adsense

08 January, 2009

Kreatif aktif minda





Kreatif aktif minda ialah satu laman web yang dimiliki oleh Internet Marketer wanita iaitu saudari Nuraz Ariff. Beliau adalah seorang designer dan membuat perniagaan online secara part time. Pada pendapat saya, secara overallnya laman web ini menggunakan template perniagaan yang menarik, tersusun dan gabungan warna yang matching bersesuaian dengan perniagaan onlinenya itu.

www.kreatifaktif.com merupakan sebuah perniagaan yang beroperasi secara online dan menawarkan servis rekaan grafik dan desktop publishing, mengedarkan cenderahati seperti mencetak heat press nama korporat pada mug, lanyard, cap, silk screen/embroidery pada t.shirt, button badge, epoxy , serta membuat personalise item untuk tujuan promosi produk dan barangan anda. Kami juga menawarkan khidmat pencetakan digital printing untuk mencetak businesscard, membership card, flyers dan dokumen anda disamping menjadi agen mencetak offset untuk kuantiti yang banyak seperti untuk cetakan bussinesscard, flyers, sticker, poscard, kad ucapan perayaan seperti menerima tempahan kad hari raya ready made, christmas, chinese new year, perkahwinan dan sebagainya untuk pelanggan kami yang terdiri daripada individu dan syarikat korporat .

Klik di sini untuk melayari www.kreatifaktif.com untuk melihat perkhidmatan yang disediakan.


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Kereta Mercedes Sport





Khas untuk peminat kereta,






Lihat lagi koleksi kereta Mercedes Sport ni di HOT PICTURES

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Zantika Pub : Thailand (kebakaran kat disco)...NEW YEAR





Kebakaran di disco pada malam menyambut tahun baru. 59 orang telah mati terbakar dan lebih 100 orang cedera.

Ini baru azab dunia..kepada yang kaki clubbing tu. Buatlah azam baru "tidak pergi clubbing". Mungkin korang rasa tak salah tapi bayangkan kalau ini terjadi kepada anda.....Siap tertera nama di akhbar lagi. Mati terbakar dalam disco, bayangkan aib kepada ibu bapa dan keluarga.Sendrik mau ingat!!!




Lagi gambar di HOT PICTURES COLLECTION (18SG)

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

07 January, 2009

Berhati-hati menerima SMS





Dari inbox admin,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati:
Pada 4-1-2009 (Ahad) jam 3.20 petang, saya terima satu sms dari 017-8233657, kandungan sms adalah seperti berikut:-

"TAHNIAH! Simcard anda memenangi undian BERTUAH RM15,000 dr POWER ROOT SDN BHD. Sila hubungi di talian: 012-8618479. Terima kasih."

Memang saya tau ini merupakan satu penipuan, sesiapa yang bersifat tamak dan bodoh akan diperdayakan.

Demi kepastian, saya pun telefon nombor yg tertera iaitu: 012-8618479, seorang perempuan yg bernama Siti Aishah jawap panggilan saya, cara jawap telefon berbudi bahasa bukan main, lemah lembut, kuih agar agar pun kalah.

"selamat petang Encik, saya Siti Aishah dari Power Root Sdn Bhd, Ampang, KL, boleh saya bantu?"

Jawapnya saya: "setahu saya kilang Power Root di Johor, mana ada kilang Power Root di Ampang, KL?"

Siti Aishah jawap: " Oh ya, kami baru buka satu cawangan baru di Ampang, KL."

Menurut Siti Aishah, saya adalah orang yang paling bertuah kerana telah diundi untuk memenangi RM15,000.

Dalam fikiran saya, "Nothing is free in this world".

Sejurus itu, Siti Aishah pun tanya nama bank, nombor akaun dan juga baki semasa akaun saya, saya tembak saja, saya bagi tau bahawa akaun saya di CIMB (sebenarnya akaun saya maybank), nombor akaun tipu juga, dan baki akaun pun tembak saja.

Seterusnya saya pun tanya Siti Aisyah apa tindakan seterusnya yang perlu saya ambil, dia suruh saya pergi ke mesin ATM untuk semak samada RM15,000 itu telah dikreditkan, pesanannya kalau setiba di mesin ATM call dia serta merta, hamboi, tak sabar sabar Siti Aishah ni.

