adsense

29 October, 2008

Windows 7 ganti Vista





SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.



“Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.

Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.

Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010.

“Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Rosoff kepada AFP.

“Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna,” katanya.

Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.

“Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini,” kata Ozzie.

Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software ‘Microsoft Office’.

Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

screenshot Windows 7, klik gambar untuk besarkan.

Parking kereta sesuka hati





Masalah parking kereta ikut suka hati ni memang menggeramkan, kebiasaannya dah la parking penuh, ada makhluk yang parking ikut sesuka hati diaorang jer..maunya tak hangin satu badan.

Sebenarnya sikap mementingkan diri sendiri pemandu itu menjadi punca benda ini berlaku.

w1oyhwqipuzkt8785l5.jpg h4yx5vni5dg1zx6z1hu.jpg l1n5j99555sehj1d0cc.jpg

Klik atas gambar untuk zoom in

Ragu-ragu dengan kiblat anda?





Assalamu'alaikum. ..

Anda masih ragu2 dengan arah kiblat di tempat anda? Anda outstation atau ke luar negara, dan tak tahu arah qiblat? Ingin penyelesaian yang mudah dan cepat?

InsyaALLAH, saya ingin mencadangkan tuan/puan mencuba laman web berikut:

http://www.qiblalocator.com

Selamat mencuba!

Sebarkan buat rakan2 anda, lillahi ta'ala...

28 October, 2008

Dua Lelaki Yahudi Pujaan Remaja Islam





Yang menyedihkan ialah kedua-duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar-gambar dua lelaki ini dilekat di merata-rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya skiptikal dalam budaya hedonisme.

Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka kedua-dua Yahudi ini ada di dalam bilik-bilik asrama mereka Tidak cukup dengan itu, ditampalnya di fail-fail kuliah, dilekat dihadapan kulit-kulit buku dan diusung ke hulu ke hilir.

Tambah menyakitkan mata apabila baju-baju yang memaparkan gambar kedua-dua lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling mendidihkan hati wajah-wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama-nama mereka yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid.



Siapa mereka? Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Lawak Pak Pandir





Pak Pandir dan Wartawan
satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan... .
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.


Pak Pandir dan Ikan Keli
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ????!!!!



JANGAN MEMBAZIR MAKANAN





Celik tutup mata, sekejap saja Syawal sudah hendak berakhir. Semakin sampai di penghujung ni, semakin galak jemputan rumah terbuka dari rakan. Jika dicampur dengan majlis kerja kahwin dalam sehari sampai 3-4 jemputan kita dapat pada penghujung minggu yang lepas.

Begitulah mewahnya orang kita dengan makanan , sehingga ada orang kata "orang Afrika mati tak makan tapi orang kita mati makan berlebihan". Yalah nasi beriani kambing, rendang dan sebagainya mestilah tinggi kolestrolnya.



Selepas banyak sangat jemputan yang diterima, tetamu yang datang semuanya makan sikit-sikit saja, sekadar menjamah. Maka banyaklah makanan yang berlebihan untuk tuan rumah. Dah berlebihan makanan tu terpaksalah kita buang begitu sahaja. Isk..isk ..isk..

Sedangkan ada insan yang menderita tak makan. Berbulan- bulan, malah nak dapat ait pun susah. Antara gambar yang menyayat hati ialah gambar di bawah. Lihatlah di mana nilai kemanusiaan kita apabila ada insan yang hanya tinggal tulang dan kulit sahaja dan mengejar makanan macam anjing.



Lihat koleksi gambar lain di STRANGE PICTURES

JANGAN MEMBAZIR MAKANAN DAN AIR!

Yang perlu dielakkan semasa solat





Solat berjemaah, ruangan yang jauh dari makmum di sebelah


Solat bersendirian, bergerak terlalu pantas semasa membuat pergerakan



Layari Blog Sesama Insan untuk artikel penuh

Hamba Kepada Duit





By Shamsuddin Kadir

Apabila kita membuat perbelanjaan barangan keperluan di pasaraya, apakah yang dapat menghadkan kita berbelanja apabila mengunakan kad kredit?
Sehingga kini, daripada maklumat yang saya perolehi termasuk dari pemerhatian dan soal selidik yang saya lakukan, berikut adalah penemuanya.

