adsense

22 September, 2008

Iklan raya Petronas 2008





Aku pun mula-mula confuse juga, ni iklan petronas ke iklan TM.

"KENAPA KITA KENA BALIK KAMPUNG WALAUPUN TAKDE LINE INTERNET"

Klik -- >>Petronas Greetings

Pencuri kabel hangus





Berlaku di PMU Bkt Keteri, Perlis





Klik Hot Pictures untuk koleksi gambar penuh (18SG)

Download lagu raya 2








Meh download lagu raya - baru terasa kemeriahan hari raya.

Aljawaher - Ku pohon restu ayah bonda download
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya download
Awie & Ziana Zain - Sensasi Hari Raya download
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri download
Halil Chik - Lenggang Mak Limah download
Khairil Johari - Sepasang Kurung Berwarna Biru download
M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya download
M Nasir - Musafir di hari Raya download
P Ramlee - Dendang Perantau download
Rafeah Buang - Bila takbir bergema download
Saloma - Aidilfiri Hari Mulia download
Saloma - Manusia Miskin Kaya download
Saloma - Selamat HAri Raya download

Sanisah Huri - Aidilfitri download
Senario download
S Jibeng -Musafir Di Hari Raya download
Takbir Raya -download



Kura-kura kepala 2 kaki 5





Kura-kura kepala 2 tangan kaki daa...5



Kekuasaan Allah



Untuk melihat koleksi gambar penuh , macam biasak- sila ke strange world

Lawak pendek





Seorang nurse di hospital sakit jiwa melihat pesakitnya yang sedang tulis surat...

nurse : kamu menulis surat pada siapa ..?
pesakit jiwa : sayer menulis surat untuk diri saya
sendiri..
nurse : jadi apa yang kamu tulis ... ?
pesakit jiwa : mana saya tahu... ... saya belum lagi terima surat

Pantun lawak Hari Raya





Contoh pantun yang tidak boleh dijadikan contoh jawapan soalan SPM :)

anak pak abu tu naik tractor ler bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yg puasa jerr

amelia tu tak pandai dayung sampan
gi kedai beli gula melaka
bulan syawal jer ker boleh bermaafan
bulan yg lain tak leh ker

anak pak mail sampai klinik gigi awal-awal
sebab dia gi kerja naik kereta
syawal tu... tetap ler syawal
tapi maner bole lupa semua sengketa

aper ker jadah mencari pelangi
ooo... anak pak sahak tu namer dia asfan
kalo kesilapan tak diulangi
camner kita nak bermaafan

anak pak jusuh masa tu tengah melantak ketupat
masa pengsan tu..dia pun tercekik gigi
jap tadi nangis... pas tu start mengumpat
raya tahun depan... mintak ler maaf lagi

bukan ker mak senah sendiri yg tembak gagak
dia tembak ngan boyfriendnyer
maaf tu..maaf ler jugak
duit raya?... sudahhhhh!!! taaaakk der makner
nyerrrr!!

anak sedara mak kiah jual cendol
kelessss... anak mak kiah ader kuasa sakti
aper kelas makan dodol
lebih baik makan spagetthi

anak mak esah tu namanyer siti
sebab gemuk... namer glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
nanti boleh nengorat cetty

anak mak leha tu kerjanyer buat jalan
menantu dia pulak jual sekaya
kalo dah silap tengok bulan
camner ler plaks nak beraya

anak mak itam si fitri tu main polis sentri
menantunyer si fatin tu main plak buai
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir sahaja... .batin tu... .issshhh... tak
sesuwaiiii!!

Anak atau US$500?





Pada suatu hari yang indah,seorang bapa membawa anaknya ke satu pusat fun fair.Maka anaknya teringin untuk menaiki sebuah pesawat kecil yang laju.Bapanya melihat bayaran untuk menaiki pesawat tersebut amat lah mahal.Iaitu pada harga US$100.

Oleh kerana terlalu sayangkan anaknya yang begitu teringin dan mendesak untuk menaiki pesawat tersebut,maka si bapa menurut kata.

