adsense

02 November, 2008

Penderitaan adik Khairul Aiman





Assalamualaikum, sekadar memanjangkan sahaja. Untuk kepastian sila call dahulu no yang diberi.

Keperihatinan dan sumbangan anda semua amat diperlukan utk adik Khairul Aiman anak kepada Khairul Riaza Bin Khairudin, anak beliau dilahirkan pada 10/04/2008, mengalami sakit radang paru-paru yang serious sejak berusia 2 bulan dan sekarang berada di Hospital Besar KL. Beliau dan isteri terpaksa berhenti kerja memandang kekerapan berulang alik ke Hospital.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke :-

Khairul Raiza Bin Khairudin
No akaun Maybank berhad: 162218438786

Alamat Rumah : Lot 8571, Jalan Setia,
Sungai Ramal Baru,
43000 Kajang, Selangor

No. Tel : 019-3925059

Semoga Allah memberi keberkatan pada anda semua

Email berantai lagi...





Saya masih menerima email berantai DOA NABI YUNUS ini lagi. Sedih betul melihat orang kita masih mempercayai dan menforward email ini kerana percaya ada power dari forward email tersebut.

Hukum mempercayai forward email adalah syirik dan pernah di postkan di artikel terdahulu di isuhangat :

http://isuhangat.blogspot.com/2007/05/info-hangat-hukum-mempercayai-surat.html

Ini adalah contoh email berantai yang masih berkeliaran, dan jika anda dapat email ini janganlah di panjangkan lagi. Hanya delete sahaja. Walau pun doa tersebut adalah bagus jika diamalkan (dibaca) bukan hanya dengan menforward email sahaja.


DOA NABI YUNUS... mmg AJAIB

Assalamualaikum,
khasiat ayat ni kalau diamalkan segala kesulitan dpt diselesaikan dgn mudah
sgt..saya mmg rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari
terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa
penyakit sekalipun, bgtau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap
masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi mmg
betul.disebabkan saya tak tau byk ayat yg power, saya hanya hafal ayat ini
sahaja.alhamdulillah..memang power ayat ni.sgt2 miracle. Kalau berita 'lain' mudah hantar, harap yang di bawah ni pun
boleh hantar kepada member-member
JGN DELETE walaupun sebelum ni dah pernah terima e mail macam ni dan juga
dah pernah fwd pada kengkawan. Kerja baik buat selalu pun tak per.. Doa
Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
Kirimkan kepada 10 orang, insyaallah Allah akan memecahkan segala kesulitan dan kebuntuan mu!


Wallahuallam..

Jeli buatan China





Jangan beli jeli untuk anak anda buatan dari China. Biasa di jual di karnival, pasaraya dan biasanya di kedai 2 ringgit. Sebenarnya kita sebagai mak bapa yang memelihara kesucian makanan anak kita. Ini baru faktor kebersihan belum dikira faktor halal haram lagi.

Ajarlah anak-anak kita cara membeli makanan yang ada logo halal dari JAKIM sahaja.



Untuk lihat bagaimana mereka mengilang jeli, layari HOT PICTURES

Kebaikan madu





1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. IBU MENGANDUNG
a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

3. ANAK DALAM KANDUNGAN
a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

4. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
e. Mengelak dari kembung perut bayi.

5. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

Lawak pendek - komputer






Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "La ... kenapa kamu tidak membeli dua komputer? Tentu kamu tak payah bekerja " sahut temannya.

Perempuan dan bunga





Adakah nampak ada perempuan dalam gambar bunga ni? Cuba tengok betul-betul tapi tidak sesuai pada mereka yang ada sakit jantung.. hohoho

Tak reti bahasa





Cerita 1
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 2
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
"Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek.

27 Perkara Menyebabkan Jadi Papa





1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang...
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25. Menyapu sampah di waktu malam...
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang...

Wallahualam...

Bra termahal!








Hoho.. layari STRANGE PICTURES untuk gambar-gambar lain

Keindahan alam





Subhanallah! Keindahan ciptaan Tuhan .


Layari HOT PICTURES untuk koleksi gambar penuh

Mengapa saintis mengakui kewujudan Tuhan???





Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000
dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan diatas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya
berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula,kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat

01 November, 2008

20 sebab lelaki tak kahwin-kahwin lagi





20 sebab lelaki tak kahwin-kahwin lagi
0 comments Published by Admin on Saturday, November 1, 2008 at 12:18 AM

For gurlz n sape ader kawan laki tahulah nape diorang xnk kawen...

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

Baca Lagi di ARTIKEL HANGAT

Kisah sebuah perpisahan





Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan. Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya. Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.

Kini, malamku terasa begitu sunyi... tidak seperti dulu sewaktu aku bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh tuhan... mengapa ini mesti terjadi pada diriku?

Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya? 1400

Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku. Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam, kejaaaaam"

"Kenapa dengan kau ni?"... ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku seraya berkata "eleh... sudah gaharu cendana pula... sudah tahu bertanya pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata Milah nanti?"

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man, Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak, ayah?"

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo... umur tu dah berapa... . kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".

Aku terkedu tak terkata.

Moral of the story : kalau dah nak kawen tuh... ingat2 laa same... .xkan nak bawak bantal bucuk lagi kot... hehehe!!!

Hantu takde kepala !





*gambar hiasan

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi, jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul, mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat awek tu " saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?"

awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?"

"errrr... bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror dia..alamak !!! mana pegi awek ni... " aaaaaaaaahhhhhhhh... tak kepala!!! hantu tak de kepala!!!!

aaaaahhhhhhhhhhh!!!!" mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia "naper abang pecut, sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah saya", rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna hitam, memanglah tak nampak kepala... .

Sup Dhab Arab





Sup Dhab Arab. Dhab ni pernah kecoh di Malaysia iaitu minyak dhab untuk tenaga batin lelaki. Kalau buat sup camni lagi power...huhu





Klik STRANGE PICTURES untuk gambar penuh.

Harga petrol turun 15 sen





PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari ini.

Sehubungan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhirakhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya," kata Abdullah dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

Ini merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak di pam sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 Sept, 15 Okt dan 1 Nov.

Admin:
Alhamdulillah minyak dah turun tapi harga barang di JB tak turun-turun.

Gambar PANAS!!!!





Humm, sedapkan kalau makan semasa lauk tengah panas...






Layari HOT PICTURES untuk melihat "gambar-gambar PANAS" yang lain

31 October, 2008

Gambar Khairi dengan botol arak





Blogger Hussin Lempoyang kasi panas semula dunia blogger , selepas di"senyap"kan dengan penangkapan RPK.

Gambar Khairi Jamaludin yang tersiar di blog beliau KJ di sebuah kelab yang popular di kalangan selebriti Malaysia telah menjadi isu hangat tetapi di nafikan oleh penyokong Khari - tektik jahat sudah bermula kononnya telah diedit tetapi dijawab semula oleh penulis blog di Mentengkolokkan botol. Siap ada terselit gambar blogger budiey sekali.




Sumber : The antics of hussin lempoyang

Mungkin untuk ambil gambar je bukan minum huhu...mungkin gambar telah diedit mungkin juga gambar ori.

Entah la, susah nak cerita pasal politik ni , banyak tersirat dari yang tersurat . Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita rakyat biasa ni cukap masa pangkah mana yang kita nak follow! Tu jer..
Blog Widget by LinkWithin