adsense

18 December, 2008

Bank Negara siasat 3 koperasi



Bank Negara Malaysia telah mengadakan siasatan tiga koperasi iaitu

Kotaqwa - Koperasi TAQWA
KUMB - KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD
BIRR - Koperasi BiRR berhad

Kerana dipercayai menjalan perniagaan pelaburan atau skim cepat kaya. Ini memandangkan dividen yang diberi kepada ahli ialah 8% - 12% sebulan.

Entahlah, saya pun tak pernah dengar koperasi-koperasi ni dan tak tau apa cerita perniagaan yang diaorang buat. Tapi secara logiknya....memang tak logik pun pasal boleh bagi dividen yang tinggi kepada ahli koperasi. Kalau setahun sudah berapa percent tu...pak cik kayooo!

Walau bagaimana pun dinasihatkan para ahli koop aka pelabur bersabar dengan ujian Tuhan.

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!



Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

17 December, 2008

Nasir P.Ramlee meninggal dunia





Alfatihah. Anak seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, Nasir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur petang ini (17 Disember 2008).Allahyarham ada menghidap sakit jantung dan buah pinggang.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Orang terkecil di VS wanita kaki tertinggi di dunia



Pemegang World Guiness Record untuk manusia terkecil ialah Pingping dari China manakala Wanita yang kaki tertinggi di dunia Pankratova dari Russia berjumpa dan berpossing di London



Layari STRANGES PICTURES untuk koleksi gambar penuh

Pemandu Mengantuk



Warga Thailand, salah seorang penumpang Bas Ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan membuatkan pemandu bas tersebut berkali-kali menggelengkan kepada. Sebaik sahaja melepasi Bentong, penumpang warga Thailand yang berada betul-betul dibelakang pemandu bas itu bertanya apakah sudah samapi ke Ipoh atau belum.

Pemandu: Awak hendak kemana sebenarnya?

Penumpang: Saya hendak pergi Kangar, malam ini saya hendak balik Hatyai.

Pemandu: Bas ini menuju Kuantan.

Penumpang: Kuantan tu di mana?

Pemandu: Eh, kamu tak tahu Kuantan? macam mana kamu boleh silap beli tiket? Kalau gitu sampai di Kuantan nanti saya uruskan beli tiket untuk kamu balik semula ke Kuala Lumpur atau kamu naik teksi atau kamu boleh juga naik kapal terbang. Terpulang yang mana pilihan kamu.

Penumpang bas tersebut mendiamkan diri dengan wajah muram. Pemandu bas pula tak habis membebel terhadap kesilapan penumpang Warga Thailand tersebut. Setibanya di Kuantan, sebaik saja turun dari bas, penumpang tersebut terus menemui semula pemandu bas tadi.

Penumpang: Saya minta maaf sangat-sangat. Saya sebenarnya tak silap. Saya dah tempah bilik hotel di Kuantan ini. Tadi saya sengaja buat begitu kerana saya tengok awak mengantuk, dan awak benar-benar hilang mengantuk, betul tak?

Pemandu bas tersenyum hambar dan mengangguk berkali-kali dan menggeleng sekali lagi.

OBAMA melawat Malaysia



Tak keluar kat berita punnnn



Layari HOT PICTURES untuk koleksi gambar OBAMA Malaysia lain...

6 WD



Selalu kita dengar four wheel drive (4WD) sahaja... rupanya dah ada 6WD





Layari STRANGE PICTURES untuk koleksi gambar 6WD lain

Tandas awam



Kalau hilang selera makan, jangan salahkan saya yerk..

Manusia kerap lupa janji tak ulang maksiat



Tajdid Iman: Manusia kerap lupa janji tak ulang maksiat
Oleh Dr Juanda Jaya
Juanda@msu.edu.my

Penyeksaan ditangguh kerana Allah sayang sedangkan orang terdekat sudah terkena bala

AL-IMAM Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Al-Daa' wal Dawaa' berkata: "Kegembiraanmu dengan perbuatan dosa, tertawamu ketika melakukan dosa, kesedihanmu saat tidak dapat melakukan dosa, kesungguhanmu menutupi aib akibat dosa dan hatimu yang tidak boleh gementar ketika Allah memandang dosamu, semua itu lebih berat di sisi Allah melebihi timbangan dosa itu."

