adsense

14 December, 2008

Muliakan anak



Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Baca artikel pnuh di ARTIKEL HANGAT

13 December, 2008

Kerana dia Diana Daniele kena tumbuk

ViralNetworks





Diana mengakui ditumbuk lima kali oleh kekasihnya Shamsul mungkin kerana cemburu dengan kawannya yang bernama Danial dan juga hubungan rapat dengan penyanyi Matta.



Moralnya: Kalau nak bercinta tu, jangan la cari budak sekolah.... carilah cikgu sekolah. huhuhu

Kebaikan makan buah-buahan

ViralNetworks




Kiwi - Sangat kecil tetapi gagah. buah Kiwi adalah sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat. Ia mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda dengan sebiji buah oren.


Strawberi - Buah perlindungan. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.


Epal - sebiji epal sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, namun ia mempunyai antioksidan dan flavanoids yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C dengan itu menolong menurun risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.


Oren - Ubat yang termanis. mengambil 2 atau 4 biji oren sehari boleh menjauhkan selsema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang dan juga memperkecilkan risiko barah kolon.


Tembikai - Hilangkan dahaga. Terdiri daripada 92% air, ia juga mengandungi glutathione yang mana menolong mengalakkan sistem kebal kita. Ia juga adalah sumber lycopene yang penting. Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C dan Kalium.

Jambu dan Papaya - Anugerah teratas untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi vitamin C. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit. Papaya kaya dengan carotene, baik untuk mata.

Sakitnya mati



Sakit Nya Mati

"Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Baca artikel penuh --->ARTIKEL HANGAT

Apabila kambing mengamuk

ViralNetworks



Kenapa kambing mengamuk?

- Sudah malas di'kambing hitam'kan
- Kena paksa mandi dalam hujan
- Tidak perpilih untuk menjadi korban dan aqiqah tahun ini. Pasal harga naik



Hoho, saja melawak. Gambar di atas adalah hasil kerja digital Photoshop. Sila layari HOT PICTURES untuk gambar binatang-binatang lain...


Kereta Polis Itali







Layari Auto Show untuk gambar-gambar lain

12 December, 2008

Hiroshima & Nagasaki: Sebelum dan sekarang



Kalau sebut Hiroshima dan Nagasaki, mesti teringat Perang Dunia yang kedua. Dimana bandar tersebut telah diletupkan dengan bom nuklear yang berbentuk cendawan yang mana telah mengorbankan jutaan manusia dan sekaligus menyebabkan Jepun terus menyerah kalah.

Selepas kejadian berdarah tersebut, Jepun dengan perlahan-lahan bangkit semula dan menjadi antara kuasa dunia dalam bidang ekonomi dan teknologi pula dan berjaya memasuki semula negara malah rumah yang mereka pernah jajah semula. Kalau tak percaya cuba kira peralatan elektrik dalam rumah kita yang berjenama Jepun. Termasuk juga kereta dan motor yang parking kat depan rumah.

Hiroshima kini......

Lihat lagi koleksi gambar di HOT PICTURES









Turbo Tagger

Tertidur dalam kereta



Natasha tertidur seketika ketika berada didalam kereta yang dipandu oleh kekasihnya lalu bermimpi .

Dia bermimpi yang mereka berdua sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang Anak. Mereka hidup aman bahagia sehinggalah Natasha mengetahui yg suaminya itu bermain kayu 3 dan mempunyai perempuan simpanan. Bereka bertengkar...

Natasha : Ooo dulu bukan main janji Sehidup semati.
Suami dia: Ala, jgn la marah Dah. Tiba2 Natasha Mengigau lalu menjerit "HANTAR SAYA BALIK RUMAH MAK BAPAK SAYA!!!!"

Dengan selamba, kekasihnya yg masih memandu tadi berkata
"Ye la, kan tiap2 hari saya fetch awak balik opis, nak hantar kemana lagi kalau bukan rumah mak bapak awak?"

