adsense

10 December, 2008

Lawak pendek - siapa lagi hebat





"Satu hari ada la 3 sahabat sekolah berborak masa melepak, selepas penat joget shuffle...

A : bapak aku teror tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau!

B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura.

C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia yang bunuh... "

Senaman leher 2





Click gambar untuk zoom in

Bagaimana Rupa Sebenar Nabi Muhammad S.A.W?





MUHAMMAD MANUSIA AGUNG KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Wanita gergasi







Layari Strange Pictures untuk gambar-gambar lain

07 December, 2008

Kaabah 100 tahun dulu





Rasanya ramai dah melihat gambar perancangan Kaabah masa depan. Pembinaan sedang giat dijalankan.

Ini pula gambar Kaabah pada 100 tahun yang lalu,



Lihat koleksi gambar Mekah dahulu di Blog Sesama Insan

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2008







Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Teman sekatil





"betul yati, buat apelah aku bohong, si farid dah ada teman sekatil mase ko takde kat sini, body dia solid mcm biola, suaranya merdu menusuk hati, aku tak tipu ko, si faizal yg bgtau kat aku." yati terkejut bercampur geram mendengar kata-kata ina, teman serumahnya. sampai hati farid sanggup menduakannya. masih belum cukupkah layanan yang aku berikannya kepadanya. segalanya telah ku serahkan kepadanya, maksud aku hati aku ni, takkan setelah aku serahkan body baru dia setia padaku. aku lihat diriku pada cermin, apa kurangnya aku ni, muke dah le cute, body jgn ckp le, pernah orang ckp yg aku ni lebih cantik dari nasha aziz. tak boleh jadi ni, esok aku mesti pergi ke rumah farid, biar aku ajar pompuan yg tak sedar diri tu. aku nak lihat secantik mana dia tu, menurut lina, cutting badannya seksi macam biola, habis tu ape kurangnya aku..sampai hati farid sanggup mencari pompuan lain sebagai teman sekatil dia, tu baru seminggu aku tinggalkan dia kerana pergi berkursus, kalo sebulan.. keesokan paginya aku pergi ke rumah farid. dari jauh aku terdengar suara. itu bukan suara farid. memang sah, farid berkongsi ranjang dengan orang lain. tetiba aku terdengar suara faizal, teman serumah farid." cepatlah farid, buka zip dia, aku tak sabar dah ni, malam tadi ko je yang main, bile plak turn aku, aku dah gian gile sebab dah lama tak main"..

masya-allah..apa nak jadi dengan pakwe aku sekor ni, siap bertukar2 turn plak ni, kecian betul kat pompuan sekor tu, tak pasal2 jd mangsa kerakusan 2 org lelaki..ni tak boleh jadi, aku mesti pantas bertindak..ape nak jadi, jadilah..

dgn penuh marah aku terus meluru ke dalam bilik. "sampai hati abang menduakan yati, selama ni yati setia kat abg, ni ke balasan abg terhadap segala pengorbanan yati selama ni"..

" eh... bile yati sampai, kenape tak call abg dulu"

"yati memang sengaja tak nak bgtau abg, yati nak saksikan sendiri kecurangan abg, mana betina tu, biar aku ajar2 pompuan murahan tu"

"ape yg yati merepek ni, mana ada pompuan dlm umah ni, si faizal ada le.."

"abg jgn nak cube tipu yati, ina ada bgtau yati yg abg ada teman sekatil, lgpun td yati dengar perbualan abg dgn faizal tadi, mana abg sorokkan dia?"

"bertenang yati, memang benar abg dah duakan yati, tapi yati harus terima dia jugak, abg benar2 sygkan dia, lgpun dia masih baru"

"yati tak kira, sekarang abg pilih samada yati @ betina jalang tu?"
"ape yang ko merepek ni setan, takkan dgn gitar baru aku ni pun ko nak cemburu buta?.siap nak berpisah, ko ni dah tak betul ke?"
malu gile yati pagi tu... celaka punye ina, jaga kauuuuu... ... ... ... ... ...

Kereta terbaru di pasaran





Kereta-kereta terbaru di pasaran yang dipamerkan di Pameran Kereta di Paris.





