adsense

14 November, 2008

Lawak SMS



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Indah

INDAH manusia kerana akhlak, INDAH bulan kerana cahaya, INDAH cinta kerana sayang, INDAH benda kerana hiasan,... ... .. INDAH water kerana jamban ... ...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S...

Sayang Serawak sungainya sempit, tumbuh berbanjar si pohon bakau; sayang SMS ruangnya sedikit, nak ku telefon naik lemak lah kau. P/S... kau call lah aku pulak!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baki Prepaid

Ribu- ribu pokok mengkudu, cincin permata jatuh ke ruang; kalau rindu sebut namaku, baki prepaid jangan di buang!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Borak Panjang

Dari mana punai melayang, dari paya turun ke padi, dari mana duit melayang, dari poket turun ke bil henpon borak panjang dengan kau tadi!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baik

Amacam? Baik? Kalau tak baik, kena la baik baik sikit. Ada baiknya kau kerja baik baik sebelum dapat berita tak baik. Baiklah, buatlah yang terbaik! (UJANG)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tak Sudi

Apa guna kepuk di ladang, kalau tidak berisi padi, apa guna berborak panjang, kalau nak kongsi duit bayar bil telefonnya pun tak sudi?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Erti Kawan

Tahukah kau erti kawan? Bila kau menangis, aku pun menangis, bila kau ketawa, aku turut ketawa dan bila kau kaya... ... aku pun nak tumpang sama... .. hehe! Pinjam duit?!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Magik

Nak tengok magik? Pilih satu nombor, darabkan dengan 23568. Dah? Bahagi 1487. Cepat sikit! Dah? Lepas tu, darab dengan 0, jawapannya 0 kan? Aii... tak habis kira lagi ke?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ingat... ..Lupa

Aku nak ingatkan kau untuk lupakan aku, kerana seingat aku kau memang pelupa, dan jangan kau ingat aku lupa untuk mengingatkan kau untuk melupakan aku!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Be There For You

When things go wrong, when sadness fill your heart and when tears flow from your eyes, just let me know, I want to be there for you... ... ... Coz, I'm selling tissue... ... buy 1 free1!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tolong Akak 1

Adik, boleh tolong akak tak? Tolong longgarkan kain kapan akak ni. Orang tu ikat ketat sangat masa nak kebumikan akak tadi. Tolongla dik... ... akak kat tingkap ni... ..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

So... ... .Far

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X YZ... ... ... ... .. The man who created the alphabeth was a genius but he made a mistake by putting U and I so... ... ..FAR!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ular kepala dua



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Maha suci Allah..



Layari STRANGE PICTURES untuk koleksi ular-ular pelik di seluruh dunia

Telur Oh Telur



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!








Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu Subang.Depa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya,aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story
Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah
pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabkan yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Wasiat tiga pengebom Bali



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Ada yang kata mereka mati syahid, ada yang kata tidak...
Ada yang kata mereka berjihad di jalan Allah, ada yang kata tidak...
Ada yang kata mereka pengganas, ada yang kata tidak..

Inilah yang menjadi dilemma orang Islam masa kini.. apa-apa pun ikutlah apa yang diajar dalam Al-Quran dan Hadis sahih..jangan membuat andaian mengikut logik akal sahaja. ada benda yang tidak boleh ikut kata Nabil..lu fikir la sendiri, ada benda-benda yang kita tidak mampu nak berfikir. Ilmu manusia hanya ibarat setitik air di lautan sahaja.

Jika dilihat di berita TV, kedengaran bunyi petir semasa jenazah di bawa pulang ke kampung halaman mereka walhal cuaca terang benderang. Hanya Allah yang mengetahui...

Di bawah adalah surat wasiat mereka sebelum mereka dihukum mati . Alfatihah buat mereka.







*Klik gambar untuk besarkan

Ciri-ciri lelaki berdasarkan zodiak



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

::ade juga yg betul tp jgn terlalu obses nnti jd kurafat lak::

Lelaki Aquarius: Ia berdarah panas, suka melakukan apa pun mengikut keinginan. Jika tak memahami atau tak mampu mengikut rentaknya, anda tak akan selesa bersama dia dalam waktu lama. Gaya percakapannya straight to the point dan tak pandai berbohong. Ia tak suka orang yang mudah putus asa, yang tak ada semangat, dan yang berfikiran cetek. Jangan memancing kecemburuannya kerana ia tak akan membuat kecoh, melainkan pergi meninggalkan anda.

