
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
24 November, 2008
Video harimau putih zoo singapura
Sebagai sambungan dari post Kisah mangsa harimau putih zoo Singapura. Jika di post tersebut saya sertakan gambar. Kali ni videonya pula.
23 November, 2008
Kaitan google dengan Israel
Blog dari sahabat dari seberang telah menjelaskan dengan detail hubungan Google dengan Israel dan bagaimana pentingnya Google kepada Israel untuk memonitor segala kegiatan internet di seluruh dunia.
Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT
Wallahualam..
Perlumbaan kasut tinggi
Siapa kata kasut tumit tinggi tak boleh berlari? Siap ada race lagi..huhu

Layari STRANGE PICTURES untuk koleksi gambar lain
Cakra Alam = Putar Alam?
Sila rujuk video pendedahan oleh TV korea tentang Ust Arif yang terror tu.
http://www.youtube.com/watch?v=p9hgWWQC3e0&feature=related
Tajuk video tu : Malaysian Healer exposed! CAKRA ALAM PENIPU (UTZ.ARIF PENIPU)
22 November, 2008
Michael Jackson memeluk agama Islam

Syukur Alhamdulillah, Michael Jackson,50, confirm telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel (nama Malaikat) , menurut akhbar The Sun.
Michael Jackson telah melafazkan syahadah di rumah temannya di Los Angeles, Steve Porcaro iaitu seorang pemain keyboard dalam album Thriller di hadapan seorang Imam.
Michael Jackson sebelum itu di kaunseling dari dua orang temannya David Wharnsby,penulis lagu dari Kanada dan Phillip Bubal, seorang produser yang telah terlebih dahulu menukar agama kepada Islam.
Tahun lalu,abang Michael Jackon, Jermaine Friday yang telah convert ke Islam sejak tahun 1989, telah mencadangkan Jackson memeluk agama Islam. Friday banyak membelikan Jackson buku-buku mengenai Islam dan berpendapat Michael Jackson mengenai keindahan dan ketenangan Islam.
Isuhangat berharap Michael Jackson dapat menjadi muslim yang sejati.
10 Kebaikan Coke...Cubalah! !!
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
____________ _________ _________ _________ _______
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
____________ _________ _________ _________ _______
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
____________ _________ _________ _________ _______
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
Baca lebih lanjut di Artikel Hangat
Aduh! Mana tahan...!
Punggung dia bergegar, punggung aku pon bergegar. kami sama-sama sudah tak tahan!
aku sudah penat me......... (ehem) masih juga belum sampai-sampai, dan aku pon tak tahan dia semakin lagi tak tahan!
Dia terentak aku pon terentak.kami semakin tak tahan! kami sama-sama sehaluan
terus bergegar serta bergoyang-goyang macam nak......aku semakin ligat me............ (ehem) Arrrrr..aaaahhhhh..! Aduh! Mana tahan!
Kerana terlalu lama bergegar dan bergoyang, dia pun tak tahan lalu meraung
Arrrr..aaaah!
Aduh!
Mana tahan!
Arrrr..aaaahhhhhh!
Sampai kuar air mate aku meraung!
Iklan jap;
Ok sambung, scroll down
Aku pun berhenti dari mengayuh basikal tu!Kami sama-sama turun dari basikal.
Sambil menyangkung, kami memeriksa tayar basikal yang dah pancit tu.
- Aku dah kata, kita tak boleh naik basikal yang tayarnya dah pancit! -
- Nanti punggung kita pon sakit! -
- Kau nie degil lah! -
- Sudahlah! Kita repair aje dulu tayar basikal nieee dikedai basikal!
Ayat lembut hati anak
APAKAH ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak, terutama anak remaja yang semakin sukar dikawal?
Sejak akhir-akhir ini banyak berita memaparkan kisah anak remaja yang derhaka, lari dari rumah dan melawan cakap orang tua dengan terbabit dalam pelbagai gejala sosial.
Jawapan:
Anak remaja perlu didikan akhlak, emosi, rohani, jasmani serta intelektual. Bacaan al-Quran hanya memenuhi sebahagian daripada tuntutan rohaninya.