Apabila isteri mengamuk



Asam garam rumahtangga, perselisihan pendapat atau bergaduh tu biasalah. kalau tak rumahtangga tu sunyi pula dan boring..Tiada pula pahit manisnya. Apa yang anda perlu buat apabila isteri anda mengamuk? Serlahkan kehebatan anda bila menghadapi situasi tegang ketika isteri tengah marah!

bila isteri mula turun tok nenek baling barang
--------------------------------------------------------------
anda cuba sambut ape yg dorang baling tu. inilah masanyer anda nak tunjuk kepantasan anda menjadi goal keeper.

Bila isteri anda mule menjerit tak pasal menengking, membebel tanpa henti
--------------------------------------------------------------
anda menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal.
inilah masenyer anda nak tunjok yg suara anda sedap giler!

Bila isteri anda tenung anda cam nak telan (garang arh konon!)
--------------------------------------------------------------
anda senyum jek pandang isteri anda tuh! inilah masenyer anda tunjuk betapa machonya anda ketika senyum!

Bila isteri anda hambik sumer barang dia bungkus ala nak lari rumah
--------------------------------------------------------------
anda tolong kemaskan barang dia. hambik semua barang dia masukkan dalam plastik sampah kaler hitam tuh.
Inilah masenyer anda nak tunjuk betapa rajinnyer anda, ringan tulang dan suka membantu.

Bila isteri anda menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
--------------------------------------------------------------
anda ketawalah berdekah hingga terguling.
Inilah masenyer anda nak buktikan bahawa anda berusaha buat isteri anda gumbira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka!

22 tanda hari Kiamat semakin hampir



1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

Artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Ilmu tanpa amal dan amalan tanpa ilmu



25 Wasiat Imam Ghazali
(Wasiat 8)
Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.

Di samping itu, ilmu yang ada juga masih belum mampu mendorong kita untuk taat kepada Allah s.w.t. Ini kerana beramal dan taat kepada Allah itu datangnya daripada kesedaran diri bahawa ia akan menghadapi maut suatu hari nanti.

Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.

Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya.

Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.

Janganlah sampai kita menjadi orang yang menyesal dan meminta dikembalikan semula ke dunia, suatu perkara yang tidak mungkin terjadi. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah as-Sajdah ayat 12 yang bermaksud :

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat kebenaran di hadapan mata kami, kami telah mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan perkara yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan perkara yang baik-baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik- baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga- bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.

Wallahualam

Yellow Stone National Park, US



Tak dapat pergi, dapat tgk gambar pun oklah, melihat kekuasaan Allah.



Layari STRANGES WORLD untuk gambar-gambar lain

Kata-kata yang meremangkan tengkuk



"“Mungkin SERBAN PARA MUFTI TERLALU KETAT maka sebab itu TIDAK CUKUP OKSIGEN untuk menyerap KE DALAM OTAK MEREKA. Mereka tidak berfikiran waras… Dari semasa ke semasa PARA ULAMA TIDAK PERNAH GAGAL untuk mengemukakan PANDANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL DAN BEBAL.”

(Akbar Ali, Now The Mufti Blame Hindi Film, The SUN, 21 FEB 2001)

“Oleh itu persoalan yang perlu dilihat oleh masyarakat hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula untuk diamalkan di sisi undang-undang sivil bagi bukan Muslim, tetapi sama ada IA PATUT DITERUSKAN DI SISI UNDANG-UNDANG ISLAM.”
(Sisters In Islam, Islam Did Not Invent or Encourage Polygamy, 10 Jan 2002)

“Nabi dilihat oleh penganut Islam awal SEBAGAI KETUA SUKU dan ramai daripada mereka yang menyokongnya berdasarkan kepada semangat asabiyyah atau kesukuan.”
(Dr, Farish A. Noor, The Myth Surrounding the Islamic State, NST, 1 DEC 2001)

“Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan kerana itu ketaatan awal kepadanya diberi kerana dia adalah pemimpin suku yang lebih terserlah daripada pemimpin agama… ISLAM adalah suatu wacana dan sebuah wacana adalah terbuka, BOLEH DICABAR dan plastik…”
(Dr, Farish A. Noor, Intellectual Provocateur, The Edge, 3 DEC 2001)

“Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang gundik bernama Raihana yang tidak Islam sehingga ke akhir hayatnya.”
(Farish A. Noor, Let Islam Lead Way With Its Progressive View On Sexuallity, NST, 4 NOV 2000)

“Al Quran mengiszinkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kemudian kekal kafir… TIDAK ADA HUKUMAN APA JUA SEKALIPUN yang dinyatakan ke atas orang murtad selain daripada janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya atau memberinya petunjuk kepada jalan yang lurus. Inilah janji Tuhan. Inilah undang-undang-Nya.”
(Akbar Ali, Death For Apostates Unjust, The SUN, 4 JULY 1999)

“Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.”
(Dato’ Seri Najib Tun Razak, Utusan Malaysia, 20 APRIL 1993)

“Menjadikan selain Kitab Allah (iaitu Hadis) sebagai sumber undang-undang, yakni menduakan sumber kuasa samalah dengan menyekutukan Tuhan.”
(Kassim Ahmad, Utusan Malaysia, 1 JULAI 1988)

“Jika al-Quran Perlembagaan, mengapakah Nabi Muhammad menggubal Perlembagaan Madinah dalam pembangunan negara Islam yang pertama di Tanah Arab dulu?”
(Dato’ Haji Dusuki Ahmad, Utusan Malaysia, 22 SEP 1984


Sumber: tranungkite

10 kereta termahal di dunia




Maybach 57S
Price: $430,355 in US

The Maybach 57 S has a 12-cylinder engine, goes from 0 to 100 in 5.2 seconds and is designed to be a sportier alternative to the other models. It has more power than the 57 or 62 models, 604 hp versus their 543 hp. As in the other models - Maybach 57 and 62 - the maximum speed is electronically limited.
Top Speed:
250 kmph





Layari Auto Show untuk artikel dan gambar 10 kereta termahal

11 December, 2008

Buku yang tidak bermutu



Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, "Saya mahu komplain!"

"Ada apa, Cik?" petugas perpustakaan bertanya.

"Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!" jelas Noni.

"Kenapa pula Cik?"

"Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!"

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata,". Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!"

Jualan murah





Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya
kebelakang sambil memarahi... "woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya.. "Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu.. "!..

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe

Teka teki lawak





S : Bebanyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?
J : Ayer Hitam (Air Hitam)

S : Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
J : Michael Jackson.

S : Kenapa hidung lembu sentiasa berair?
J : Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.

S : Burung apakah yang paling penyayang?
J : Burung belatuk... sebab dia bela atuk.

S : Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga,
tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tahu... apa dia?
J : Kentut...

S : Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
J : Teksi.

Tips & Petua Yg Mudah, Berkesan Dan Selamat...




Menegangkan Kulit Muka
Petua 1
: Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Download koleksi penuh Tips & Petua Yg Mudah, Berkesan Dan Selamat... :-


Super bike





Untuk peminat motosikal.




Lihat lagi koleksi penuh gambar di HOT PICTURES

Tips Mudah Jimatkan Eletrik





Tips Mudah Jimatkan Eletrik

Satu kajian dari University of Southern California̢۪s Energy Institute mengatakan sekitar 5-10 % rata rata rumah membuat pembaziran tenaga elektrik secara percuma (dalam mod standby). Setiap isi rumah terus membayar tenaga yang tidak digunakan hingga 130 dollar setiap tahunnya. Bahkan ada kemungkinan pemakaian elektrik yang tidak digunakan lebih besar dibandingkan pemakaian purata seseorang setiap hari.
Laporan Department of Energy mengatakan beberapa alatan elektronik tertinggi pembaziran elektrik.