Betapa mudahnya kita melupakan dosa sedangkan Allah merekodkan segala-galanya untuk sidang perbicaraan di akhirat. Bukankah sudah sampai kepada kita firman Allah mengenai nasib manusia yang mudah melupakan dosanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang sudah mereka kerjakan ada tertulis dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun." (Surah al-Kahfi, ayat 49)

Mengapa manusia selalu mengulangi dosanya selepas bertaubat? Apakah kerana syaitan lebih bijak menyelewengkan mereka dengan hujah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun? Lalu mengapa orang bodoh itu tidak berfikir apakah tujuan diciptakan neraka jika mereka semua kononnya boleh masuk syurga dengan cara mempermain-mainkan pengampunan Allah?

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

16 December, 2008

Oxford Dictionary



Its the portable one so no need to install it just run the exe and use it,all of us atleast should have a dictionary with us in our usb





Air pancut 'berdarah'







Sila ke STRANGE PICTURES untuk mengetahui kenapa ia 'berdarah'.

Antara CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN



Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu."KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu i! ni tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.
"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab
KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.
Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CIN! TA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ...

Perempuan tiada janggut



Pemuda: Uncle, apa tanda yang mudah sebagai bukti Tuhan itu Maha Berkuasa.

Uncle: Lihatlah yang dekat dengan kita, contohnya bulu kening dan bulu mata, tak pernah panjang dan dagu perempuan juga tiada janggut.

Jangan minum arak



Beginilah akibatnya kalau dah mabuk... dah tak ingat dunia! Yang kawan-kawannya pun (sama mabuk) boleh pedajal mamat sorang ni...





Layari Today's Joke untuk gambar-gambar lain...jangan minum arak, hisap dadah, makan pil khayal dan sebagainya! Ini tak boleh sendiri mau ingat, ingat-mengingatilah sesama muslim. Sesungguhnya amal makmur nahi mungkar itu adalah tanggungjawab semua orang Islam.

Status halal Kopitiam



Sekarang ni, minum di kopitiam sudah menjadi trend masyarakat Malaysia termasuklah orang-orang Islam. Minum di kopitiam kononnya nampak lebih macam best jer walaupun harganya yang mahal. Saya memang akui minum kopi di kopitiam memang la rasanya lebih enak. Lebih-lebih lagi kalau pekena roti bakarnya tu.. Kopitiam original yang saya pernah minum ialah Kopitiam Kluang Station. Di sana, tiada was-was kerana taukenya adalah Cina Mualaf.

Tapi bagaimana dengan kopitiam-kopitiam lain seperti WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,NEWTOWN Kopitiam, WHITE HOUSE Kopitiam ,PAK HAINAN Kopitiam, JOM BALI Kopitiam dan sebagainya?

Saya mendapat satu email yang mengatakan Oldtown Kopitiam menyediakan sejenis mee yang berjenama Nissin yang memang disahkan tidak halal. Malah Mee Nissin yang dijual di pasaraya pun dilabelkan sebagai tidak halal.

Untuk baca artikel penuh, sila ke ARTIKEL HANGAT

Tak percaya kewujudan Tuhan



Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. apabila tukang gunting itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.Tapi bila mereka mula berbicara mengenai allah,tukang gunting itu pun berkata,'' saya tak percaya allah itu wujud.''''kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

'' Cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa allah itu wujud. Kalau betul allah wujud,kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? kalau betul allah wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. saya x dpt bayangkan allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yg sebenarnye tukang gunting jgk tidak wujud?'
"kenapa kamu kata mcm tu? sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''.kata tukang gunting.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''Kalau tukang gunting wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.'

'Ah! tukang gunting mmg wujud! lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!''.kata tukang gunting.''tepat sekali!''. kata si lelaki tadi.'

'That's the point!. Allah jgk wujud. itulah yg terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan.'

