ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 December, 2008
8 AnuGeRah
1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.
4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.
Kereta takde tayar pun boleh jalan
Oooopss..kereta sapa ni? Dah nak terbarai pun masih atas jalan lagi? tayar tu dah nak patah dah, siap calar jalan dibuatnya. Kereta ni lagi buruk dari ada post dulu-dulu di isuhangat pasal kereta Toyota apek atas jalan di KL.
Untuk koleksi gambar-gambar "Ooooops" , lungsuri Blog Today Joke
Lawak Puteri Gunung Ledang
Lawak pendek jer..
Puteri Gunung Ledang sedang termenung di puncak gunung ledang.
Nenek Kebayan: Wahai puteri gunung ledang apa gerangannya nya kau termenung di puncak gunung ledang ini? Risau patik melihat.
PGL: Dah memang nama beta Puteri Gunung Ledang takkan nak termenung kat puncak gunung Fuji plak??!!!!!!! lemau la nenek ni!!!!!!
Jangan sambut 1 Januari (New Year)
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..
Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka
21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.
-Wallahualam-
Rumah terbalik
Rumah terbalik dibina di Jerman. Ni dah kira kreatif melampau...
Lihat lagi gambar rumah terbalik di STRANGES WORLD
Bagaimana Pak Belalang jadi ahli nujum diraja?
Sultan: Beta dengar kau ni pak nujum yg terkenal! boleh buktikan tak?
Pak Belalang: (aku dengar sultan nih tak sekolah) Okey! Saya akan nujum depan Tuanku!
Keesokannya... ..
Sultan: sungguh tepat ramalan kamu ye pak belalang! mulai hari ini beta lantik kamu jadi ahli nujum diraja!
Bendahara: Tuanku apa yg pak belalang nih ramal semalam?
Sultan: Semalam dia ramal yg esok hari Jumaat. Kau tgk hari ni ialah hari Jumaat! cool!
Latest Style
Harap fesyen ni tak sampai ke Malaysia ni. Tengok yang sebelah kanan tu, seluar memang dah nak terlondeh habis, kalau lompat jer terus jatuh. haha. Ingat tak style dulu-dulu budak rap pakai seluar terbalik, kocek belakang kat depan.
Tapi style ni masih nampak ok dari fesyen pakai seluar nampak underwear dari belakang. Kalau putih takpe juga, ni dah la berkarat..yek!
Melihat dari mata burung
"Melihat dari mata burung, bukan dari dalam tempurung".
Moral pepatah tersebut ialah jika kita melihat sesuatu isu itu, janganlah taksub dan melihat dari satu belah pihak sahaja tetapi mestilah melihat dari segala aspek, mana tau isu yang kita dengar tu tidak benar yang hanya dimainkan sentimen oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Seperti komen-komen yang diterima mengenai post sebelum ini "kepala babi".
Sungguh indah rupanya jika kita melihat dari atas, seperti gambar di bawah ini:
Untuk melihat koleksi gambar-gambar "views of earth from the top", layan di HOT PICTURES COLLECTION
Awas! Hal Remeh-Temeh Merosakkan Hidup
Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar .
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.
Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu "
Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT
18 December, 2008
Email Scam
Sebagai pengguna email, kita terbiasa menerima email-email meragukan dan dikategorikan sebagai SCAM dan juga SPAM sekali, terutama dari negara Afrika.
Di bawah adalah link koleksi email Scammer, macam-mnacam jenis dan kelakar pun ada. Link tersebut ialah:
http://www.419eater.com/html/letters.htm
Lawak pendek - nak bagi makan kawan
Seorang guru Tadika bertanya kepada semua murid-muridnya tentang cita-cita mereka. Semuanya silih berganti menyatakan cita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, akitek, akauntan, pensyarah, ahli koprat, ahli politik, saintis, angkasawan, pengarah. Hanya seoarang sahaja yang cita-citanya mahu menjadi petani.
Guru Tadika: Sudin, mengapa cita-cita kamu hanya hendak menjadi petani?
Sudin: Saya hendak beri makan kawan-kawan saya.
SEBAB LU KAYA!!!
ADA MAMAT LUAHKAN PERASAAN...UHUUU....
Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!
Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la....sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?...Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...
SEBAB LU KAYA!!..
Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang ..nasi bungkus ape standard....Sebab apa?...
SEBAB LU KAYA!!
Gua lagi tambah sakit hati bila ada RELA dan penyelamat datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??
SEBAB LU KAYA!!
Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???
SEBAB LU KAYA!!!
Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??
SEBAB LU KAYA!!
Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..
SEBAB LU KAYA!!!
Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi MAHA KAYA!!!!
LU PIKIR LA SENDIRI!!
Kepala babi
Dari email orang Melaka
Salam semua saudara2 ku seagama dan sebangsa. mungkin antara kalian sudah tahu program PEWARIS di masjid tanah malam besok dan pagi sabtu ni di masjid tanah. hari ni dalam akhbar sinar dah keluar iklan perhimpunan melayu muslim ni. banner pun dah gantung di sekitar kawasan masjid tanah.
NAK TAHU APA YANG BERLAKU? lihat gambar2 di bawah ni. TAUKE BABI SUDAH KURANG AJAR. MEREKA SEOLAH CABAR KITA!!!!
