adsense

27 December, 2008

Hari-hari penting di bulan Muharam



Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Kenapa harus bersedekah semasa kesempitan ?



Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?
Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.
Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebihan baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.
Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

http://www.nurhikmah.org.my/

Rahsia Wudhu'



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan email ini kepada sahabat-sahabat

26 December, 2008

Blog Adibah Ahmad



Adibah Ahmad (tak tau samada dipedajal atau apa) yang saya postkan dalam post sebelum ini,
http://isuhangat.blogspot.com/2008/12/minah-ni-hina-islam.html dulu kat friendster sekarang dah buat blog guna blogspot pula.

Samada dia atau siapa yang pedajal dia ni memang kurang ajar. Kalau kat luar negara dah kena halal dah darah dia macam kes karikatur Denmark beberapa tahun lepas pasal blog ni menyamakan menghina Nabi Muhammad SAW dengan cara amat melampau!!! (aku tak sanggup nak taip)

Ada keluar kat Berita TV3 pasal blog celaka ni. Secara logiknya memang dia diperkenakan kalau tidak takkan paparkan no telefon lagi. No telefon yang tersebut adalah milik sebuah syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

MCMC pun tidak boleh buat apa-apa pasal blogspot ni blog mendaftar di luar negara tetapi pihak yang berkenaan tolonglah siasat manusia yang bernama Adibah Ahmad ni. Kalau dia menjadi mangsa harap polis dapat siasat siapa yang perkenakan dia. Mesti boleh trace punya sebab detail pasal Adibah Ahmad dia tahu. Di friendster yang kena ban tu pun ada koleksi gambar peribadi Adibah Ahmad. Mesti seseorang yang mengenali beliau secara rapat. Dari gaya tulisannya menunjukkan penulis blog ini ialah orang Melayu dan mengatakan blognya untuk orang yang open minded, orang kampung pergi tempat lain. Betullah orang Melayu Kristian semakin berani malah ada kata sudah wujud Persatuan melayu Kristian. Malah selalu juga menghantar komen di blog ini. Inilah kesan perpecahan orang Melayu Islam sekarang ni.

Aku mula-mula malas nak dedahkan blog ni sebab takut ada yang terpedaya dengan blog ni, tetapi masa ni setiap orang Islam menggunakan kuasa kita di alam cyber.

Jom FLAG blog celaka ni --> http://adibahahmad.blogspot.com

Lepas tu klik Flag Blog.



Tanda di ruangan hate and violence pun ok dan ikut arahan selanjutnya sehingga submit.



Mari berjihad di alam cyber!!!

Sarung handphone kulit babi

Tolong berhati hati bila membeli phone cover kulit.

Tolong check that cover carefully. Kalau nampak 3 titik segitiga di kulit itu. Jangan beli.Itu adalah kulit babi. One of my friend beli phone cover ni di Jalan Pasar. Selepas 2 hari memakainya baru dia perasan yang kulit di bahagian dalam phone cover tu ada 3 titik segitiga. Sahih lah ianya dari kulit babi. Beliau membelinya dengan harga RM18. Beliau cuba mencari phone cover lain di KL Sentral dan terkejut, bila jurujual itu menunjukkan phone cover jenis yang sama seperti beliau beli di Jalan Pasar.

Dari situ, boleh lah kita membuat andaian bahawa, phone cover kulit babi ini dah meluas dipasaran.
Di harap kawan-kawan dapat mengelakkan diri dari membeli phone cover jenis kulit ini.... Sebar sebarkan berita ini kepada umat Islam yang lain supaya kita tidak terjebak dengan membeli barangan dari kulit Babi...








Barangan tiruan berjenama



Thailand memang sudah lama terkenal dengan barangan tiruan, kalau tak takkan gelaran seluar jeans siam, rolex siam dan sebagainya.

China pula yang sudah terlepas kuku komunis, kini muncul sebagai kuasa ekonomi baru dan sudah mengeksport barangan mereka ke seluruh dunia. Tu lah muncul "kedai dua ringgit" di Malaysia ni. Semua barang RM2 sahaja tetapi kalau dah barang RM2, kualitinya pun RM2 atau lebih rendah lagi.Faham-faham jer la..

Di bawah ialah contoh barangan tiruan negara China pula, lagi ganas kan..






