ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 September, 2008
Anugerah Lailatulqadar
Lailatul Qadar adalah merujuk kepada suatu malam kemuliaan atau malam yang agong yang penuh dengan keberkatan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan bahkan kemungkinan malam anugerah rahmat yang paling besar dalam sejarah hidup setiap orang. Persoalan yang timbul ialah apakah perkaitan peristiwa nuzul Quran di Luh Mahfuz itu dengan malam Lailatulqadar.
Al-Quran merupakan kitab suci umat islam yang di dalamnya mengandungi panduan syumul kehidupan manusia tentang ilmu politik, ekonomi, sosial, akidah dan sebagainya. ajaran-ajaran rasul dan nabi-nabi yang terdahulu turut diserapkan dalam al-Quran. Dengan kehebatan dan keagongan al-Quran itulah maka Allah mengabadikan nuzul Quran sebagai malam Lailatulqadar yang ditentukan berlaku dalam bulan Ramadan.
Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: Bukhari, Muzlim, Nasai dan Ahmad).''
Menurut Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.
Baca artikel penuh di Artikel Hangat
Teresa Kok menghina makanan orang miskin
Teresa Kok menghina makanan orang miskin dengan mengatakan makanannya dalam lokap " nasi, dua biji telur rebus dan sepotong dua timun" sebagai makanan anjing. Ini adalah makanan biasa bagi orang kampung dan orang Melayu yang tengah sesak dan hujung bulan sementara menuggu gaji. Teringat menu dulu masa sesak- nasi berlaukkan telur goreng dan kicap sahaja.
Beruntungnya jadi orang cina seperti Teresa Kok yang kaya raya di bumi Malaysia ni. Walaupun aku sendiri membantah ISA tapi jangan menghina makanan orang miskin! Aku percaya makanan anjing beliau pun sekurang-kurangnya makanan anjing yang dijual di supermarket dan tentunya lebih mahal dari telur rebus.
Teresa Kok kalau lu butut-butut pembela rakyat baik lu tarik balik lu punya cakap itu telur rebus sama nasi itu makanan anjing.
Sebab itu blog Albanjari telah meletakkan gambar Teresa Kok dengan gambar terbalik sebagai tanda protes.
Tak boleh pakai puak ni...
Oleh Kopitiam Awal 2004 masa teman dapat MPV baru teman...pandu terus dari show room...teman singgah ke Caltex untuk isi minyak..almaklumlah salesman kereta ni... Minyak cukup-cukup sampai petrol pump aje. Bagi Rm100 kat cashier...Tak sampai RM80.00 dah penuh. Itupun jenuh teman goyang2kan kereta teman. La ni...hmm..hampeh. RM200 tak penuh. Mangkok betul. Sapa punya kerja ni kalau tak mat2 BN? Sebelum naik harga baru2 ni...RM140 baru penuh. Begitu juga susu Peadisure...anak teman yang kecik tu memang minum susu tu semenjak dia berhenti susu badan. Masa tu harga susu tu cuma RM38.00. La ni....RM50+. Itupun beli kat kedai ubat cina. Kalu kat Bukit Indah Supermarket nak mencecah RM60.00. Milo yang setengah kilo tu dulu (2 3 tahun lepas) cuma Rm9.50. La ni dah RM15.00 dah....Beras jangan ceritalah. Beras wangi cap Naga dulu RM30 per packet (10 kg). La ni kat Pasaraya Hero Taman Dagang RM55.00. Paling murah kat Carefour Wangsa Maju...RM49+. Gerai makan belakang opis teman...sebelum PRU12...kalu teman makan nasi lauk ikan kembung bakar + tempe Khir + sayur sikit + Air Sirap = RM5.00 aje. La ni...tak de RM10.00 jangan makan kedai tu. Mak ooi!! Gaji teman pulak sejak last 2 tahun ni naik tak sampai 10%. Angkara siapa yang mengancam ekonomi teman ni? Anwar ke? Ringgit pulak makin lemah...Kalu gi Pasaraya bawa RM50.00...adalah seciput barang buleh dibeli. Apa yang teman tulis di atas ni memang memeningkan Pak Lah. Rakyat makin marah. Malas pikio punya pasal...Pak Lah serahkan tugas jaga ekonomi kepada Najib. Duit negara bukan ada sangat lagipun. Ko nak sangat jawatan PM nah settlekan dulu masalah ekonomi negara ni...Aku jaga askar. Tak de duit aku minta kat engaku...gitulah agaknya dalam otak Pak Lah... Letihlah yob selagi mamat2 ni perintah Malaysia. Sumber; Kopitiam Bang Nan |
Surat untuk ayah
Surat Untuk Ayah
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip Dol.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
Matahari pelik di Russia
Gambar ini menunjukkan kejadian misteri alam ini. Allah yang Maha Kuasa. Wallahualam
Klik di sini untuk melihat koleksi gambar
Tujuh Keajaiban Dunia
Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih keranasangat banyak." Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,
1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,
Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementarakita lihat;semua yang telah Tuhan karuniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda
Kata-kata hikmah
"jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam. jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa. jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim. tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji... "(la roche)
"kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan... "
" hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan.."
" hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "(hanieta wahab)
HADIAH TERBAIK:... ... ... .
kepada kawan... ... ... ..kesetiaan,
kepada musuh... ... ... ..kemaafan,
kepada ketua... ... ... ... khidmat,
kepada yang muda... ... contoh terbaik,
kepada yang tua... ... .hargai budi mereka dan kesetiaan
kepada pasangan... ... cinta dan ketaatan
kepada manusia... ... kebebasan
"kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki... ."(A.L Alek Wong)
"sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman... ... ."
Musim bakar wang
Selain bahaya, bermain mercun juga memberi kesan kepada kewangan. Membakar mercun sebenarnya membakar wang. Membazir amat ditegah dalam Islam. Setiap wang dimiliki perlu dibelanjakan kepada kebaikan sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau disedekahkan kepada orang memerlukan bantuan.
Membelanjakan wang bukan pada tempatnya satu perbuatan boros yang didorong oleh syaitan. Sesungguhnya syaitan menggalakkan sikap boros.
Kebanyakan kanak-kanak bermain mercun bukan dari golongan kaya. Wang membeli mercun sepatutnya disimpan untuk keperluan lain yang lebih penting. Wang digunakan membeli mercun sehingga beberapa ringgit sehari. Ia secara langsung menggalakkan kanak-kanak bersikap boros.
Kanak-kanak sepatutnya diajar amalan bersedekah. Banyak orang fakir dan miskin memerlukan bantuan untuk menyambut hari raya dengan suasana gembira. Sifat ini perlu diutamakan sepanjang bulan Ramadan.
Membakar mercun menyebabkan bunyi bising yang mengganggu ketenteram jiran-jiran. Adakala remaja bermain mercun sehingga larut malam. Ketika jiran-jiran sudah masuk tidur, mereka mula membakar mercun. Malah mereka bermain mercun ketika itu memang bertujuan mengganggu ketenteraman orang ramai. Perbuatan tersebut menunjukkan sikap mementingkan diri dan biadab.
Sekiranya umat Islam di negara kita memahami tegahan agama dalam soal mercun, sedikit sebanyak masalah mercun dapat diatasi. Selama ini ramai tidak mengaitkan mercun dengan hukum agama. Malah ramai yang mengatakan zalim pihak berkuasa bertindak terhadap pengedar dan penjual mercun yang sekadar ingin mencari pendapatan lebih pada musim perayaan.
Jelas sekali kefahaman umat Islam di negara kita dalam soal hukum agama dan kaitan dengan undang-undang ditetapkan oleh kerajaan masih rendah. Sebab itu ustaz dan pak haji membeli atau membenarkan anak mereka bermain mercun. Manakala penjual pula menganggap keuntungan menjual mercun satu pendapatan halal.
Sikap penyeludup dan penjual mercun amat keji di sisi agama. Ajaran Islam menetapkan agar setiap orang wajib mematuhi undang-undang dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Tindakan kerajaan mengharamkan mercun bertepatan dengan hukum agama. Islam melarang menjual benda yang mendatangkan bahaya. Salah satu syarat sah jual beli ialah barang yang memberi kebaikan. Mercun bukan daripada kategori memberi kebaikan.
Menjual mercun sama hukumnya seperti menjual dadah. Lebih elok jika denda kesalahan mengedar dan menjual mercun diberatkan lagi.
Peniaga yang mencari keuntungan tambahan dengan cara menjual mercun, bermakna mencampurkan kekotoran kepada keseluruhan keuntungan perniagaan yang diperoleh dengan menjual barangan lain. Tindakan tersebut menghilangkan keberkatan perniagaan yang dijalankan. Ada bala yang bakal menimpa mereka menjalankan perniagaan tidak mengikut kehendak syariat.
Amat malang sekali, golongan menjadi mangsa ketamakan peniaga ialah kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak tidak mengetahui bahaya kesan bermain mercun. Apa difikirkan oleh kanak-kanak ialah kegembiraan. Mereka tidak mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.
20 September, 2008
Ba Alif Ba Ya
Ceritanya cam ni,
Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek.
hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.
Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow
sikit....."
Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, P****k kau!!!".." Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."
Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.
Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.
Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe
Keluarga yang Meriah - kembar 6 + kembar 2
Kalau calang-calang orang mau kopak time raya dan naik sekolah huhuhu..
Klik Stranges World untuk kesemua gambar kembar
Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk
Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...
Wallahualam..
19 September, 2008
Puisi suami untuk isteri
Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...
(ada hati nak kahwin lagi satu la tu)
*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!
jangan la nak berangaNN... ......
Subscribe to:
Posts (Atom)