Mereka gantung kepala babi di banner utk program ni! Mereka letakkan kepala babi di perkataan "melayu muslim".
Kepada penduduk Melaka, jangan lupa turun di dewan manap, samudera riverside hotel, masjid tanah melaka (berhadapan hentian bas masjid tanah) sabtu ni (20/12/2008)8:30 pagi hingga jam 1 petang
Ketepikan fahaman politik. Kerana terlalu politiklah kita lemah.Tunjukkan kita boleh bersatu. Ini bukan isu perkauman tetapi tokey babi sudah lebih.
Jom turun! Kita tutup semua kandang babi atau satu malaysia terima kesannya.
Bank Negara siasat 3 koperasi
Bank Negara Malaysia telah mengadakan siasatan tiga koperasi iaitu
Kotaqwa - Koperasi TAQWA
KUMB - KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BERHAD
BIRR - Koperasi BiRR berhad
Kerana dipercayai menjalan perniagaan pelaburan atau skim cepat kaya. Ini memandangkan dividen yang diberi kepada ahli ialah 8% - 12% sebulan.
Entahlah, saya pun tak pernah dengar koperasi-koperasi ni dan tak tau apa cerita perniagaan yang diaorang buat. Tapi secara logiknya....memang tak logik pun pasal boleh bagi dividen yang tinggi kepada ahli koperasi. Kalau setahun sudah berapa percent tu...pak cik kayooo!
Walau bagaimana pun dinasihatkan para ahli koop aka pelabur bersabar dengan ujian Tuhan.
Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT
17 December, 2008
Nasir P.Ramlee meninggal dunia
Orang terkecil di VS wanita kaki tertinggi di dunia
Pemegang World Guiness Record untuk manusia terkecil ialah Pingping dari China manakala Wanita yang kaki tertinggi di dunia Pankratova dari Russia berjumpa dan berpossing di London
Layari STRANGES PICTURES untuk koleksi gambar penuh
Pemandu Mengantuk
Warga Thailand, salah seorang penumpang Bas Ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan membuatkan pemandu bas tersebut berkali-kali menggelengkan kepada. Sebaik sahaja melepasi Bentong, penumpang warga Thailand yang berada betul-betul dibelakang pemandu bas itu bertanya apakah sudah samapi ke Ipoh atau belum.
Pemandu: Awak hendak kemana sebenarnya?
Penumpang: Saya hendak pergi Kangar, malam ini saya hendak balik Hatyai.
Pemandu: Bas ini menuju Kuantan.
Penumpang: Kuantan tu di mana?
Pemandu: Eh, kamu tak tahu Kuantan? macam mana kamu boleh silap beli tiket? Kalau gitu sampai di Kuantan nanti saya uruskan beli tiket untuk kamu balik semula ke Kuala Lumpur atau kamu naik teksi atau kamu boleh juga naik kapal terbang. Terpulang yang mana pilihan kamu.
Penumpang bas tersebut mendiamkan diri dengan wajah muram. Pemandu bas pula tak habis membebel terhadap kesilapan penumpang Warga Thailand tersebut. Setibanya di Kuantan, sebaik saja turun dari bas, penumpang tersebut terus menemui semula pemandu bas tadi.
Penumpang: Saya minta maaf sangat-sangat. Saya sebenarnya tak silap. Saya dah tempah bilik hotel di Kuantan ini. Tadi saya sengaja buat begitu kerana saya tengok awak mengantuk, dan awak benar-benar hilang mengantuk, betul tak?
Pemandu bas tersenyum hambar dan mengangguk berkali-kali dan menggeleng sekali lagi.
6 WD
Selalu kita dengar four wheel drive (4WD) sahaja... rupanya dah ada 6WD
Layari STRANGE PICTURES untuk koleksi gambar 6WD lain
Manusia kerap lupa janji tak ulang maksiat
Tajdid Iman: Manusia kerap lupa janji tak ulang maksiat
Oleh Dr Juanda Jaya
Juanda@msu.edu.my
Penyeksaan ditangguh kerana Allah sayang sedangkan orang terdekat sudah terkena bala
AL-IMAM Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Al-Daa' wal Dawaa' berkata: "Kegembiraanmu dengan perbuatan dosa, tertawamu ketika melakukan dosa, kesedihanmu saat tidak dapat melakukan dosa, kesungguhanmu menutupi aib akibat dosa dan hatimu yang tidak boleh gementar ketika Allah memandang dosamu, semua itu lebih berat di sisi Allah melebihi timbangan dosa itu."
Betapa mudahnya kita melupakan dosa sedangkan Allah merekodkan segala-galanya untuk sidang perbicaraan di akhirat. Bukankah sudah sampai kepada kita firman Allah mengenai nasib manusia yang mudah melupakan dosanya.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang sudah mereka kerjakan ada tertulis dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun." (Surah al-Kahfi, ayat 49)
Mengapa manusia selalu mengulangi dosanya selepas bertaubat? Apakah kerana syaitan lebih bijak menyelewengkan mereka dengan hujah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun? Lalu mengapa orang bodoh itu tidak berfikir apakah tujuan diciptakan neraka jika mereka semua kononnya boleh masuk syurga dengan cara mempermain-mainkan pengampunan Allah?
Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT
16 December, 2008
Oxford Dictionary
Subscribe to:
Posts (Atom)