Lihat lagi koleksi barangan tiruan berjenama dari China di STRANGE PICTURES

Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya



Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

(H.R Ibnu Majah)

Keterangan

Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Cari Duit Melalui Streamyx



Dari blog Cari Duit Internet

Ini adalah kesinambungan post saya pada bulan november tahun lepas,
http://blalang.blogspot.com/2007/11/cari-duit-melalui-streamyx.html

Tetapi kali ini saya membuat blog khas mengenai Streamyx iaitu maklumat-maklumat mengenai streamyx, permohonan online dan juga bagaimana ingin cari duit melalui streamyx.

Apa yang istimewanya ialah pemberian "rebet istimewa" jika memohon streamyx melalui saya dan juga bagaimana ingin menjadi agen streamyx (streamyx reseller)

Diharap blog ini dapat menambah ilmu mengenai streamyx kepada anda dan juga dapat menambah duit poket anda.

Blog tersebut ialah:-

PERMOHONAN STREAMYX ONLINE

Semoga memberi manfaat kepada anda.

~blalang~
Jom "Cari Duit Internet"

Madah tiada helah



Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip mata ... untuk itu jalinkan silaturrahim kerana Dia...

credit to mrrespek

Amalan Dalam Islam dan kesihatan



Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Honda V4 Concept



Untuk mat-mat motor, bukan mat rempit sebab kalau mat rempit mana ada aksesori, meter motor pun ditanggal semasa merempit, nak kasi laju kunun..





Koleksi gambar Honda V4 Concept 2009 di AUTO SHOW

Doa akhir dan awal tahun Hijrah



"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430H.BERSAMAAN DENGAN 29hb DECEMBER 2008.
SEMOGA MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA PADA YG ESA,INSYA ALLAH

Doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah bersama maknanya (repost)


Klik gambar untuk zoom in

Kekadang kita alpa, kedadang kita lupa, kekadang kita leka!!!



Teman,
Mungkin sekali kita leka..
Sekali pernah terlepas dari genggaman..
Ucapan 'Ooopps' mendahuui 'Ya Allah'..
Bila perut kenyang..
Ucapan 'Haa kenyangnya' mendahului 'Alhamduliilah'..
Bila diri terpegun akan keindahan..
Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'..
Bila dikunjungi berita malang..
Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana
Kita lupa kepada kalimah..
Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun..
Kadangkala kita lupa kerana terbiasa..
Tapi ingatlah..
Agar biala Izrail datang membawa berita..
Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara.

Negro yang haus



Al kisah, seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang dia mencari air, terjumpalah dia dengan jin padang pasir.

Berkatalah jin itu... .."aku akan tunaikan 3 permintaan kau, oleh sebab aku lihat kau dah nak KO. Aku akan tunaikannya pada kehidupan kau yang akan datang.

Negro itu pun berkata, "Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga lagi. Dan ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar... "

Negro itu pun mati dengan tenangnya... ... ..





Pada kehidupan lain,



Negro itu telah menjadi... ... ... ... .



... ... ... ... .Mangkuk tandas toilet wanita... ... ... .

Pelik tapi cantik



Kansas City Public Library (Missouri, United States)

Ni replika buku ke apa? Yang nyata bukan ebook huhu. Sebenarnya ini ialah sebuah bangunan perpustakaan awam di tengah-tengah Kansas City (Missouri, US).

Kansas City Public Library (Missouri, United States)

Layari lagi 50 bangunan pelik tapi cantik di dunia di STRANGE PICTURES



Doa keluarga



Dato dr.fazilah pernah berkata......." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua

ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ mati ) ".........nescaya pintu rezeki mu akan terbuka buat kamu...

Assalammualaikum semua;

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Conclusions:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya..)
Wassalam, download doa keluarga:



25 December, 2008

Pembatalan sijil halal



Tuan/puan,

Dimaklumkan bahawa salah satu pengedar ayam proses telah ditarik balik Pengesahan Sijil Halal oleh Jabatan Agama Islam Perak iaitu Syarikat Ayam AA Enterprise.

Sebagai tambahan hasil daripada makluman rambang mendapati ayam keluaran syarikat tersebut turut terdapat di pasaran Lembah Klang juga.

Mohon dihebahkan agar setiap makanan yang kita ambil bebas daripada unsur-unsur yang haram dan syubhah.

Dilampirkan memo yang menerangkan makluman tersebut.



Sekian untuk makluman.