TV Plasma $165 ,
Cable Box $10,33,
Tv jenis CRT $5,16
Kotak Astro $
dan VCR $3.10 setiap tahunnya
Adaptor handphone $1.99
Desktop Computer: $6.20
Laptop (fully charged): $2.06
LCD Computer Monitor: $1.03
Wireless Router: $4.13
DSL Modem: $5.16
External USB Hard Drive: $2.06
Computer Speaker System: $5.16
Inkjet Printer: $4.28
DVD Player: $3.60
Powered Subwoofer: $15.50
Microwave Oven: $2.48
DVR menghabiskan $27.9,
Radio stereo $41.34 setiap tahun.

Secara total penduduk dunia membuang tenaga tanpa disedari, dan menjadi penghasil 1 peratus polusi dari gas karbon dioksida hanya untuk hal yang tidak perlu.
Untuk penjimatan caranya sangat mudah, biasakan mencabut kabel power elektrik dari soket plug selepas selesai penggunaan. Atau tambahan switch utama untuk power bila tidak ingin selalu mencabut plug power.

10 December, 2008

Keindahan alam ciptaan Tuhan







Layari STRANGE PICTURES untuk koleksi gambar keindahan alam Iceland

Sikap girlfriend yang susah nak faham





Sikap girlfriend yang sampai sekarang tak dapat nak faham.

* Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia cakap sebab dia nak sentiasa up to date, tapi kalau saya beli kasut baru pasal kasut lama saya dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek lain.

* Kalau dia puji Tom Cruise tu hendsome dia cakap sebab dia memang peminat setia, tapi kalau saya puji Siti Nurhaliza tu cantik dia cakap saya suka membanding-bandingkan dia dengan perempuan lain.

* Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap itu tak bermakna dia tak rindu saya, tapi kalau saya tak telefon dia selang dua hari dia cakap saya dah curang.

* Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia memang seorang yang murah dengan senyuman, tapi kalau saya senyum dekat perempuan lain dia cakap saya nak mengorat ler tu.

* Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi kalau saya lewat dia cakap mesti saya nak beri alasan jalan jem.

* Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti ada "give and take" tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar lunch,dinner atau tiket wayang mesti dia cakap saya ni tak gentleman, last-last saya jugak yang kena bayar.

* Kalau dia diam memanjang, dia cakap dia tak ada mood dan tak tahu apa nak cakap, tapi kalau saya diam memanjang dia cakap mesti saya tengah teringatkan perempuan lain.

P/s Nasib baik ler girlfriend aku tu lawa, kalau tak, dah lama aku tinggalkan dia.

Kisah di rumah usang





"satu hari tuh kat sebuah kampung aderlah sebuah umah usang... kat hujung kampung... satu hari ader sorang pompuan ngan laki ler kan dok pergi lam umah tuh..buat per ntah... hehe... pintu tutup rapat lah kan..satu hari tuh..ketua kampung pun lalulah kat situ..tiba-tiba dier dengar pompuan ngan laki tuh ketawer... .dier pun dengar ler diorang berbual..

Pompuan:sayang u lah buker 'u' punyer dulu..i malulah..
laki:ala ulah buker u punyer dulu... alahai sayaang leh lah,,
pompuan: oklah kejap yerk... .sayang leh tak u tolong bukerkan untuk i ketatlah pulak...

laki: oklah... .1,2,3 tengoklah sayang..u punya nih lembiklah... .
pompuan:alahai u nie cuber u bukak u punya pulak..
laki:tengoklah i punya nih..keraslah saynag...
pompuan:tapi u punya nih i jilat best lah lom lagik isap nih...
laki:memang lah tengok saper punyer kan...
so,nak jadikkan citer ler kan... ketua kampung yg dengo tuh naik geram ler kan... so,dier pun kumpulkan orang kampung nak tangkap dier dua orang tuh..so,biler dah terkumpul semuanya mereka pu tendang pintu tuh and then berkata..aper korang buat hah??

laki:kami tak buat aper aper..kami hanya buker durian nih ajer...
ketuakampung:yerkre nih..abis lembik keras tadik aper?
pompuan:isi durian lah tok!
so,tok penghulu yang menyangka mereka buat tuh tuh..terus malu dan lemparkan diri dier ke dalam parit!"
Blog Widget by LinkWithin