adsense

27 September, 2008

Kisah sudu dan benang pelayan restoran





Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Wife hilang





Pada satu petang Ramadhan , Ajoi pergi ke Angsana dgn wife dia untuk shopping baju raya, Wife dia pergi ke bahagian wanita, Ajoi gi tengok2 bahagian kanak-kanak sebelah tu je.

Entah macam mana, Ajoi terjumpa Anggut (kawan Ajoi),
sembang2 la kejap pasal lama tak jumpa. Then Anggut pun blah, gi survey kasut kat Al-Ikhsan, Ajoi pun cari le wife dia. cari punya la cari, tak jumpa.

Then Ajoi nampak 1 salesgirl yg cun gila kat bahagian jual rokok tu. then dia pergi ke arah salesgirl tu.
"Assalamualaikum , Wife saya hilang, boleh saya bersembang dgn awak dlm lebih kurang 5 minit"
kata Ajoi ke salesgirl cun tu. "Apasal pulak ?" salesgirl tu tertanya2.Ajoi jawap... .
"Tak tau la, tiap kali saya cakap dgn pompuan cantik, wife saya muncul je"

Lagi Isu Skandal Susu China






Lampiran 1 Fakta-fakta Mengenai Susu&Hasilan Susu Dari China.pdf

Laporan Penyitaan Dan Keputusan Makmal Tercemar Dengan_Melamine.pdf

Senarai Produk yang Tidak Terlibat dengan Pencemaran Melamine.pdf


Klik link utk download

Ecard Hari Raya





Berikut adalah senarai website yang menyediakan perkhidmatan menghantar kad raya online melalui email. Semoga bergumbira...raya ni mesti dapat sms yang berbunyi gini: sms pengganti diri....

1. Hearsincards

2. 123greeting

3. Harirayapuasa.com

4. Sabahnet

5. eonent

6. mi.com

Food Art





Takde idea nak design kuih raya baru...jemu dengan kuih sampan? Lihatlah bagaimana diaorang menggunakan daya kreativiti membuat seni makanan ..tapi berselera ke nak makan? huhu





Klik Stranges World untuk koleksi penuh gambar

Amalan dan kesilapan di Hari Raya





RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

Sumber: www.zaharuddin.net


Budak sekolah 70 an





Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan ?

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Baca artikel penuh "Kenangan Terindah" di Artikel Hangat

Tentera Iran





Tentera Iran yang bersedia berjihad . Berani ke US nak menyerang Iran? Semoga Allah menguatkan semangat Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang tampak lebih zuhud supaya tidak tunduk dengan kuasa Barat.







Klik Blog untuk sesama insan untuk gambar-gambar lain tentera Iran.

Iklan raya TM 2008





Iklan TV pada hari raya kebiasaannya yang menarik ialah iklan syarikat-syarikat korporat seperti Petronas, TNB dan TM. Iklan raya Petronas pada tahun ni nampaknya taklah menarik sangat dan seperti menyindir TM pulak dan tidak menampakkan ciri-ciri kekeluargaan seperti iklan raya tahun lepas. Ingat tak? burung apa? burung murai..

Iklan raya TM tahun ni nampaknya lebih menarik walau pun terdapat forum-forum nakal yang mengatakan sepatutnya TM buat iklan menyindir Petronas pula seperti walaupun minyak naik, kita tetap pulang ke kampung. huhuhu



Untuk download iklan raya TM,


Menziarah kubur pada Hari Raya Aidilfitri





Memang kebiasaan pada pagi raya kita akan menziarah kubur arwah ibu/bapa/keluarga yang telah meninggal dunia sejak dari dulu lagi. Sebenarnya tidak ada hukum mengenai menziarah kubur pada pagi raya. Bila-bila pun boleh pergi ke kuburan tetapi mungkin sebab kita jarang balik kampung, masa hari rayalah yang paling sesuai menziarah ke kubur. Tetapi jangan ingat menziarah ke kubur pada pagi raya adalah suatu yang dituntut dalam Islam.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat mengenai hukum menziarahi kubur pada pagi raya.

Wallahualam..

26 September, 2008

Senarai terbaru produk susu dari China





Senarai produk yang disyaki mengandungi melamine. Skandal susu China






Driver yang bangang!







Contoh pemandu kereta Malaysia yang bangang,sombong dan hampeh! Dah la parking kat tempat handicap, park kat tengah-tengah pulak tu.

Gambar kebetulan yang cun





Lihat Hot pictures collection untuk koleksi penuh

Rahsia di sebalik air sembahyang





Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Sumber: tranungkite

Ciptaan Allah yang menakjubkan









Layari Blog Untuk Sesama Insan untuk info seterusnya

Azan 5 waktu





Download Azan 5 waktu dan boleh install di PC anda.. akan azan secara automatik apabila masuk waktu dengan pilihan azan dari Mekah, Madinah, Al-Aqsa dan Egypt. Cara nak set lokasi kita ialah dengan klik menu options. Semoga bermanafaat


ABC kehidupan





A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Shaya mau two round





Al kisah pada satu hari ada seorang pelancung, dia menaiki taxi tapi dalam perjalanan dia berkata kepada pemandu taxi..
' Shaya mau two round ' kata pelancung
' ya..ya..ya... .. ' jawab pemandu taxi
' Shaya mau two round ' kata pelancung lagi.
Lalu pemandu taxi itupun membawa beliau keliling bandar bagi memenuhi kehendaknya. Tiba tiba pelancung tadi terkencing dalam kereta. Pemandu taxi sangat marah...
' U must tell me first before U dot..dot..dot.' kata pemandu.
' Shaya sudah bilang shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak kasi two round sama shaya ' jawab pelancung.
Pemandu taxi menggeleng kepala... :0



Blog Widget by LinkWithin