Melayu Kristian di Trengganu



" Pagi tadi, penulis sempat bersarapan pagi di Sura Gate, Dungun. Temujanji dengan Wartawan Sinar Harian jam 10.00 pagi di sebuah warung depan Sek. Men Sultan Omar.. Suasana di warung itu agak sibuk kerana ramai pelanggan yang sedang menikmati juadah di situ.

Sewaktu hendak memesan nasi dagang, penulis terpandang kepada seseorang yang memakai T-shirt Hitam tertulis: " Hard Core Christian " serta berlambang salib!

Penulis cuba mendekati beliau dan bertanya, " Awak Islam ke Kristian? ". Beliau diam. Sekali lagi penulis menanya dengan meninggikan sedikit suara takut kalau-kalau beliau tak dengar. Kali ini beliau mengangkat muka dan alangkah terkejutnya penulis apabila beliau memarahi penulis dengan loghat Ganu Kite seraya memanggil suaminya yang sedang menunggu di dalam van di depan gerai berkenaan..

Penulis dapat perhatikan perempuan Melayu yang tidak bertudung itu tidak begitu selesa ditanyakan soalan begitu, tetapi penulis tetap mempertikaikan mengapa dia memakai T-shirt yang bertulis dan berlambang Kristian???

Malangnya, suami beliau (bertopi dan juga berbangsa Melayu serta memakai T-shirt yang sama) turun daripada van memarahi penulis kerana mangambil cakna statusnya lalu dengan tergesa-gesa membayar pesanan yang dibungkus dengan banyaknya itu, tanpa langsung mendapat PERHATIAN SEWAJARNYA daripada pelanggan-pelanggan lain di dalam warung tersebut yang terdiri daripada 100% orang melayu-Islam.

Apa yang penulis kesalkan ialah:

1. Kini sudah kedapatan Melayu Kristian di Dungun!

2. Lemahnya penguat-kuasaan terhadap gejala 'Kristianisasi' oleh pihak-pihak yang bertanggung-jawab; dan

3. Langsung tidak mendapat perhatian daripada masyarakat tentang bahayanya 'Kritianisasi' terutamanya di kalangan penduduk di luar bandar! Penulis hanya dibairkan dimarahi begitu sahaja tanpa me
reka datang membantu atau bertanyakan penulis!.

Sumber: tranungkite

Kereta Batman kembali



Stail kereta batman yang muncul kembali.




Layan Blog AUTO-SHOW untuk gambar-gambar lain

Tiga selebriti ke mahkamah urusan cerai



Bukan nak menyibuk, tapi secara kebetulan baca Metro hari ni, tiga orang selebriti naik mahkamah kerana urusan penceraian.. Dua orang darinya adalah selebriti TV3 yang baru menghabiskan konsert Jomheboh minggu lalu.

Pertama: Radhi OAG



Isteri kepada vokalis kumpulan OAG Radhi, meneruskan hasrat untuk bercerai dengan isteri nya anggota kumpulan GIM, Shazlin walaupun kejadian nyaris lemas yang menimpa anak pasangan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya
Ini berikutan Shazlin Sharif (plaintif), 30, melantik peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz kelmarin untuk mewakilinya bagi mengendalikan kes pengesahan lafaz cerai suaminya, Radhi atau nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 31.

Kedua : Mazidul

di luar mahkamah, semalam." title="MESRA...Mazidul bersama isterinya, Khairul Fazlin berbual
di luar mahkamah, semalam." border="0" height="204" width="300">
MESRA...Mazidul bersama isterinya, Khairul Fazlin berbual
di luar mahkamah, semalam.

PETALING JAYA: Wartawan penyiaran yang juga pengacara rancangan 360 darjah dan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidik, 41, memberitahu Mahkamah Syariah di sini, semalam, dia ada melafazkan cerai kepada isterinya pada 13 Oktober lalu.

Mazidul berkata, lafaz cerai itu dibuat pada 11.30 malam di rumahnya selepas berlaku pertengkaran dan mengetahui isterinya, Khairul Fazlin Kamaruddin, 38, menghubungi keluarga mentuanya.

“Saya fikir...saya ingin menyelesaikan masalah bersama isteri tanpa membabitkan orang lain.

