adsense

07 October, 2008

Kaki Sekodeng





Baru lepas raya, jangan buat dosa kata SM Salim dalam iklan TV3 "kalau orang katakan cakap orang, kalau kucing katakan kucing".

Kalau nak sekodeng tekan "ON SEKODENG" hoho saja buat lawak bodoh...download fail di bawah.




Gila tindik





Kepada mat-mat punk yang suka tindik sana, tindik sini tu..semoga bertaubat selagi kita masih ada peluang...jangan ikut budaya gila orang Barat.

Tapi kalau giler fesyen nak bertindik juga, buat lah camgini kalau ada bran..!



Klik Stranges-world untuk koleksi gambar penuh

Kreatif







Latest Camry...minyak save giler!







Tempahlah sekarang...

06 October, 2008

Pontianak di dusun durian





Cerita hangat ni kami dpt dr kawan yang dapat dari sepupu dier kat Melaka,Kg. Gadek
kira-kira 4 minggu yang lepas ... kesahihan yg tiada kepastian .
Satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian gugur di sebuah pondok burok, tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia satu lembaga terbang lalu minum air yang terdapat dilopak berhampiran,dibiarkan saja ia berlalu kerana dia kesaorangan .

*Gambar Anak Pontianak ni tiada kena mengena dengan ini cerita..sekadar hiasan

Keesokkan harinya, diceritakanlah kepada rakan-rakannya. Kat situ ada lah pulak seorang tua terdengar lalu berkata, "kenapa tak ambil paku dan cucukan padanya, pasti ia akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah mengawininya..",sambil memberi mamat tu sebatang paku sepanjang 6 inci.

Keesokan malamnya mamat tu menunggu durian lagi, maka terjadilah apayang disangkanya macam malam lepas, pontianak itu pun turun lagi untuk minum air dilopak tersebut, dengan segera pemuda tu berlari lalu mencucokkan paku di dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara yang agak kesakitan tambah menyeramkan. Terpinga-pinga pemuda tersebut melihatnya... ..Maka keesokan hari, dia memberitahu orang tua tu perkaraberlaku, lantas dia ditegur oleh ! orang tua tu kerana pemuda tu tersalah cucuk paku, (yang sepatutnya di cucok ditengah ubun-ubun kepala pontianak itu. Tapi mamat tu pergi cucuk ditengkoknya,apa lagi, meraungla dia... !)

Malam itu ditunggunyalah lagi mamat tu ditompek biaso,pondok durian, sambil berharap malam tu akan berhasillah usahanya itu. Tapi agak sekian lama ditunggunya (agaknya pontianak tu lambat pasal nak cabut paku semalam tulah kot... .!). Jenuh jugalah dia menunggu, maka hampir terlelaplah dia, tetiba datanglah pontianak itu, jeng..! jeng..! jeng..!

Dengan ghairah dan berani sekali diajukanlah paku itu ditengah-tengah kepala pontianak t! u untuk mencucoknya.TAPI dengan tak disangka-sangka, pemuda tu tergaman seketika lalu lari lintang pukang... ... !

Kenapa pulak... . Sipontianak pulak bila lepas minum lalu terbang dengan senang hati sambil ketawa mengilai-ngilai.Keesokan harinya, pemuda tu mengeloh panjang sambil mengadu didepan orang tua tu, kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak dan harapannya untuk kawin dengan perempuan cantik musnah, hampeh dan buang karan
jer... ... ..!!!! "Apo sobabnyo jang... ?", orang tua itu bertanya pada pemuda tu.
"Pak cik nak tahu sobabnyo... ... ... ... ... ..! Poie tengok dibawah sana
haaa... !! Frust, den..!"

bawah lagi sikit




lagi... ...




PONTIANAK TU PAKAI HELMET LAH... ... !!
Laaaaa... ... ... wkakkkakaak..huhuhuh ..hampehss nye pontianak...

Perbezaan Perempuan Dan ...





ANTARA PAHLAWAN DAN PERAWAN

Soalan: Antara seorang pahlawan dan seorang perawan, mereka mempunyai satu perjuangan yang sama... Apa Dia?