Kepada peminat-peminat kereta, lihat koleksi penuh kereta-kereta terbaru di Auto Show

Lain-lain info kereta:

Kanak-kanak hilang lagi....





Tak habis-habis kisah kanak-kanak hilang. Nasihat kepada ibu bapa sentiasalah berwaspada dan mengambil tahu ke mana anak-anak kita pergi, lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah yang panjang ni...

bentuk fizikal
------------------
Muka gelap,badan gempal,rambut hitam kerinting,ada tanda hitam di sebelah muka

pakaian semasa keluar rumah
---------------------------------------
Tidak membawa kad pengenalan,berbaju t-shirt merah,seluar jean,ada memakai selipar besar..

Barang siapa yang terjumpa dengan budak seperti butir-butir di atas di sekitar rawang atau kuala lumpur,sila berhubung dengan balai polis rawang di no tel : 03-609123456 atau berhubung terus dengan ibunya Puan Halimah di no tel : 03-76543210 @ 017-2345678 sebab mak dia nak pakai selipar tue pergi market..hehehehe

Datuk Shah Rukh Khan





Walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak, akhirnya Shah Rukh Khan mendapat Darjah Mulia Seri Melaka negeri Melaka yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan kini SRK bergelar Datuk Shah Rukh Khan. Tak pastilah selepas ini Shah Rukh Khan akan menggunakan title Datuknya dalam filem-filem dia akan datang.


Kerajaan negeri Melaka yakin dengan anugerah Datuk, Shah Rukh Khan akan dapat menarik pelancong datang ke Melaka. Kira Datuk Shah Rukh Khan ini akan menjadi maskot pelancongan negeri Melaka untuk pelancong asing la.....Walaubagaimana pun, isuhangat mengucapkan tahniah kepada Dato' Shah Rukh Khan walau pun dia tak faham sepatah haram pun Bahasa Malaysia.

Jumlah belanja SRK datang ke Melaka walaupun tidak dinyatakan sudah pastilah ditaja oleh kerajaan negeri Melaka. Pada majlis tersebut SRK memakai persalinan baju melayu hitam, bersongkok dan kain samping. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa Shah Rukh Khan ini adalah seorang murtad! Murtad yang diagungkan oleh negeri Melaka.........



Gambar majlis penganugerahan Datuk Shah Rukh Khan lain di Hot Pictures

06 December, 2008

Kamera digital





Sekarang ni, mengambil gambar digital mudah sekali, selain dari menggunakan kamera digital yang berbagai model dan jenis yang berada di pasaran, gambar juga boleh diambil menggunakan handphone kamera. Kualiti gambar di kira dari bacaan pixel. Lagi tinggi pixel, ketajaman gambar lagi tinggi dan berkualiti. Nak print gambar pun mudah dan murah sahaja. Sekarang banyak kedai gambar yang menyediakan perkhidmatan mencuci gambar digital. ada yang self service sahaja.

Gambar boleh distor menggunakan memory card, thumb drive, cd,portable hard disk dan sebagainya. Kita juga boleh upload gambar kita ke server internet untuk mengurangkan penggunaan hard disk dan berkongsi bersama teman-teman.

Untuk mengambil gambar menggunakan kamera digital pun mudah, kamera yang canggih sikit ada ciri-ciri anti vibrate atau gegaran. Boleh mengambil imej bergerak dengan tepat dan pantas walaupun tangan kita pun bergoyang.

Tetapi ada juga yang masih tidak tahu menggunakannya dan saja je buat lawak seperti gambar di bawah.... . Nampak sangat kamera baru dibeli atau kamera pinjam.hahaha

Takpe la sis, belajar la lagi...

Gambar perkahwinan Nur Ibtisam





Pelakon Nur Ibtisam, kalau disebut namanya mungkin ramai yang tak kenal. Tetapi kalau melihat wajahnya pasti semua kenal sebab banyak berlakon drama. Isuhangat mengucapkan tahniah kepada Nur Ibtisam kerana naik pelamin baru-baru ini. Semoga kekal ke akhir hayat.


