adsense

27 September, 2008

Tentera Iran





Tentera Iran yang bersedia berjihad . Berani ke US nak menyerang Iran? Semoga Allah menguatkan semangat Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang tampak lebih zuhud supaya tidak tunduk dengan kuasa Barat.







Klik Blog untuk sesama insan untuk gambar-gambar lain tentera Iran.

Iklan raya TM 2008





Iklan TV pada hari raya kebiasaannya yang menarik ialah iklan syarikat-syarikat korporat seperti Petronas, TNB dan TM. Iklan raya Petronas pada tahun ni nampaknya taklah menarik sangat dan seperti menyindir TM pulak dan tidak menampakkan ciri-ciri kekeluargaan seperti iklan raya tahun lepas. Ingat tak? burung apa? burung murai..

Iklan raya TM tahun ni nampaknya lebih menarik walau pun terdapat forum-forum nakal yang mengatakan sepatutnya TM buat iklan menyindir Petronas pula seperti walaupun minyak naik, kita tetap pulang ke kampung. huhuhu



Untuk download iklan raya TM,


Menziarah kubur pada Hari Raya Aidilfitri





Memang kebiasaan pada pagi raya kita akan menziarah kubur arwah ibu/bapa/keluarga yang telah meninggal dunia sejak dari dulu lagi. Sebenarnya tidak ada hukum mengenai menziarah kubur pada pagi raya. Bila-bila pun boleh pergi ke kuburan tetapi mungkin sebab kita jarang balik kampung, masa hari rayalah yang paling sesuai menziarah ke kubur. Tetapi jangan ingat menziarah ke kubur pada pagi raya adalah suatu yang dituntut dalam Islam.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat mengenai hukum menziarahi kubur pada pagi raya.

Wallahualam..

26 September, 2008

Senarai terbaru produk susu dari China





Senarai produk yang disyaki mengandungi melamine. Skandal susu China






Driver yang bangang!







Contoh pemandu kereta Malaysia yang bangang,sombong dan hampeh! Dah la parking kat tempat handicap, park kat tengah-tengah pulak tu.

Gambar kebetulan yang cun





Lihat Hot pictures collection untuk koleksi penuh

Rahsia di sebalik air sembahyang





Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Sumber: tranungkite

Ciptaan Allah yang menakjubkan









Layari Blog Untuk Sesama Insan untuk info seterusnya

Azan 5 waktu





Download Azan 5 waktu dan boleh install di PC anda.. akan azan secara automatik apabila masuk waktu dengan pilihan azan dari Mekah, Madinah, Al-Aqsa dan Egypt. Cara nak set lokasi kita ialah dengan klik menu options. Semoga bermanafaat


ABC kehidupan





A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Shaya mau two round





Al kisah pada satu hari ada seorang pelancung, dia menaiki taxi tapi dalam perjalanan dia berkata kepada pemandu taxi..
' Shaya mau two round ' kata pelancung
' ya..ya..ya... .. ' jawab pemandu taxi
' Shaya mau two round ' kata pelancung lagi.
Lalu pemandu taxi itupun membawa beliau keliling bandar bagi memenuhi kehendaknya. Tiba tiba pelancung tadi terkencing dalam kereta. Pemandu taxi sangat marah...
' U must tell me first before U dot..dot..dot.' kata pemandu.
' Shaya sudah bilang shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak kasi two round sama shaya ' jawab pelancung.
Pemandu taxi menggeleng kepala... :0



Pedang siapa tajam..?





Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke
peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar
silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki
menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah
pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang
dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh
lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai
Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada
tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton
berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya,
mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi
'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan
nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan
terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan
salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".

25 September, 2008

Kasut John Bert menghina Islam





Tengok dari gambar tapak kasut ni dah nak haus.. mungkin pemakainya baru perasan kot.
Tidak pasti ni lambang lama John Bert, sudah ditukar atau masih lagi guna lambang yang ini. Kalau masih guna, saya sarankan JANGAN BELI KASUT JOHN BERT RAYA NI!

Klik Hot Pictures untuk gambar-gambar lain

Indahnya malam pertama





Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka.....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan..,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah..... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin.....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Bilik untuk disewa





Ni baru betul-betul dinamakan sewa bilik





Layari Stranges World untuk gambar-gambar lain

Interview





Daud sedang di interview di sebuah syarikat :
Pegawai : Nama saudara siapa ?
Daud : "Daud... "
Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...
Daud : "Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belak ayah tinggal di Kedah... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?
Daud : "Yes .. sir ... "
Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "
Daud : "Sorry sir .. i don't have family in English ... , they're all living in Malaysia"

Jawa VS Melayu





1) Janji Melayu @ jam Melayu merujuk kepada org Melayu yg x menepati masa & janji. Tetapi xder plak istilah janji Jawa @ jam Jawa. Ini menunjukkan Jawa adalah seorg yg menepati masa dan janji.

2) Orang Jawa skang dah advance sbb mampu hasilkan air diorang sendiri iaitu air asam jawa... .tetapi x der plak air asam Melayu.

3) Orang Melayu akan sentiasa wujud di dunia sbb berpegang kpd slogan 'Takkan Melayu hilang di dunia'... . tapi xder plak slogan 'takkan jawa hilang di dunia'. Ini menunjukkan spesies Jawa akan pupus sedikit demi sedikit.Yg paling nyata adalah lesapnya 40% penduduk Acheh kesan bencana Tsunami di mana Acheh adalah antara tempat di mana berasalnya populasi Jawa.tak?

4) Orang Jawa kebanyakannya adalah rock sbb berpegang kepada 'Jowo pun Jowo lah... .janji rock'. Mungkin kaum Melayu adalah pop rock ajer kot.

5) Antara ciri-ciri nyata Jawa ialah bermata sepet... dan Melayu pula ialah mudah lupa

6) Melayu nih terkenal sbg Melayu subsidi..tapi skang ni dah x sesuai dipratikkan... Jawa plak apa yek?... ha... Jawa ni x kenang budi... (gurau jer)

Fakta yang tidak kena mengena dengan sejarah





FAKTA 1: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 2: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.



FAKTA 3: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.
Blog Widget by LinkWithin