Jawapan: 'Darah'... Pahlawan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, manakala perawan pulak berjuang hingga ke titisan darah yang pertama... huhuhu



ANTARA PEREMPUAN DAN ANGKASAWAN

Soalan: antara orang perempuan dengan angkasawan perempuan apakah
perbezaan dan persamaannya... ?

Jawapan: Perempuan= Datang Bulan. Angkasawan Perempuan=Datang Ke bulan. Kui... Kui... Kui...

Apa yang setiap penunggang motosikal PERLU tahu






Topi keledar Menyelamatkan Nyawa

Topi keledar adalah perlindungan terbaik anda. Pakailah sepanjang masa tidak kira berapa dekat perjalanan anda - ia mungkin menyelamatkan nyawa anda. Ikatlah topi keledar anda betul-betul. Anda tidak dilindungi sepenuhnya jika tidak mengikatnya dengan ketat. Pasikan topi keledar anda memenuhi piawaian keselamatan SIRIM. Gantikannye jika rosak atau telah mengalami kemalangan kerana ianya tidak lagi selamat digunakan. Belilah Topi keledar yang benar-benar muat untuk memastikan keselesaandan perlindungan maksimum anak-anak anda. Kanak-kanak perlu memakai topi keledar kanak-kanak - bukannya topi orang dewasa.

Merah Tanda Berhenti

Melanggar lampu merah membahayakan semua pengguna jalan raya termasuk diri anda. Sama ada terlambat, tergesa-gesa atau merasakan "selamat" bukanlah sebab untuk melakukannya. Penantian selama beberapa saat boleh menyelamatkan nyawa anda. Berhentilah di lampu isyarat merah. Hargailah nyawa anda.

Ikut Satu Laluan

Menunggang sambil mencelah-celah kenderaan meningkatkan risiko maut setiap kali anda memotong kenderaan. Anda mungkin merasakab mencelah kenderaan cara yang paling cepat untuk sampai ke destinasi anda. Sedarlah bahawa sebenarnya cara ini amat bahaya. Pengguna jalan raya yang lain mungkin terkejut jika anda muncul secara tiba-tiba dihadapan mereka. Mereka mungkin tidak dapat menjangkakan pergerakan anda dan mungkin mempercepatkan kenderaan atau bertukar laluan tanpa dijangka. Ini bukan sahaja membahayakan anda malah para penunggang lain yang tergesa-gesa perlu bertukar arah untuk mengelakkan anda. Gunakan laluan motosikal jika ada. Jika anda perlu menukar laluan, berilah isyarat yang jelas kepada pengguna jalan raya yang lain. Pasang lampu isyarat dan lambaikan tangan anda ke arah laluan yang anda ingin tukar. Isyarat yang awal memberi masa kepada pengguna lain melihat dan bertindak balas terhadap tujuan anda.

Berpakaian Cerah Boleh Menyelamatkan Anda

Pakaian memainkan peranan penting bagi penunggang motosikal. Pakaian yang mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain meningkatkan tahap keselamatan anda. Anda perlu memakai warna yang terang seperti jaket dengan pemantul cahaya pada waktu siang dan malam. Jangan memakai pakaian yang gelap. Anda juga disyorkan memakai jaket, seluar panjang, dan sarung tangan dapat membantu melindungi anda jika terjatuh. Elakkan daripada memakai seluar pendek, skirt dan selipar ketika menunggang.

Kelajuan Boleh Membunuh

Memandu laju adalah pembunuh terbesar di jalan raya. Memecut menjemput bahaya. Sentiasa patuhi had laju. Tungganglah pada kelajuan yang membolehkan anda memperlahankan atau menghentikan motosikal anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Berhati-hatilah dalam cuaca atau keadaan jalan raya yang buruk seperti hujan atau kabus.

Jangan tinggal solat





Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.

Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata.
Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

Sila layari Artikel Hangat untuk artikel penuh

Sekeping gambar yang memberi 1000 makna








Layari Hot Pictures untuk koleksi penuh gambar


Azan 24 Jam di seluruh dunia







Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Kerana Sehelai Bulu Mata..





Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat
maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh
tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?
disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang xxxxxxxx dan xxxxxxxxx "

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang xxxxxxx dan xxxxxxxxxx "

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia
akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg
amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat
sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku
pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata
sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman
api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa
dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin
famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Kenderaan pelik lagi kelakar












Klik Stranges World untuk koleksi gambar penuh

Pelan Perluasan Masjidil Haram dan Madinah





Putera Mahkota Saudi Arabia Pangeran Abdullah Ibn Abdul-Aziz, Wakil Perdana Menteri, dan Panglima Angkatan Bersenjata telah melancarkan enam projek mengubahsuai masjid-masjid besar di Makkah dan Madinah. Projek-projek ini akan menelan belanja yang amat besar, billion jugak la….


Baca artikel penuh:
Pelan Perluasan Masjidil Haram dan Madinah

04 October, 2008

Tips keselamatan ketika memandu





Pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik dan minyak kereta anda sekurang-kurangnya separuh tangki. Jangan biarkan minyak anda terlalu sedikit sehingga menyebabkan anda terpaksa berhenti untuk mengisi minyak terutamanya di kawasan yang anda tidak biasa.

Pastikan kunci kereta anda di keluarkan terlebih dahulu sebelum anda keluar atau meninggalkan bangunan ke tempat letak kereta. Sikap suka mencari kunci di dalam beg anda ketika sampai di kereta boleh membuka peluang kepada penjenayah untuk menyerang anda.

Perhatikan sekeliling anda sebelum masuk ke dalam kereta. Jika anda was-was terhadap persekitaran anda ketika itu, terus berjalan melepasi kereta anda ke tempat yang selamat.

Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda.

Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda.

Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda meninggalkan kereta anda tidak lama. Perhatikan sekeliling anda sebelum keluar daripada kenderaan anda.

Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin.

Pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa kunci kereta sudah tersedia di tangan anda apabila anda di ekori di kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.

Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya melepaskan diri, pandu kereta anda melanggar pendua jalan, tembok, tiang dan apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil.

Ketika penyerang anda beralih perhatian gunakan peluang ini untuk keluar secepat mungkin daripada kereta anda. Lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan. Cuba menarik perhatian orang untuk menolong anda.

Jangan berhenti untuk meolong orang yang anda tidak kenali ketika keretanya rosak, sebaliknya apa yang anda boleh lakukan untuk menolong ialah dengan memandu ke pondok telefon berdekatan dan menelefon polis atau bantuan lain.

Jika tayar anda pancit di tengah jalan, teruskan juga pemanduan ketempat yang selamat, terang dan ramai orang. Lebih baik merosakkan tayar anda daripada mengambil risiko untuk mengabaikan keselamatan anda.

Jika anda terlibat di dalam kemalangan, duduk di dalam kereta anda sehingga polis sampai. Di dalam kemalangan kecil terdapat pemandu yang akan meminta keterangan pemanduan seperti lesen dan insuran. Tunjukkan lesen dan insuran anda melalui cermin sahaja.

Jika anda diekori ketika di dalam perjalanan, jangan memandu pulang kereta anda sebaliknya pandu kereta anda ke balai polis atau balai bomba yang berhampiran.

Bunyikan hon kereta anda. Jika tidak, pandu kereta anda ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai dimana anda dapat menelefon polis. Jangan tinggalkan kereta anda melainkan anda pasti bahawa anda akan dapat memasuki bangunan dengan selamat. Cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.

Jika boleh, cuba untuk memiliki sebuah telefon bimbit di dalam kereta anda untuk tujuan kecemasan.

(Pastikan juga bateri telefon anda di cas serta telefon anda boleh membuat panggilan ke luar)

Temuduga Lanun







Kisah lanun yang tiada kena mengena dengan Kapal Melati tu..

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga : "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki : "Cedera ketika perang dunia kedua"

Penemuduga : "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki : "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga : "Mata kamu pula?"

Lelaki : "Suatu hari ketika hujan saya mendongak ke langit lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga : "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki : "Bukan itu sebabnya,mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk utk menyapu tahi itu."

Kisah orang gila





Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia hospital Tampoi.


Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... . apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui org atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak.

Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

Cinta untuk orang-orang sains





Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... ..

Puasa enam Syawal





Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.

Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.


Baca artikel penuh di Artikel Hangat
Blog Widget by LinkWithin