Semasa ingin membuat bayaran bg menaiki pesawat tersebut,Tuan pesawatmemberi beberapa syaratsebelum menaiki pesawat itu.

Syarat pertama, "Jika anda membuat bising ketika berada di dalam pesawat ini,maka denda sebanyak US$500 dikenakan.Syarat yang kedua,"Jika anda senyap dan tidak bersuara,anda akan diberikan US$1000.

Maka si anak dan si bapa pon menaiki pesawat itu dengan gembira bercampur gerun dengan syarat2 yang dikenakan.Selepas puas di bawa pusing2 berada di dalam pesawat,si Tuan tersebut mengucapkan tahniah kepada si bapa kerana tidak bersuara lalu dihadiahkan US$1000.

Tiba2,si bapa memberitahu hal yang terjadi.Sebenarnya saya tidak berani bersuara ketika anak saya jatuh dr pesawat kerana takut didenda US$500.

Alangkah malangnya si bapa..

Tip menarik trafik secara percuma





Dari blog cari duit internet

Laporan percuma dari Justin Michie bagaimana untuk menarik visitor atau pelawat ke blog anda secara percuma.

Untuk maklumat lanjut atau untuk download sila klik DI SINI atau di ruangan ebook percuma

Download secara PERCUMA dan ini adalah program Pay Per Lead yang membenarkan kita mendapat komisyen $1 US per download person.

21 September, 2008

Cara tukar IP Address





Soalan dari diLLz abraham

salam...
saya dah beli ebook survey dari pendapatansurvey (azman)..
tapi yang jadi masalah skrg,penjelasan dia mengenai cara nk tukar ip address xdetail sgt..saya gagal nk tukar..
boleh tlg bagi tahu cara nak setting dia?


Jawapan

Salam diLLz,

Sebenarnya untuk menukar IP address adalah bergantung kepada bagaimana kita akses ke internet.

Anda boleh semak IP adress anda yang didaftarkan di internet di :

http://www.ip-adress.com/

1. Streamyx

Jika anda menggunakan streamyx biasa (ppoe-tanpa fix IP address).
Ada 2 cara untuk setup untuk akses ke internet iaitu dengan menggunakan auto (router) atau manual (dial up).

1. Auto
Jika anda menggunakan setting auto untuk menukar ip address adalah sangat mudah. Hanya perlu reset power modem ( off dan on semula dalam 1-2 minit) secara automatik IP address anda sudah berubah ke Ip address baru.

2. Dial up



Artikel penuh di CARI DUIT INTERNET

Anugerah Lailatulqadar





Lailatul Qadar adalah merujuk kepada suatu malam kemuliaan atau malam yang agong yang penuh dengan keberkatan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan bahkan kemungkinan malam anugerah rahmat yang paling besar dalam sejarah hidup setiap orang. Persoalan yang timbul ialah apakah perkaitan peristiwa nuzul Quran di Luh Mahfuz itu dengan malam Lailatulqadar.

Al-Quran merupakan kitab suci umat islam yang di dalamnya mengandungi panduan syumul kehidupan manusia tentang ilmu politik, ekonomi, sosial, akidah dan sebagainya. ajaran-ajaran rasul dan nabi-nabi yang terdahulu turut diserapkan dalam al-Quran. Dengan kehebatan dan keagongan al-Quran itulah maka Allah mengabadikan nuzul Quran sebagai malam Lailatulqadar yang ditentukan berlaku dalam bulan Ramadan.

Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: Bukhari, Muzlim, Nasai dan Ahmad).''

Menurut Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat

Pertandingan belon panas









Klik STRANGE WORLD untuk koleksi gambar penuh

Teresa Kok menghina makanan orang miskin





Teresa Kok menghina makanan orang miskin dengan mengatakan makanannya dalam lokap " nasi, dua biji telur rebus dan sepotong dua timun" sebagai makanan anjing. Ini adalah makanan biasa bagi orang kampung dan orang Melayu yang tengah sesak dan hujung bulan sementara menuggu gaji. Teringat menu dulu masa sesak- nasi berlaukkan telur goreng dan kicap sahaja.