Lelaki Pisces: Ia berjiwa sensitif, pendiam, pemalu, dan sangat emosional. Ia bukan orang yang suka melawan arus, dan lebih memilih jalur aman. Bagi dia, dalam hidup yang penting bukanlah cinta melainkan status dan kestabilan. Ia suka perempuan yang ceria dan cerdas. Jangan menasihati dirinya kerana ia tak suka. Ia lebih menghargai apabila anda mencontohkannya terlebih dulu daripada membebel tak tentu hala..

Lelaki Aries: Ia kelihatan lembut, tapi di dalam hatinya ia orang yang sekeras baja. Halangan kecil tidak akan membuatnya jatuh begitu saja. Keras kepala menjadi ciri dari warga Aries. Pujilah dirinya dan berikan senyuman kepadanya kerana itu akan melembutkan hatinya. Ia gemar menunjukkan apa yang disukainya dan lebih menyukai perempuan yang ada cirri-ciri ibu rumah tangga.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Gambar Nora Danish mengandung



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Puteri nak dapat baby ...

liby3iniemim0t7f3lte.jpg
Klik atas gambar untuk besarkan..

Barah otak



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Pelakon Baywatch musim baru



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!



Semua pelakon Baywatch di musim baru dah berubah, ya ke? Lagi seksi dan lagi terseksa ooooo

Klik Hot Pictures Collection untuk gambar-gambar hot ni.. hoho

Pukau Lima Sen



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab

Syiling lima sen modal pukau: Gadis kebas beg wanita selepas hilang ingatan di stesen LRT.

KUALA LUMPUR : sekumpulan warga asing dikesan menggunakan syiling lima sen untuk memukau pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) sebelum melarikan barangan berharga mereka, termasuk wang tunai.

Mulanya syiling lima sen itu dicampak ke lantai sebelum mangsa mengutipnya lalu menyebabkan meraka tidak seadarkan diri lebih 30 minit.

Dalam ks terbaru kelmarin, seorang wanita langsung tidak sedar beg tanganya dilarikan penjenayah itu selepas mangsa tunduk mengutip syiling di kakinya.

Kejadian pukau itu dilakukan seorang gadis ketika mangsa di stesen LRT Setiawangsa tanpa disedari orang ramai di kawasan itu.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali, Siti Rabiah 50-an hanya menyedari kehilangan beg tangannya sebaik tiba ke pintu rumahnya

Di Taman Keramat Permai.

Menurut Siti Rabiah, dalam kejadian itu, dia yang baru habis berkerja pulang ke rumah menaiki LRT dari Taman Melawati sebelum berhenti di Stesen Setiawangsa.

"Sebaik keluar dari gerabak, saya berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba saya terlihat lisa sen di lantai sebelum memungutnya.

"Selepas mengambil syiling terbabit saya tiba-tiba menjadi hilang ingatan dan kaku sebelum berjalan meninggalkan stesen LRT berkenaan," Katanya.

Sebaik tiba ke rumah setangah jam kemudian, dia sedar beg tanganya hilang.

Seingatnya kali terakhir beg tangan itu dibahu ketika memungut syiling itu sebelum berjalan pulang.

Kata Siti, dia kemudian memberitahu kejadian itu kepada anak saudara yang mencari beg tangan itu di Stesen LRT berkenaan.

Pada jam 10.30 malam, anak saudara menghubungi telefon rumahnya untuk kepastian berhubung telefon bimbit miliknya.

Ini kerana dia melihat seorang wanita berusia awal 20-an dalam keadaan mencurigakan sedang menggunakan telefon bimbit.

"Selepas saya mengesahkan telefon bimbit itu sama dengan telefon saya dia kemudian mengekori wanita itu yang menaiki Perdana V6.

"Anak saudara saya juga sempat mencatat nombor plat kereta itu," katanya.

Siti Robiah beberapa kali cuba menghubungi nombor telefon itu, tetapi ia dimatikan suspek. Dia menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut suspek membuat laporan polis jika enggan menyerahkan beg tangan dan telefon bimbitnya

Kerana nombor plat kereta terbabit sudah diketahui.