Bahagian-bahagian lain juga perlu mendapat pengisian. Tidak cukup sekadar doa semata-mata. Akhlak menjadi runtuh berpunca daripada makanan yang tidak halal. Ini
memang dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Awasi makanan anak supaya ia datang daripada sumber yang baik, insya-Allah akhlaknya akan menjadi baik juga.
Banyak ayat al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk melembutkan hati anak mereka. Ayat untuk melembutkan hati ialah dari surah al-Hasyar ayat 21 dan juga surah Taha ayat satu hingga lima. Jika lari dari rumah, amalkan bacaan surah Yusuf.
Pen Skodeng

KUALA LUMPUR - Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.
Pen yang dinamakan sebagai 'Pen Skodeng' di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.
Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya. Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok.
'Pen Skodeng' juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak. TANPA disedari 'Pen Skodeng' mampu merakam aksi panas tanpa disedari mangsa.

Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.
Salah seorang penggunanya yang dikenali sebagai Azmi, 20, berkata, dia mengetahui penjualan 'Pen Skodeng' ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah beberapa bulan lalu. "Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri
penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini
ia boleh didapati dengan mudah di negara ini," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Sumber: Kosmo
Kisah mangsa harimau putih Zoo Singapura
1.Mula mula Nordin Montong 32 th, jumpa kawan kawan dan bertahu mereka:
"Bye bye. Engkau org TAK akan dpt jumpa aku lagi selepas ini" (ganjil kan kalau org cakap gini ?) (macam org buang tebiat, nak mati)
2.Dia naik basikal.
3.Pergi ke kawasan Buaya, BUANG semua kad kad dalam wallet di kawasan buaya ini. Pelancong Australia nampak & mereka HAIRAN kenapa org buang barang di kawasan buaya ini ?
4.Dia berjalan dalam air ini sambil "memanggil manggil" Harimau.Di tangan nya sebelah pegang baldi & sebelah pegang penyapu lidi.
5.Harimau (pertama) DENGAR dan pergi cari "yg memanggil manggil". Macam kita juga,kalau "bunyi bising" kan kita akan TENGOK.
6.Nordin Monton berjalan mengharongi air, menuju ke arah Harimau & semakin "mendekatkan dirinya"
7.Seekor Harimau (yg kedua) datang. Kedua dua Harimau merenung Nordin.Dengan jarak "yg sangat dekat" Nordin dah mula rasa takut. Dia kata: Ya ALLAH tolonglah aku. Aku salah. Maafkan aku.
8.Org ramai menjerit (utk kasi Harimau DISTRACT)(supaya dia TAK gigit Nordin) &pelancong (org putih) baling payong ke arah Harimau,tapi tak kena.Budak melayu yg ambil gambar video, suroh Nordin turun dari batu dan masuk ke kawasan air(pasal Harimau TAKUT air)
9.Nordin takut, ambil baldi & tutop kepala, kemudian mula turun.Bila dia bergerak,seekor Harimau mula tepok Nordin (tahu lah tapak tangan dia "berapa punya besar ?").Orang ramai terus buat bising, supaya Harimau TAK apa apakan Nordin. Kedua dua Harimau kebingungan,tengok org org yg buat bising.
10.Dalam masa Harimau (yg dua ekor kebingongan) (pasal bising),datanglah lagi seekor Harimau. Harimau yg ketiga ini YANG GIGIT & SERET Nordin (macam dia bawa anak dia jalan)(macam kucing angkat anak dia gitu lah).Di bawa nya ke dalam (kandang)
11.Pegawai zoo, doktor haiwan, polis etc masa ni dah tunggu. Pegawai zoo memanggil Harimau harimau ini utk masok dalam kandang. Mereka masuk. Dengan segera, Doktor berikan rawatan pada Nordin...... ..tapi dia DAH Meninggal.
Note :-
Juru tembak dah tunggu. Tapi mereka TAK tembak pasal:
Harimau "ada kelemahanm nya" Kalau mereka di sakiti (kena tembak sakit kan ?)
mereka "akan lebeh mengganas, akan terus gigit Nordin (yg di depan mata mereka)
Tiga hari berturut turut surat kabar siarkan berita ini
Untuk melihat gambar sila layari HOT PICTURES
Adab-adab Berdoa:
1. Ikhlas - perasaan ini tidak boleh orang lain muhasabah, kena diri sendiri tahu.
2. Hendaklah dimulakan dengan memuji Allah(memuji dan bersyukur kepada Allah), kemudian berselawatlah ke atas Nabi saw. Ditamatkan pula doa itu dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi saw.