Beruntungnya jadi orang cina seperti Teresa Kok yang kaya raya di bumi Malaysia ni. Walaupun aku sendiri membantah ISA tapi jangan menghina makanan orang miskin! Aku percaya makanan anjing beliau pun sekurang-kurangnya makanan anjing yang dijual di supermarket dan tentunya lebih mahal dari telur rebus.

Teresa Kok kalau lu butut-butut pembela rakyat baik lu tarik balik lu punya cakap itu telur rebus sama nasi itu makanan anjing.

Sebab itu blog Albanjari telah meletakkan gambar Teresa Kok dengan gambar terbalik sebagai tanda protes.

Tak boleh pakai puak ni...






Oleh Kopitiam

 Awal 2004 masa teman dapat MPV baru teman...pandu terus dari show room...teman singgah ke Caltex untuk isi minyak..almaklumlah salesman kereta ni... Minyak cukup-cukup sampai petrol pump aje.

Bagi Rm100 kat cashier...Tak sampai RM80.00 dah penuh. Itupun jenuh teman goyang2kan kereta teman.

La ni...hmm..hampeh. RM200 tak penuh. Mangkok betul. Sapa punya kerja ni kalau tak mat2 BN? Sebelum naik harga baru2 ni...RM140 baru penuh.

Begitu juga susu Peadisure...anak teman yang kecik tu memang minum susu tu semenjak dia berhenti susu badan. Masa tu harga susu tu cuma RM38.00. La ni....RM50+. Itupun beli kat kedai ubat cina. Kalu kat Bukit Indah Supermarket nak mencecah RM60.00.

Milo yang setengah kilo tu dulu (2 3 tahun lepas) cuma Rm9.50. La ni dah RM15.00 dah....Beras jangan ceritalah. Beras wangi cap Naga dulu RM30 per packet (10 kg). La ni kat Pasaraya Hero Taman Dagang RM55.00. Paling murah kat Carefour Wangsa Maju...RM49+.

Gerai makan belakang opis teman...sebelum PRU12...kalu teman makan nasi lauk ikan kembung bakar + tempe Khir + sayur sikit + Air Sirap = RM5.00 aje. La ni...tak de RM10.00 jangan makan kedai tu. Mak ooi!!

Gaji teman pulak sejak last 2 tahun ni naik tak sampai 10%. Angkara siapa yang mengancam ekonomi teman ni? Anwar ke?

Ringgit pulak makin lemah...Kalu gi Pasaraya bawa RM50.00...adalah seciput barang buleh dibeli.

Apa yang teman tulis di atas ni memang memeningkan Pak Lah. Rakyat makin marah. Malas pikio punya pasal...Pak Lah serahkan tugas jaga ekonomi kepada Najib. Duit negara bukan ada sangat lagipun. Ko nak sangat jawatan PM nah settlekan dulu masalah ekonomi negara ni...Aku jaga askar. Tak de duit aku minta kat engaku...gitulah agaknya dalam otak Pak Lah...

Letihlah yob selagi mamat2 ni perintah Malaysia.

Sumber; Kopitiam Bang Nan

Iklan menghina Ramadhan





Tidak menghormati sensitiviti orang Islam


Klik utk zoom in

Sumber: forum tranungkite

Surat untuk ayah





Surat Untuk Ayah
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip Dol.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.

Matahari pelik di Russia





Gambar ini menunjukkan kejadian misteri alam ini. Allah yang Maha Kuasa. Wallahualam



Klik di sini untuk melihat koleksi gambar





Tujuh Keajaiban Dunia





Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih keranasangat banyak." Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,
1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,


Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementarakita lihat;semua yang telah Tuhan karuniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda

Kata-kata hikmah





"jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam. jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa. jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim. tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji... "(la roche)

"kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan... "

" hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan.."

" hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "(hanieta wahab)

HADIAH TERBAIK:... ... ... .

kepada kawan... ... ... ..kesetiaan,

kepada musuh... ... ... ..kemaafan,

kepada ketua... ... ... ... khidmat,

kepada yang muda... ... contoh terbaik,

kepada yang tua... ... .hargai budi mereka dan kesetiaan

kepada pasangan... ... cinta dan ketaatan

kepada manusia... ... kebebasan

"kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki... ."(A.L Alek Wong)

"sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman... ... ."

Musim bakar wang





Selain bahaya, bermain mercun juga memberi kesan kepada kewangan. Membakar mercun sebenarnya membakar wang. Membazir amat ditegah dalam Islam. Setiap wang dimiliki perlu dibelanjakan kepada kebaikan sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau disedekahkan kepada orang memerlukan bantuan.

Membelanjakan wang bukan pada tempatnya satu perbuatan boros yang didorong oleh syaitan. Sesungguhnya syaitan menggalakkan sikap boros.

Kebanyakan kanak-kanak bermain mercun bukan dari golongan kaya. Wang membeli mercun sepatutnya disimpan untuk keperluan lain yang lebih penting. Wang digunakan membeli mercun sehingga beberapa ringgit sehari. Ia secara langsung menggalakkan kanak-kanak bersikap boros.

Kanak-kanak sepatutnya diajar amalan bersedekah. Banyak orang fakir dan miskin memerlukan bantuan untuk menyambut hari raya dengan suasana gembira. Sifat ini perlu diutamakan sepanjang bulan Ramadan.

Membakar mercun menyebabkan bunyi bising yang mengganggu ketenteram jiran-jiran. Adakala remaja bermain mercun sehingga larut malam. Ketika jiran-jiran sudah masuk tidur, mereka mula membakar mercun. Malah mereka bermain mercun ketika itu memang bertujuan mengganggu ketenteraman orang ramai. Perbuatan tersebut menunjukkan sikap mementingkan diri dan biadab.

Sekiranya umat Islam di negara kita memahami tegahan agama dalam soal mercun, sedikit sebanyak masalah mercun dapat diatasi. Selama ini ramai tidak mengaitkan mercun dengan hukum agama. Malah ramai yang mengatakan zalim pihak berkuasa bertindak terhadap pengedar dan penjual mercun yang sekadar ingin mencari pendapatan lebih pada musim perayaan.

Jelas sekali kefahaman umat Islam di negara kita dalam soal hukum agama dan kaitan dengan undang-undang ditetapkan oleh kerajaan masih rendah. Sebab itu ustaz dan pak haji membeli atau membenarkan anak mereka bermain mercun. Manakala penjual pula menganggap keuntungan menjual mercun satu pendapatan halal.

Sikap penyeludup dan penjual mercun amat keji di sisi agama. Ajaran Islam menetapkan agar setiap orang wajib mematuhi undang-undang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Tindakan kerajaan mengharamkan mercun bertepatan dengan hukum agama. Islam melarang menjual benda yang mendatangkan bahaya. Salah satu syarat sah jual beli ialah barang yang memberi kebaikan. Mercun bukan daripada kategori memberi kebaikan.

Menjual mercun sama hukumnya seperti menjual dadah. Lebih elok jika denda kesalahan mengedar dan menjual mercun diberatkan lagi.

Peniaga yang mencari keuntungan tambahan dengan cara menjual mercun, bermakna mencampurkan kekotoran kepada keseluruhan keuntungan perniagaan yang diperoleh dengan menjual barangan lain. Tindakan tersebut menghilangkan keberkatan perniagaan yang dijalankan. Ada bala yang bakal menimpa mereka menjalankan perniagaan tidak mengikut kehendak syariat.

Amat malang sekali, golongan menjadi mangsa ketamakan peniaga ialah kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak tidak mengetahui bahaya kesan bermain mercun. Apa difikirkan oleh kanak-kanak ialah kegembiraan. Mereka tidak mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

20 September, 2008

Ba Alif Ba Ya





Ceritanya cam ni,

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek.
hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow
sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, P****k kau!!!".." Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.




Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe
Blog Widget by LinkWithin