Saya tidak pergi ke mesin ATM, tapi saya berlakon macam saya ada di depan mesin ATM, saya pun call Siti Aishah dan mengatakan bahawa saya telah sampai di mesin ATM, macam-macam arahan diminta patuhi seperti berikut:-

1. masukkan kad ATM saya ke mesin
2. tekan PIN number
3. tekan "pemindahan"
4. tekan "ke akaun pihak ke-3"
5. masukkan nombor akaun 10070075153526
6. masukkan kod 264901
7. tekan ya
8. ambil resit
Dia tak sabar-sabar minta saya bacakan baki yang dinyatakan dalam resit tersbut, saya kata nanti saya call balik, sebab saya tak nampak, cermin mata saya ada kat kereta, sebenarnya saya bukan berada di depan mesin ATM, macam mana saya nak dapatkan resit tersebut.

Selepas itu, h/p saya bunyi tak henti-henti, rupanya Siti Aishah pemegang nombor 012-8618479 yang call saya, saya tak jawap langsung panggilan dia.

Setakat sini saja kisah benar saya yang dapat berkongsi dengan saudara saudari sekali, pesanan saya, kalau anda bakal terima sms sebigini, abaikan saja, ini merupakan satu penipuan dari sindiket tertentu.

Yang benar,
OCL

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

10 hadiah





Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi..

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Kisah Islamnya Syeikh Yusuf Estes







Yusuf Estes After


Yusuf Estes Before


Dr. Yusuf Estes lahir tahun 1944 di Ohio, AS. Tahun 1962 hingga 1990 ia bekerja sebagai musisi di gereja, penginjil sekaligus mengelola bisnis alat musik piano dan organ. Awal 1991 ia terlibat bisnis dengan seorang pengusaha Muslim asal Mesir bernama Muhammad Abd Rahim.

Awalnya ia bermaksud meng-Kristenkan pria Mesir itu. Namun akhirnya ia justru memeluk Islam diikuti oleh istri, anak-anak, ayah serta mertuanya. Ia menguasai bahasa Arab secara aktif, demikian juga ilmu Al-Quran selepas belajar di Mesir, Maroko dan Turki. Sejak 2006, Yusuf Estes secara regular tampil di PeaceTV , Huda TV , demikian pula IslamChannel yang bermarkas di Inggris. Ia juga muncul dalam serial televisi Islam untuk anak-anak bertajuk "Qasas Ul Anbiya" yang bercerita tentang kisah-kisah para Nabi.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Fotopages milik Israel





Salam..

Kepada siapa2 yang ada bukak akaun utk simpan koleksi gambar dengan FOTOPAGES.COM, eloklah fikir2 balik untuk DELETE akaun sebab FOTOPAGES.COM tu adalah milik Israel Yahudi laknat. Tak payahlah nak kita tumpang2 lagi walaupun free. Saya sendiri pun ada akaun fotopages & dah tau ni... elok delete je atau transferkan ke server lain. Tengok link ni...

http://www.matimop.org.il/newrdinf/company/c7983.htm

Whois Record

Registrant:
Pidgin Technologies Ltd
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL[/b]

Domain name: FOTOPAGES.COM

Administrative Contact:
Kass, Ron
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL
+972-3-6914668
Technical Contact:
Kass, Ron
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL
+972-3-6914668

Registration Service Provider:
Everyones Internet,
http://www.ev1serve rs.net

Registrar of Record: TUCOWS, INC.
Record last updated on 29-Dec-2008.
Record expires on 29-Apr-2009.
Record created on 29-Apr-2003.

Registrar Domain Name Help Center:
http://domainhelp. tucows.com

Domain servers in listed order:
NS1.PIDGINTECH. COM
NS2.PIDGINTECH. COM

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Gambar email terhangat sejak 2006






Download fail power point:-


Panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit.





SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon. Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.



Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Lagi kreativiti USB





hohoho..



Lagi gambar di strange world



Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Cik Cinderella





Al-kisah....

Pada satu hari ader seorang budak pompan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki... eh salah... kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.

"Cinderella! Amekkan kan aku air esbok!"

"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!"

"Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!"

"Cinderella! Pi gali perigi!"

Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis dinegara itu untuk menghadiri temasya tari menari.

Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali... mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer. Keraner terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer.

"Ok Emak, sumer sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira.

Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi, hati dia busok keraner dia tahu Cinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja.

"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia.

Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan.

"Aper pasal kao bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother

"Sedih ah... takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab Cinderella.

"Lerr buat lah kerjer tu... maner tahu kalao sempat"

"Maner bleh sempat.... nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik... jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas Cinderella.

"Oh pasal tu? don't u worry... i can help u on that" balas fairy godmother. "Camner?" tanyer Cinderella

Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di campakkannyer kepader Cinderella.

"Nak save time? Nah amek nie... Yellow Pages... let ur finger do the walking"


SEKIAN

Pengajaran : " Jgn nak berangan, kalao nak sesuatu bender tu kener ler usaha siket... jgn harap lah bleh jadik dgn serta merta".



Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Petua anak pintar





Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

PETUA ORANG2 TUA

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba....


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Binatang termahal







Singa putih adalah yang termahal iaitu bernilai US$138,000.00 . Lain-lain binatang termahal, boleh lihat di HOT PICTURES COLLECTION



Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Fenomena kena tindih : Kepercayaan atau kebenaran





Hanya untuk berkongsi maklumat... saya ada terbaca segmen pengalaman menyeramkan dalam 'Book and Readings', byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau hantu.

Ramai antara kita yang menterjemahkan bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak benda2 pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).

Kalau saya tanya, saya yakin mesti ramai jawab pernah kena. Saya pun secara jujur mengakui pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu. Adalah dalam 3-4 kali jugak. Masa tu saya sedar... boleh bukak mata separuh. Saya tau saya sedar... tapi takleh gerak. Kengkadang geram gak sbb takleh gerak... pastu 5 minit barulah leh gerak. Saya dulu pun takut... mmg ingatkan kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...

Tapi setelah saya dewasa dan banyak membaca pasal biologi tubuh badan manusia, barulah saya tau kebenaran dia. Ni saya nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih ni atau nama medicalnya 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) .... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak2. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ader switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate.

So, bila kita bangun, RAS switched on balik... kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar.

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda2 yang bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/tindih, dll.)

Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido la tu... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, bla2...

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal...aktiviti extreme)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So janganlah lagi percaya kononnya kena tindih ngan hantu hempap-hempap. Sebenornya korang lagi hantu!!!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Siapa Dalam Pasukan Kewangan Anda ?





Anda adalah manusia. Yang tidak tahu semua benda. Yang buat salah silap.Justeru, dalam menguruskan wang, anda perlu ada beberapa orang yang penting untuk membantu anda.
1. Pasangan Anda

Sekiranya anda suami, maka isteri anda. Sekiranya anda seorang isteri, maka suami anda.

Sekiranya anda masih bujang, calon pasangan anda perlu seseorang yang boleh memahami kenapa anda sanggup pakai kereta buruk untuk beberapa tahun.

Tukar topik perbualan dari,

* “You kahwin dengan I nanti nak anak ramai tak?”
* “Kalau tak percaya belah lah dada I”

kepada

* “I nak pakai Kanc Classic 660 untuk tempoh 5 tahun lepas kita kahwin, you ok tak?” atau,
* “Apa kata hantaran kahwin nanti adalah simpanan ASB 5000, simpanan Tabung Haji RM 5000 dan perlindungan takaful wanita bernilai RM 100,000 , family you boleh terima tak ?”

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

KELEBIHAN BERPUASA HARI ASYURA (10 MUHARRAM) ~ 7 JANUARI 2009





Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Beg Keyboard





Dulu kalau bawa beg laptop tu kira dah glamour habis. Lepas tu beg laptop jadi beg sandang. Satu beg berharga seratus lebih. Di Pikom PC Fair hari tu, beg laptop sandang dah semakin murah. Trend sekarang laptop kecil-kecil , lebih ringan lebih terampil .

Mungkin kerana komputer desktop orang dah tak pakai lagi sangat, tu la keyboard-keyboard lama diinovasikan menjadi beg wanita pula.



Layan lagi gambar beg keyboard di STRANGE PICTURES




Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!
Blog Widget by LinkWithin