15 December, 2008

Fakta mengenai kaum ibu



Kaum ibu yang dimaksudkan ialah bukan manusia, fakta menarik mengenai ibu-ibu haiwan...



Layari Strange Pictures untuk artikel tersebut

Bush kena baling kasut



Bush kena baling kasut di Iraq semasa sidang media terakhirnya oleh seorang wartawan, Muntadar al-Zeidi dari Al-Baghdadiya television. Kasut tersebut hampir-hampir terkena kepala George Bush selepas wartawan tersebut meneriak kepada Bush "anjing"





Gambar dan video dari AlJazeera

14 December, 2008

Basikal



satu petang yang indah...

amir:zan, den nak uji ekau nih..

azan:amende?

amir:katakan ekau tongah naiksobuah basikal.mulo-mulo tayar bolakang.lopas tayar?

azan:rantai basikal!

amir:lopas rantai basikal?

azan:tempat duduk!

amir:lopas tompat duduk?

azan:handle!

amir:lopas handle?

azan:lampu depan!

amir:salah!

azan:abih tu ape?

amir ah lopas handle, jatuhlah..wuaghh..kah..kah..kah..

Lawak pendek



Ramai Sangat Angkasawan

Cikgu: Siapa mahu menjadi angkasawan, angkat tangan.

Semua murid-murid tahap tiga mengangkat tangan kecuali hanya seorang daripada semua 40 orang murid.

Cikgu: Mengapa kamu seorang tidak mahu menjadi angkasawan?

Mamat: Di sini saja dah 39 orang, kalau dicampur dari murid sekolah lain entah berapa ribu jumlahnya. Kapal angkasa hanya boleh muat tiga orang saja dan ISS belum lagi seluas padang bola, cikgu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tol

Wartawan: Apa pandangan tuan kalau PLUS hapuskan tol sepenuhnya.

Pemandu: Saya tak setuju sama sekali, ditakuti Lebuhraya Plus sendat dengan kenderaan. Habis la jem gila besok

Kenapa perlu minum air?



"Tubuh terdiri drpd hampir 70 peratus cairan dan kita hanya blh bertahan selama kira-kira stu minggu hidup tanpa air. Tetapi mengapa air itu baik utk tubuh? Di sini disenarikan lima alsannya:

1.Air blh menyejukkan
Waktu tghari yg begitu panas kadangkala kita tdk sedar bahawa tubuh kita sdg berpeluh. Peluh blh mengingatkan kita utk segera minum air. Sbb jika tdk cukup air utk memproduksikan peluh, volume darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

2.Mengumpulkan zat2 makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendri. Juga beberapa zat makanan yg larut dlm air sehingga diserap dgn air.

3.Mempermudah proses pembuangan
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota ter****t mengalami kesakitan.

4.Menjaga kulit tetap halus
Sel memang mengandungi air, krn itu bekalan yg cukup akan menjadikan kulit kite lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi juga , seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka aklan kelihtan lebih uzur.

5.Bebas dari batu karang
Batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tdk terpakai atau komponen lain yg melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dgn bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebsar baru. Jika kita byk minum, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air.

Sesetengah org menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sdgkan sebnarnya haus adalah petanda awal drpd dehidrasi kekurangan cairan dlm badan.

Kereta 2010





Layari AUTO SHOW untuk koleksi gambar lain


Kelebihan mandi songsang



"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya."

Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

jadi, apa itu mandi songsang?
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Wallahualam...

Wallpaper Terminator 4






Klik imej untuk zoom in

Pokok duit



Duit dibuat bunga biasa di buat semasa menghantar wang hantaran majlis perkahwinan orang Melayu. Ada juga duit dimasukkan dalam album. Sekarang ni ada yang hantar melalui cek sahaja. Mungkin akan datang buat replika cek besar-besar pula macam biasa dibuat pada majlis derma golongan korporat.

Di bawah adalah kreativiti manusia membuat seni dengan duit. Kalau ada duit semua boleh jadi.Teringat lagu M.Nasir duit...duit...bikin perut buncit.



Lihat koleksi gambar seni duit lagi di strange pictures

Blog Widget by LinkWithin