“Ketika kejadian, saya berada dalam keadaan waras dan sedar apabila melafazkan cerai itu kepada isterinya,” katanya

Ketiga: Zakiah Anas




SHAH ALAM: “Jangan tutup pintu perbincangan dan komunikasi kerana perlu ada penyelesaian secara baik di luar mahkamah,” kata Hakim Syarie Kamarulzaman Ali di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Kamarulzaman memberi nasihat itu kepada pengacara popular rancangan 999 terbitan TV3, Zakiah Anas, 42, (gambar) (plaintif) selepas mahkamah membenarkan permohonannya untuk meminda perceraian secara baik kepada cerai fasakh.

Beliau membenarkan pindaan itu selepas peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif yang mewakili Zakiah memberitahu suami pengacara terbabit, Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, (defendan) gagal hadir ke mahkamah.

Sumber: Mymetro

24 December, 2008

Masjid Al- Aqsa yang sebenarnya



Ramai dah tahu, tapi mungkin ramai juga belum tahu. Menjadi kewajipan bagi kita untuk menyampaikan kepada yang tak tahu supaya jangan keliru dan tertipu dengan proganda Yahudi



Minah ni hina Islam!!



Samada orang guna nama dan gambarnya atau dia sendiri yang post kat friendster. Dengan menggunkan nama Adibah Ahmad, dengarnya dia sudah tiga kali di ban di friendster. Ada keluar kat TV mengatakan orang menggunakan gambar dan namanya...

Kalau dulu pelukis karikatur Nabi Muhammad SAW mendapat bantahan seluruh dunia, ada juga orang Melayu yang buat kerja bodoh melampau post gambar Nabi Muhammad dan Allah kat friendster.. Astaghfirullah...

Maklumat lanjut di ARTIKEL HANGAT

Tolong panjangkan bantuan



JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN KEMBALI KE SEKOLAH nanti !!! Kutipan akan dijalankan bermula pada bulan Disember. Mohon dipanjangkan emial ini kepada kenalan2 tuan/puan.

Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan menaiki sekolah rendah pada tahun 2009. Jesteru itu pihak kami sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini, pihak kami juga menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut sekolah bagi anak-anak ini. Walaubagimana pun bagi menceriakan kali pertama mereka menduduki alam persekolahan diperingkat rendah ini, diharapkan pakaian atau kasut sekolah yang disumbangkan adalah yang masih elok.

Sekian, semoga usaha kita ini akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Amin.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.ummuain.com/rumahamal.htm

23 December, 2008

Suri Rumah Yang Power!



SAKSIKAN BAGAIMANA LISA HILMI MENGHASILKAN PENDAPATAN RM4329.60 DALAM MASA 3 HARI DENGAN HANYA MELALUI VIDEO YOUTUBE SAHAJA..

Siapa Kak Lisa Hilmi ? Saya memanggil beliau Lisa sahaja pasal umur sebaya, tak eloklah panggil akak kan?

Lisa Hilmi ialah seorang suri rumah yang sudah menyertai perniagaan internet ini semenjak 6 tahun yang lalu. Beliau menceburi bidang perniagaan internet setelah terpaksa berhenti kerja sebagai kerani kerana terpaksa menjaga anaknya.

Pada mulanya beliau tidaklah begitu fasih berbahasa Inggeris, dia pernah kata hanya mendapat 7 dalam subjek English semasa SPM.

Hasil kerja keras beliau cari duit internet mempelajari satu demi satu cara cari duit internet dan memasuki forum antarabangsa, beliau kini sudah mempunyai "nama" di arena IM antarabangsa dan boleh dikatakan "sifu Affiliiate" comission junction. Kini beliau tinggal di kondo mewah di JB hasil duit onlinenya.

Baru-baru ini, Lisa Hilmi mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjana wang RM4329.60 dalam masa tiga hari sahaja melalui youtube. Dengan youtube pun boleh cari duit internetkan.

SAKSIKAN BAGAIMANA LISA HILMI MENGHASILKAN PENDAPATAN RM4329.60 DALAM MASA 3 HARI DENGAN HANYA MELALUI VIDEO YOUTUBE SAHAJA..



Lisa Hilmi- Suri Rumah Yang Power!

Pekerjaan pelik



Kita selalu dengar lawak bodoh, kerja cat langit, pam tayar keretapi dan sebagianya. Rupanya memang ada pekerjaan yang pelik dan bahaya.


Macamana nak cat swimming pool? Biasanya guna jubin. Untuk melihat pekerjaan-pekerjaan pelik lain, layan Strange Pictures

Blog Widget by LinkWithin