*
Penguna kad kredit tidak mempunyai senarai apa barangan yang ingin dibelinya. Hanya senarai di dalam kepala sahaja yang dibawa masuk ke dalam pasaraya.
*
Penguna kad kredit tidak menghadkan apa yang ingin dibeli berdasarkan senarai di dalam kepalannya, tetapi membenarkan dirinya membeli barangan yang berkenan di hatinya ketika berada di dalam pasaraya.
*
Penguna kad kredit tidak kisah berapa jumlah harga keseluruhan barangan yang dimuatkan di dalam troli.
*
Penguna kad kredit hanya peka tentang jumlah barangan yang ingin dibeli, apabila jumlah hutang kad kredit sudah hampir mencecah jumlah maksimun.
*
Penguna kad kredit menjelaskan semua perbelanjaan dibuat hanya pada beberapa bulan pertama. Selepas itu, penguna mula membayar bayaran minimun sahaja, seperti yang diwajibkan oleh bank.
*
Penguna kad kredit akan menikmati hidup yang lebih indah, lebih bergaya berbanding jiran dan rakannya yang mendapat gaji yang sama banyak.
*
Penguna kad kredit suka bersiar-siar kerana sebahagian besar kosnya ditanggung oleh kad kredit.

Itu adalah sebahagian daripada penemuan berkenaan dengan penguna kad kredit.
Apabila jumlah baki hutang kad kredit semakin meningkat, penguna mula mendapatkan kad kedua dan seterusnya.

Apabila hutang semua kad kredit sudah mencecah angka-angka ‘kritikal’ penguna kad kredit mula mendapatkan talian hayat pertama iaitu pinjaman peribadi. Ketika ini penguna kad kredit dapat menjelaskan semua hutang kad kredit, dan hanya menumpukan kepada bayaran ansuran bulanan kepada bank untuk pinjaman peribadi yang dibuatnya itu.

Selepas 2 tahun, penguna kad kredit itu menjadi panik, apabila kad-kad kredit itu menunjukkan bagi hutang yang tidak berbayar sehingga berbelas dan berpuluh ribu. “Macam mana ini, hutang pinjaman peribadi belum selesai, hutang kad kredit sudah menimbun kembali?”, kata penguna kad kredit yang sudah menjadi hamba kepada bank.

Jika ciri-ciri di atas ada persamaan dengan anda, cepat hentikan tabiat anda yang berbahaya itu. Jika anda tidak yakin ataupun mempunyai cara untuk membebaskan diri, dapatkan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

Sumber: shamsuddinkadir.com

Perbezaan otak lelaki dan otak perempuan





Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama… Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai? Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula… Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”. Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

P/s:
Ntah betul ke tak fakta ni tapi aku kira ada 2 ajer hohoho..nampak sangat cuai.

Erti persahabatan





1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.

27 October, 2008

Latest Nike Air





Kasut ada lima jari. Bagaimana rasanya memakai kasut ini ya. Rasa macam tak pakai kasut agaknya...



Takde pembaris,kerusi pun boleh..







Strategi syaitan profesional





Antara strategi syaitan ialah:


1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan.

Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia.

Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat

Seronoknya di Pulau Sentosa





Teringat iklan pelancongan Singapura. Lihatlah gambaran Pulau Sentosa di masa depan. Tapi dengar cerita di Pulau Sentosa,Singapura ini telah mendapat lesen kasino yang terbesar.


Layari Hot Pictures untuk koleksi gambar lain

Gabungan Myvi dan Viva




Kereta baru Nissan iaitu Nissan Mocco, design sekali pandang macam gabungan kereta Perodua Myvi dan Perodua Viva. Mungkin secara kebetulan jer..




Layari Hot Pictures untuk melihat koleksi gambar Nissan Mocco
Blog Widget by LinkWithin