adsense

05 January, 2009

Senarai produk yang menyokong Israel





Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!

Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin.


Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.

Lain-lain produk yang wajib kita boikot ialah seperti di bawah. Untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel, klik link.

AOL Time Warner

Apax Partners & Co Ltd

Coca-Cola

Danone
Delta Galil Disney
Estée Lauder IBM
Johnson & Johnson Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd L'Oreal
Marks & Spencer Nestle
News Corporation Nokia
Revlon Sara Lee
Selfridges The Limited Inc
Home Depot Intel
Starbucks Timberland
McDonald's Arsenal FC


Sebarkan kepada semua Muslimin kerana setakat ini yang kita termampu berjihad melawan kafir Israel!



Sumber: Boycott Israel Campaign

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Kempen Boikot Colgate, Coca-cola Dan Starbucks





Kempen Boikot Colgate, Coca-cola Dan Starbucks Coffee Diteruskan



MELAKA, 21 Sept (Bernama) -- Aman Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan meningkatkan kempen pada bulan Ramadan ini untuk memboikot tiga produk barangan pengguna dari Amerika Syarikat (AS) yang diketahui menjadi penyokong kuat Israel.

Penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir berkata tiga produk itu ialah Colgate, Coca-Cola dan Starbucks Coffee.

"Kita mahu boikot ke atas tiga barangan ini ditingkatkan kepada semua lapisan masyarakat terutama pelajar kerana pengeluar dan pemilik tiga barangan ini dari AS diketahui memberi sokongan kuat ke atas rejim Zionis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Forum Globalisasi yang dianjurkan oleh Universiti Multimedia di sini Khamis.

Beliau berkata usul memboikot tiga produk itu telah bermula sejak dua bulan lepas dan ia membawa impak kepada pengeluaran dan pengedaran produk itu di negara ini.

"Saya telah dihubungi oleh pengeluar Coca-Cola yang menyatakan mahu mengadakan pertemuan berhubung usaha kita memboikot barangan mereka," katanya.

Aman Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan Yayasan Kerjaya Malaysia ialah antara beberapa NGO yang telah menyuarakan secara rasmi memboikot ketiga-tiga produk berkenaan.

Beliau berkata sumbangan masyarakat dengan beralih kepada produk lain akan membawa impak besar dalam keamanan sejagat sebagaimana yang dicita-citakan.



Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

AWAS! Perangkap Murtad





PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.

Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT



Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Katil zaman moden





Nak beli katil? Katil anda patah? huhu sebab guna PETUA INI ke? Kalau nak beli, belilah katil-katil fesyen baru dan trendy ni. Siap boleh berbuai lagi,mesti lena sampai ke pagi. Jangan sampai miss solat subuh dah la.



Lagi gambar katil-katil moden di STRANGE WORLD


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Doa Yang Tidak Diperkenankan





Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:?Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:? Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.? (al-Mukminun:51) ?Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu... ?(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:?Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! ?. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.?

(Muslim)

Huraian 1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)

4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:?Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Ketam Ganu, Kentang Kelate





Menantu terengganu : mok... Kalu mok gi kedaa... Tolong beli 'ketang' 4 kilo... ... ..nanti kito bayar

mentua kelantan : bereeehhh... ..

Selepas mentua pulang dari kedai... ... ... ... ... ... ... .

Menantu terengganu : loooo... . Bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang)... Banyok-banyok ni... .

Mentua kelantan : tadi mu kato beli kete(ubi kentang)... .. Pah tu kete mano pulakkkk...

Menantu terengganu : bukang ubi 'ketang'... . Kito suruh beli 'ketang'... .. Hok ada sepit... ... (ketam)...



Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

04 January, 2009

Awas patukan maut





Kalau lihat gambar di bawah seakan jurukamera atau kamera beliau kena serang dari ular ni. Tetapi sebenarnya adalah hasil kreatif perisian Photoshop sahaja. Inilah dinamakan seni digital.



Lihat lagi koleksi gambar di HOT PICTURES COLLECTION

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Technorati Tags:
, , , , ,

Ramalan cuaca





Krew sebuah produksi filem sedang membuat penggambaran di hutan Sarawak.Suatu hari datang seorang lelaki tua suku Penan, mendapatkan pengarah.
"Esok hujan," katanya.
Memang tepat seperti yang dikata. Esoknya krew tidak dapat menjalankan penggambaran kerana hujan.Seminggu kemudian lelaki tua itu datang lagi memberitahu pengarah.
"Hati-hati ya encik. Esok ribut petir akan melanda," katanya selamba. Memang betul, esoknya kawasan itu dilanda ribut petir. "Uhh..handal betul orang tua tu," kata pengarah. Dia meminta pengurus lokasi mengupah lelaki tua itu untuk meramal cuaca. Pengarah gembira kerana setiap ramalannya tepat.
Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu tidak muncul-muncul. Pengarah semakin gelisah kerana esok dia bercadang merakamkan babak terpenting dramanya.
"Mat, kau cari orang tua tu dirumahnya," kata pengarah kepada pengurus lokasi.
Mulanya dia enggan bertemu pengarah, tetapi selepas dipujuk lelaki tua itu pun setuju ke lokasi. "Esok saya ada penggambaran. Semuanya bergantung pada tok untuk tentukan cuaca," jelas pengarah.
"Entahlah encik, saya tak tau!!! Radio dah pecah," kata lelaki tua itu menggerak-gerakkan bahunya...

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Technorati Tags:
, , , , , , , ,

Jangan cuba di rumah









Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Senangnya buat blog





Cuti sekolah sudah berakhir, Isnin depan bermulalah penggal persekolahan yang baru. Maka akan aman la semula rumah saya dari riuh rendah anak-anak yang bercuti.

Pada akhir-akhir cuti sekolah yang lalu, saya berjaya melatih 2 anak murid baru membuat blog dengan menggunakan blog percuma iaitu blogger.com

Blog pertama ialah blog anak saudara saya Haziq, 14 tahun yang gila EPL. Jadi dia pun buat blog berkaitan EPL iaitu:

http://blalang-gila-bola.blogspot.com

Mungkin kerana dia hormat dengan Pak Usu dia ni, dia menggunakan nama blalang juga. Hmmm

Blog kedua ialah blog anak sulung saya Afiq, 11 tahun. Dia ni gila game jadi dia buat blog berkaitan game.

http://blalang-games.blogspot.com

Oleh kerana dia under age, saya ajar dia buat blog guna akaun blogger saya sendiri.

Diaorang ni buat blog hanya suka-suka nak kerek dengan kawan-kawan sekolah la tu.. hehe..Tapi dari sini saya membuat kesimpulan, jika budak-budak sekolah ni boleh buat blog, apa lagi untuk orang dewasa.

Jika anda belum ada blog, create la satu bukan susah sangat pun. Mula-mula memblogkan diri anda, bina blog mengikut minat anda sendiri. Bila sudah ada blog, cari trafik ( haziq promote melalui myspace dia).

Bila sudah ada trafik, barulah kita optimize blog kita dengan cari duit internet melalui blog.

"Traffic must come first and money can come later" hoho


~blalang~
CARI DUIT INTERNET


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!
Blog Widget by LinkWithin