ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
04 November, 2008
Inovasi kreatif
Inovasi ialah berfikir di luar kotak iaitu produk sedia ada kita ejas sikit supaya lebih membantu pengguna dan menjimatkan kos. Kalau di Malaysia ni QCC dan QIT biasa di buat oleh kilang-kilang, syarikat swasta dan kerajaan yang ditiru dari budaya Jepun. Meniru benda yang menuju kebaikan tak salah kan?
Click STRANGE PICTURES untuk koleksi gambar penuh inovasi yang kreatif.
Hati-hati jika menggunakan PC ditempat umum-PENTING!!
For your information……...be careful
HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...)
CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting
Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.
Wallahua'lam…………….
Rujukan :
Wikipedia
Mari belajar Bahasa Hindi
Petikan Filem :
1. Lagaan : Ufti
2. Yadoon Ki Barat : Laman Kenangan
3. Pyar Ka Mousam : Musim Bercinta
4. Har Dil Jo Pyar Karega : Setiap Hati Terasa Cinta
5. Taal : Rentak Muzik
6. Bramachari : Bujang
7. Sift Tum : Hanya Dirimu
8. Ek Rishta : Sebuah Hubungan
9. Bulandi : Kemulian
10. Aaghaz : Permulaan
11.Dahek : Api
Baca artikel penuh di Artikel Hangat
Belajar dari beruk
Kepada sesiapa yang tak sayang anak tu, belajar dari peristiwa beruk ni..bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dari gangguan anjing liar.
Layari HOT PICTURES untuk melihat situasi sebenar.
Ibu mertua
"Seorang anak muda sedang berbincang dengan ibunya dan berterus terang yang dia telah jatuh cinta dan ingin segera berkahwin..
Anak : "Mama.. Saya akan membawa kemari tiga orang gadis cantik dan hendak mama teka yang mana yang akan menjadi menantu mama.."
Maka pada hari berikutnya dia pun membawa ketiga gadis cantik yang di janjikan itu.. Ketiganya di persilakan duduk di atas sofa sambil berbual.. akhirnya si anak bertanya pada mamanya..
Anak : "OK.. Mama tekalah siapa yang akan menjadi menantu Mama"
Mama : "Yang berambut perang dan duduk di tengah"
Anak : "Menakjubkan sekali.. pilihan Mama tepat.. bagaimana Mama tahu?"
Mama : "sebab Mama paling tidak menyukainya!"
Naib Presiden Gerakan meninggal dunia
Beliau dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan milikinya itu.
mStar Online ketika menghubungi Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin mengesahkan beliau meninggal dunia kira-kira 12 tengah hari tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata, Vijayaratnam datang ke kliniknya seperti biasa dan mengambil kunci untuk naik ke tingkat atas bangunan.
"Kata pembantu klinik itu, majikannya memberi alasan ada orang hendak menyewa tingkat teratas di bangunan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Sejurus kemudian, mayat Vijayaratnam ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala dan seluruh badan, katanya.
"Setakat ini siasatan awal menolak penglibatan pihak ketiga atau ada unsur bunuh diri. Kita letakkan kes itu di bawah 'sudden death' (kematian mengejut)," katanya.
Beliau berkata terdapat orang yang melihat kejadian itu dan polis akan mendapatkan keterangan daripadanya.
Sumber: mstar online
Apa yang tarzan fikir?
oOOOOoooOOOOoOOOOO
Apa yang Tarzan fikir kalau nampak cheetah mati?
Fikirlah dulu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Wow! New Underwear.
Hahaha..
Sumber: TODAY'S JOKE
03 November, 2008
Makanlah ikan keli yang terjamin bersih...
Dari Inbox Admin,,,
*Gambar hiasan
Assalamualaikum..mungkin anda yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..saya buka nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2 pun..artikel saya ini sekdar untuk berkongsi maklumat yang saya perolehi..ikut kisah lanjut oleh saya..
Pada baru2 nih sekitar hujung bulan Ogos, saya diminta ke J-Biotech atau nama penuhnya Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti yang beroperasi di MTDC-UTM. Saya kesana sebab nak hantar invois. Sesampai saya disana, saya terpaksa tunggu untuk berjumpa pegawai yang bertugas kerana katanya sedang meeting.
saya pun tunggu di ruangan menunggu bersama beberapa ahli perniagaan bumiputra yang tengah rancak berbincang..saya pun duduk dan dengarlah perbincangan mereka..rupanya mereka sedang bercakap mengenai pembiakan ikan keli.
Pengarah urusan syarikat apa pun saya tak ingat tapi ada akuakultur lah dibelakang nama syarikatnya itupun berpandukan baju kemeja f1 yang dipakainya..Menurut beliau, ikan keli memerlukan 2 paket makanan untuk membesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2 lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4.tapi mcamana tokey ikan keli cina dapat jual RM1.80/Kg? jawapannya setiap hari tokey cina ni akan masuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikan makanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiap hari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. Perghh..ini dah cukup banyak untuk diberi makan kepada ikan keli..jadi modal makanan yang ditanggung tokey cina adalah RM 0.00!!!