Lihat lain-lain gambar perkahwinan Nur Ibtisam di HOT PICTURES


GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA





GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

Kejadian tanah runtuh di bukit Antarabangsa mengakibatkan empat terkorban manakala lebih daripada lapan orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibunegara, tertimbus.

Empat mayat yang ditemui melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki, demikian menurut jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Moral: Allah pemberi rezeki dan boleh tarik nikmat kita bila-bila masa sahaja, jadi sentiasalah ingat kita ini hamba! Sudahkan kita bersedia............................... menghadapi hari dimana bumi ini bergoncang???





foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

Black Scammer





Ini adalah contoh email bodo yang aku terima dari penipu Afrika.Diaorang ingat kita ni sengal sangat ke? Lepas telefon pastu suruh masuk duit hahaha. Aku rasa penipu-penipu pishing website Maybank dan CIMB ni pun kaum-kaum diaorang ni juga la. Ilmu IT tak payah tinggi-tinggi sangat tapi lagi tinggi lagi bagus la..mesti tau basic yang mana scam mana tidak. Kalau tak tak pasal-pasal kena tipu macam program pelaburan internet. Tapi malangnya masih ada yang tertipu dan terpedaya dengan janji-janji manis.

From. Syed Kabore.

Email. syedkabore@hotmail.com
syedkabore@rediffmail.com

Tell. 66-85127XXX1.

Hello.

I am Syed Kabore, a Somalia driver with private contractor under American Forces in Iraqi, during one of my trip with third infantry division to deliver supply, I come across to what will become blessing to me and my family for all what I have been going through all my life.

Kindly go through this web site. http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/2988455.stm

I was one of the non military officer on the entourage and was able to secure {Five Million Eight Hundred Thousand , United State Dollars. $5.8m } from the fund . since keeping the money in Iraqi will not be safe for me, and taking the money back to Somalia will be dangerous, because of the war in my country, I used the service of private security cargo firm to move the fund out from Iraqi to Thailand and deposited it with safety firm under Family property.

I need your assistance for investing the fund in any good business venture in your country and help me to settle down, I urge you to give this issue serious consideration, do not see it as one of those scam mail, all the information in regards of the deposit is with me, upon your reply , we will discuss the modalities of what will belongs to each of us for your effort.

Call me for more details information.

Regards.

Syed Kabore.

Syurga dunia






Ini dinamakan syurga di dunia kerana keindahannya seperti lukisan dan sesuai dijadikan wallpaper desktop. Begitulah keindahan alam ciptaan Tuhan. Sebenarnya keindahan syurga tidak dapat digambarkan oleh akal. Dari sudut agama, sungai di syurga adalah terdiri dari susu, arak dan sebagainya. Ya arak yang diharamkan di dunia adalah halal di syurga. Arak di syurga adalah tidak sama dan tidak dapat dibayangkan kelazatannya.





Koleksi penuh di Strange World

5 perisian yang perlu ada untuk komputer





Di sini saya nak kongsikan beberapa perisian yang bagus dan saya rasakan perlu ada untuk setiap komputer kita. Ia berdasarkan dari pengalaman saya sendiri dan setiap produk yg saya rekemen ni semuanya dah di test berkesan dan tiada sebarang masalah pada PC windows XP (Saya tak guna Vista, tapi saya percaya juga takde masalah pada Vista)

All download links is not provided by eddie.bumicyber.org. It was found on the net. So credit goes to the rightful owners. :p~

 1. Tuneup Utilities 2009

Kegunaan:

  • Check dan perbetulkan kerosakan pada sistem windows
  • Menyusun dan memperbetulkan file-file registry
  • On/Off startup program yg tak diperlulkan bagi melajukankomputer
  • Memaximumkan samada paparan windows atau kelajuan komputer dengan proses tweak yang paling sesuai untuk komputer anda
  • mempunyai fungsi "1 click maintainance" yg sangat sesuai untuk orang yg 'tak berapa pandai' dalam bab-bab komputer. Sekali click, fix semua
  • dan berbagai lagi

Baca artikel penuh di Artikel Hangat


Blog Widget by LinkWithin