3. bersungguh-sungguh dalam berdoa dan yakin dengan jawapan (yakin Allah akan bagi).
4. berdoa dalam keadaan tidak tergopoh-gapah atau kelam-kabut(jangan terlalu cepat sampai tidak tahu apa yang disebut).
5. Hati kita hadir/hati kita hidup, bukan dalam keadaan hati kita lalai. Kalau nak cepat, jangan berdoa di waktu itu kerana tidak sepenuh hati mahu meminta dari Allah.
6. kita berdoa dalam keadaan kita senang dan susah, bukan di waktu susah sahaja. Kita kena buat secara berterusan(istiqamah), baru lah kita akan redha dengan apa yang bakal terjadi.
7. tidak meminta kecuali kepada Allah(berdoa ke hadrat Allah adalah hubungan yang direct dengan Allah, tiada perantaraan, oleh itu meminta/mengadu hanya kepadaNya).
8. tidak berdoa ke arah keburukan kepada diri, keluarga, harta-benda, anak dan sebagainya.
9. merendah-rendahkan suara ketika berdoa(antara dengar dan tidak), jangan meninggikan suara.
10. mengakui dosa yang kita buat dan memohon keampunan dosa-dosa tersebut kepada Allah. Mengakui nikmat-nikmat Allah dan bersyukur dengan nikmat tersebut.
11. tidak melampau-lampau bersajak/berpuisi(seni bahasanya) dalam berdoa.
12. kena merendah diri dan kusyuk dalam keadaan kita berkehendak dan takut kepada Allah.
13. menolak benda-benda yang menzalimi kita/menolak dosa yang kita lakukan dengan bertaubat.
14. digalakkan mengulang doa sebanyak 3 kali.
15. mengadap kiblat.
16. mengangkat kedua tangan ketika berdoa.
17. berwudhuk sebelum berdoa sekiranya mudah/boleh(tempat dan keadaan mengizinkan). Seelok-eloknya berwudhuk.
18. jangan kita bermusuh dalam kita berdoa, maksudnya perasaan dan keadaan kita baik.
19. hendaklah dimulakan dengan berdoa untuk diri sendiri dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
20. meminta kepada Allah dengan menyebut nama-nama Allah contohnya Ya Karim, Ya Latiff dan sebagainya. Juga boleh bertawasul iaitu menyebut kebaikan-kebaikan yang kita lakukan supaya Allah makbulkan. Juga boleh bertawasul keberkatan dari mana-mana tok guru untuk tolong berdoa untuk kita.
21. makanan , minuman, pakaian, rezeki kita hendaklah dari sumber yang halal.
22. hendaklah tidak berdoa dengan dosa/kejahatan contohnya berdoa untuk memutuskan kasih-sayang/memutuskan silaturrahim.
23. hendaklah menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan.
24. menjauhkan diri kita dari segala maksiat. Kalau mahu doa kita dimakbulkan Allah, jangan buat maksiat. Contohnya kita masih buat maksiat-maksiat kecil sedangkan selepas itu kita berdoa pada Allah. Cuba kurangkan dari masa ke semasa, InsyaAllah.
Revolusi WIndows
Saya menghadiri kursus ESQ, di dalam kursus tersebut menyatakan beberapa orang terkenal di dunia yang mempunyai ESQ yang tinggi kerana kemurnian hati mereka iaitu (kalau tak silaplah pasal tak catit) :-
Mahatma Gandhi - Perdana Menteri India yang berpuasa selagi pengganut Hindu dan Islam tidak berdamai di India.
Honda - orang yang kaya dan menghabiskan hartanya ke pusat kebajikan dan tidak meninggalkan sesen pun kepada anaknya
Bill Gates - Lebih separuh dari hartanya di dermakan di Yayasannya yang di dermakan ke rumah kebajikan.
Berikut ialah revolusi Window dari Windows 1.0 hingga Windows 7 yang membuatkan Bill Gates kaya raya.
Windows 1.0
Klik HOT PICTURES untuk windows-windows yang lain
Subscribe to:
Posts (Atom)