir, pernah bersabda “ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa ) dan suka sekali kepada yang witir. ………………… ( HR. Ahmad)

Mengikut fahaman hadis diatas, bahawa solat witir itu mengandungi beberapa keutamaan, umpamanya:

• Solat witir itu lebih afdhal daripada solat-solat sunat rawatib yang lain.
• Para malaikat turut menyaksi diatas kesungguhan amalannya.

Waktu Solat Witir

Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:

Rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “

Baca artikel Penuh. Klik Di Sini

Nurul Izzah diserang







Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberitakan telah diserang oleh sekumpulan lelaki ketika melawat Pasar ramadan diKg. Kerinci jam 5 petang tadi.

Aktivis parti, Sdr. Partibhan, Sdr Amin Mian dan beberapa lagi pendokong Keadilan Lembah Pantai telah cedera dibelasah ketika cuba menyelamatkan Nurul Izzah. Beliau kini selamat.

Siasatan sedang dibuat untuk mengenalpasti identiti penyerang.

KLIK : SUMBER BERITA

Ramalan Horoskop





Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9.

Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku..

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.


Baca artikel penuh :
>>>Ramalan Horoskop<<

Rahsia Usahawan Internet





Nak jadi usahawan internet?
Download Laporan percuma Rahsia Usahawan Internet dari AmmarZahar.

Dowload percuma dengan klik banner di bawah:

Fesyen baru





Fesyen terbaru di Hong Kong. Tak pelik sebab diaorang memang la kaki clubbing. Tapi orang sini pun ramai juga kaki tu...bawak-bawaklah bertaubat.


Klik di sini untuk gambar-gambar lain

Gambar Kaabah yang di ambil dari handphone







Klik gambar utk zoom in

Gambar Kaabah yang di ambil dari handphone.

Saya dengar di Masjidil Haram kita tidak dibenarkan membawa kamera. Akan dirampas oleh Pengawal keselamatan di sana. Saya teringat cerita seorang teman yang membawa PDA yang baru dibelinya sebelum bertolak ke tanah suci. Dia telah terkantoi untuk bawa masuk PDA barunya tu oleh Polis Arab. Polis tersebut hendak merampasnya kerana menyangka ia adalah kamera. Teman tu kata "No! this is a phone!" dan Polis Arab yang mungkin tak update teknologi komunikasi pun membenarkan dia bawa masuk.

Dengan kuasa Allah, selepas teman itu balik dari Masjid sampai di asrama beliau terperanjat apabila PDA barunya tu telah rosak dan tak boleh digunakan sehingga beliau balik ke Malaysia. Teman itu hantar ke kedai PDA yang beliau beli tu kemudian Cina kedai tu kata PDA tersebut rosak seperti di cucuk oleh benda tajam dan hairan bagaimana ia boleh berlaku. Subhanallah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Kenapa manusia berani buat dosa





1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.



Baca artikel penuh di ruangan Artikel Hangat

Resepi ayam masak manis special





Boleh buat juadah berbuka puasa. Senang sangat nek menyediakannya...



Bahan :

1 ekor ayam

Cara-cara:

Ketika memasak masamkan muka anda semasam-masamnya. Klu boleh juih-juihkan bibir tu….jangan luper hentak-hentak kaki untuk mengenakkan lagi masakan anda….atau ape-ape ajer yang membuatkan anda menjadi masam.

Then, masak je terus hidangkan dan senyum-senyum sedikit biar nampak manis.

Dengan itu, maka siaplah AYAM MASAK MASAM-MASAM MANIS… sungguh mudah…!!!!!

SELAMAT MENCUBA……..
Blog Widget by LinkWithin