Ditambah lagi, ikan keli memerlukan masa berminggu2 untuk membesar kepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keli adalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (samada kumbahan manusia @ haiwan). Katanya jika dipelihara dalam air kumbahan, ikan keli akan membesar dalam masa yang cukup singkat..tapi kenapa ikan keli yang dibeli bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan keli cukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantin air bersih selama seminggu…SEMINGGU???..ya kerana untuk menjadikan ikan keli itu nampak betul2 bersih..gila betul…
Jadi kos operasi oleh tokey cina hanya untuk bayar gaji pekerja,kos penghantaran dan beli benih ikan.
Setahu saya, beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yang kotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar dan banyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli, belilah dikampung2 atau yang kecil2 dan berwarna hitam..
Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..
Sedikit peringatan
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam
Melajukan komputer anda
Tip untuk melajukan komputer anda ialah dengan menumpangkan komputer anda pada pelumba kereta Formula One, Alonso.... Huhu gurau jer..
Sebenarnya ialah dengan menggunakan perisian CCleaner. Saya telah lama menggunakan perisian ini dan terbukti bagus.
Bagaimana CCleaner bekerja?
Ia akan delete semua fail di temporary files, cookies, history dan sebagainya. Tahukah anda, apabila kita download fail dari internet atau dari email walaupun kita tak save fail itu sekalipun, komputer akan tetap menyimpannya di folder temporary. Folder ini sebenarnya adalah sukar untuk dikesan mana letaknya jika kita cari secara manual.
Satu yang anda perlu tahu sebelum menggunakan CC Cleaner ialah ia akan delete Recent Type URL iaitu URL yang telah sedia ada pada browser kita. Contohnya apabila kita taip perkataan isu..di browser kita, akan keluar URL http://isuhangat.blogspot.com secara automatik dari history kita. Oleh itu jangan lupa bookmark mana-mana URL kegemaran kita sebelum run CCleaner.
Untuk muat turun CCleaner boleh download di SINI
Related Products
Bina Badan Wanita
Wanita kini memperjuangkan hak kesamaan dengan lelaki. Walaupun secara fitrah yang diciptakan Allah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki dan wanita dan lelaki saling melengkapi namun kerana wanita moden sekarang sudah boleh melakukan apa yang lelaki buat.
Baru-baru ini Aminah Wadud lagi sekali menjadi Imam bagi sembahyang Jumaat di Amerika walaupun mendapat bantahan. Bagaimana pun sebagai orang Islam kita harus ingat sebagai pengikut Mazhab Shafiee harus ingat wanita dan lelaki ada perbezaan dari segi hukum hakam. Jangan main sembrono sahaja.
Gambar di bawah adalah menunjukkan wanita yang menjadi ahli bina badan dari seluruh negara. Teringat pelari India yang ditarik balik pingat emas Olimpiknya di Beijing kerana kewanitaannya di ragui dalam ujian makmal.
Layari STRANGE PICTURES untuk koleksi gambar Female Body builder yang lain..ish aku pun ngerissss
02 November, 2008
TEMUDUGA TERTUTUP
TEMUDUGA TERTUTUP SILA HUBUNGI 24434
bertempat di alam kubur
KELAYAKAN
1) anda tidak perlu membawa sijil sijil atau yg sama waktu dgn nya
2)anda tidak perlu membawa segala harta, pingat,dan darjah kebesaran
3)anda tidak perlu pakai kot@kemeja cuma kain putih.
4) anda cuma perlu membawa amal dan iman bersama.
7 SOALAN UTAMA AKAN D TANYA
1) siapakah tuhan kamu?
2)siapakah nabi kamu?
3)apakah ugama kamu.
4)apakah kiblat kamu?
5)siapakah saudara-saudara kamu?
6) apakah pegangan iktikat kamu?
7) dan apakah kalimah yg kamu bawa bersama sama kamu?
tips: masa kamu menjawap hendaklah tenang, jelas dan terang.
CARA MEMOHON:
..
1) anda hanya menunggu pangilan ilahi yg pasti akan jemput anda cepat atau
lambat sahaja...
2) carilah mana mana pembunuh utk hantar anda ke sana.
KEPUTUSAN JURI HAKIM ADALAH MUKTAMAD DAN TIADA TALIAN HAYAT @ YG SAMA WAKTU
DENGANNYA. SUDAHKAH ANDA BERSEDIA? TEPUK DADA TANYA IMAM. SENDIRIK MAU INGAT
Kata-kata Hikmah
Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah.. Kata-kata Hikmah, penawar bagi hati...
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT
Lawak pendek - kisah dalam lif
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya lak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...