"Ternyata idea saya itu berhasil kerana selepas beberapa minit seorang lelaki menghubungi dan meminta saya ke stesen LRT itu.

"saya bersama empat saudara ke situ, tetapi selepas hampir 15 minit menunggu, suspek gagal dikesan menyebabkan kami berpecah.

"tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang muncul menyerahkan beg tangan dan telefon bimbit itu kepada saya.

Dia mendakwa beberapa lelaki menyuruhnya menyerahkan beg itu," katanya yang mendakwa lelaki itu terketar-ketar menggunakan dialek indonesia.

Siti Rabiah mendapati wang tunainya hanya tinggal RM30 menakala RM200 lagi lesap dan semua dokumen penting diperoleh semula.

Moral: Yg PENTING jgn kutip apa² krn BUKAN HAK kita…..

13 November, 2008

Kereta berumput



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Kempen hijau di negara Barat.




Layari STRANGE PICTURES untuk koleksi gambar lain

Tazkirah Jumaat ; Amalan



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Assalamualaikum,

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Kartun kekejaman Israel



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Kartun kekejaman Israel yang dilukis oleh rakyat Brazil (bukan beragama Islam).




Lihat gambar-gambar lain di BLOG SESAMA INSAN

Orang minyak kena belasah



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Video orang minyak kena tangkap dan kena belasah oleh orang kampung. Tak tahu di mana tetapi yang pasti di Malaysia juga. Mengaku telah rogol anak dara orang dan juga siap sebut nama tok guru dia tu...Macam tak percaya zaman telah maju tetapi benda-benda khurafat dan tahyul ni masih ada lagi sejak zaman Firaun. Sesungguhnya pekerjaan utama syaitan itu ialah untuk merosakkan akidah manusia. Ya Allah, jauhkanlah kami dari godaan syaitan yang direjam!
Mesti Download!


No pin



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Suatu petang yang agak panas,Azman ingin mengeluarkan wang lalu dia pergi ke mesin Atm yg berdekatan dengan rumah beliau.Dia beratur di belakang seorang pemuda yang agak tampan sedang mengeluarkan wang.Azman cuba melihat pemuda itu mengeluarkan wang.

Pemuda: Hoi!!ape yang kau terjenguk-jenguk ni,hah?Engkau mengendap aku tengah keluarkan duit,yer?!

Pemuda itu naik angin apabila mengetahui yang azman sedang melihat dia mengeluarkan wang.

Azman : Hahaha... .aku dah tahu nombor pin kau.hahaha...

Pemuda itu sangat terkejut kerana azman mengetahui nombor pinnya lalu dengan marah pemuda itu berkata...

Pemuda: Kalau kau tahu,ape nombornya?!

Azman :Alaahh..ape la susah sangat, ******! kan?

Teka teki lawak



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

1. bagaimana masukkan zirafah ke dalam peti sejuk ?

2. monyet memanggil semua binatang datang mesyuarat?
tapi seekor binatang tidak hadir..

apakah binatang tersebut?

3. ada sebatang sungai, sungai tersebut terdapat banyak buaya. ada seorang budak mahu menyeberang sungai, dan budak itu berjaya menyeberang sungai tersebut. Persoalanya.. bagaimanakah budak tersebut dapat menyeberang sungai tersebut.


answer... ... .

1. buka peti sejuk jadi masukkan la zirafah itu..
2. zirafah sebab berada dalam peti sejuk...
3. sebab buaya pergi ke mesyuarat... .

Jambatan Kaca Grand Canyon



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Jambatan kaca di Grand Canyon, 4000 kaki dari Sg Colorado..Ada berani ker?



Koleksi gambar penuh di STRANGE PICTURES

Petua dari Chef



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

1. KUPAS BAWANG
Untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.

5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

Sumber Chef Sabri

Romantiknya Rasulullah SAW



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum
puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Artikel penuh di Artikel Hangat

Masjid tanpa bumbung



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Tak tahu berada dimana. Teringat masjid pertama yang dibina Rasulullah SAW semasa berhijrah ke Madinah hanya ada 4 batang pokok tamar sahaja. Subhanallah. Masjid kita canggih, lawa, aircond sejuk, tiada masalah air tetapi...... lu fikirlah sendiri sambungan ayatnya.




Klik BLOG SESAMA INSAN untuk koleksi gambar lain
Blog Widget by LinkWithin