ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
28 February, 2009
Hati-hati Makan Organ dalaman
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Tanda-tanda anda netter sejati
Dari hasil soalselidik mengenai tanda-tanda seseorang itu merupakan netter sejati ialah:
1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer dan modem. Tunai !
2. Loceng di rumah anda tercatat "Click Here to continue"
3. Pintu bilik mandi anda tercatat "This site contains Adult Material, please verify your age"
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.
5. Mimpi anda selalu berawal dengan http://www.
6. Anda menggunakan search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7. "Unable to locate your server !," kata anda ketika menerima salah panggilan.
8. Anak-anak anda diberi nama Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.
9. Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi Handshake modem.
10. Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
11. Anda menonton filem "The Net" ... . 63 kali.
12. Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang "UNDO".
13. Isteri anda meletakan rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.
14. Anda memberi nama anak anda Firefox, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.
15. Anda memperkenalkan diri sebagai : youremail@...
16. Anda membuat tatoo di badan anda yang berbunyi "This body best viewed with Internet Explorer 7 or higher."
17. Anda akan mengakses http://isuhangat.blogspot.com bila tengah bosan dengan pasangan anda :P
18. Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata "request time out !!!"
19. Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang Ctrl-Alt-Del.
20. Anda yang membaca citer ini sampai habis.
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Iklan kreatif
Iklan yang membuatkan anda menoleh dua kali. Hidup biar kreatif, berfikir di luar kotak. Normal is boring...
Lagi himpunan iklan kreatif di STRANGE PICTURES
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Hamas dan Fatah bersatu
Alhamdulillah, pemimpin tinggi Fatah ,kiri, Ahmed Qureiad dan Moussa Abu Marzouk dari Hamas ketika berunding untuk bersatu di Cairo, Egypt, Feb. 26, 2009. (AP Photo/Amr Nabil)
Fatah dan Hamas ingin memecahkan kebuntuan pertelingkahan sesama mereka untuk kepentingan rakyat Palestin. Semoga penyatuan Hamas dan Fatah dapat menjadi kenyataan supaya rakyat Palestin bersatu dan sekaligus dapat menghalang Israel dari terus membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Palestin.
Memang benar, hanya bersatu dapat mengalahkan kejahatan Israel. Jika rakyat Palestin sudah bersatu, Amerika Syarikat pun tidak boleh buat apa-apa.
Bagaimana dengan di Malaysia? Bila parti besar orang Melayu Islam iaitu PAS dan UMNO dapat bersatu demi agama,bangsa dan negara?
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Pemuda UMNO tak boleh tahan marah
Sumber gambar: www.telokbakong.blogspot.com
Pemuda UMNO tidak dapat mengawal kemarahan akibat diprovokasi oleh Karpal Singh dengan perkataan Karpal yang menghina Pemuda UMNO dengan memberi gelaran seperti "celaka", "gangster" dan "mafia" menurut Dato' Hishamudin mengenai peristiwa Karpal Singh diserang di perkarangan Parlimen semalam.
"Apa yg berlaku semalam membuktikan (apa yang boleh berlaku) bila emosi kemarahan tak dapat dibendung, dan dalam keadaan seperti itu lebih mudah untuk membakar semangat supaya semuanya huru hara, daripada membendung keadaan," katanya kepada kepada pemberita selepas mendengar ucapan bertajuk "Belia untuk Keamanan Dunia" oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Persidangan Belia Antarabangsa mengenai Keganasan di sini.
Ulasan tersebut seperti menunjukkan kesamaan dengan ahli PAS yang tidak tahan marah dengan Sultan Perak selepas sembahyang Jumaat sampai berbaring atas jalan.
Semalam perkarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berhimpun untuk menuntut anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka pada satu perbahasan persidangan Dewan Rakyat, keadaan bertambah kecoh apabila beberapa orang Anggota Parlimen masuk campur, membawa kepada insiden tolak menolak sesama mereka.
Biasalah nama pun Pemuda, "tak boleh tahan". Bayangkan kalau pemuda dari PAS yang membuat begitu kepada Ahli Parlimen BN....confirm 15 minit pertama di Buletin Pertama TV3 beserta ulasan-ulasan hebat dari penganalisis politik dan menjadi headline di Berita Harian dan Utusan.
Sebelum ini Karpal Singh menuduh Pemuda UMNO bertanggungjawab terhadap surat ugutan bersama dua butir peluru yang ditujukan kepadanya. Karpal Singh ni pun jangan main tuduh-tuduh. Walau pun Pemuda UMNO yang menyokong kuat PPSMI akan tetapi mengikut juga perumpamaan Bahasa Melayu “Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan BINASA”.
Apakah Pemuda UMNO yang menyerang dengan fizikal yang akan diambil tindakan atau Karpal Singh yang lemah fizikal tetapi menyerang menggunakan mulut laser itu pula akan dikena tindakan?
Akibat tindakan Pemuda UMNO yang tidak dapat bertahan tersebut memberi kesan secara tidak langsung kepada BN. Tak pasal-pasal menambahkan lagi modal Pakatan Rakyat dalam kempen dan pilihanraya 2 bukit yang tak lama lagi.
Politik Malaysia semakin huru hara, ibarat pilihanraya sepanjang tahun. Dah memang orang politik, kerjanya pun full time berpolitik. Hari ini orang belah sana cakap macam tu salah, esok lusa dia buat perkara yang sama. Begitu juga orang yang di sebelah sini. Jangan sampai sibuk berpolitik sampaikan masalah rakyat yang diwakili di letak prioriti no 11 dah la.
Untuk kita orang biasa ni, isu-isu hangat politik ni cukuplah sekadar lihat , dengar dan gelak-gelak dah la. Kerja macam biasa. Bak kata Melodi "tingkatkan produktiviti kurangkan kontroversi". Sekarang ni ekonomi tak menentu, kalau kena buang kerja sendrik tanggunglah. Diaorang sibuk berpolitik.
Jangan sampai jadi macam Thailand dah la. Orang ni menang yang lagi satu tunjuk perasaan, yang lagi sebelah menang yang lagi satu tunjuk perasaan. Semua kerja tak menjadi. Yang jadi mangsa - rakyat juga.
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Tol naik ditangguh
Alhamdulillah, isu hangat tol naik yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed ditangguh ke ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Tangguh jer tau bukan tak jadik!
(Sumber Bernama)Kabinet hari ini memutuskan kadar baru tol di lima lebuh raya yang sepatutnya bermula Ahad ini ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.
Mohd Zin pada sidang akhbar di kementeriannya petang ini berkata kerajaan akan menangguhkan kadar baru di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sehingga akhir tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM500 juta, yang terdiri daripada wang pembayar cukai kepada syarikat konsensi kelima-lima lebuh raya itu.
RM500 juta tuh. Banyaknya...
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
HAMANN BMW X6 Tycoon
Layari AUTO SHOW untuk gambar-gambar lain.
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Doa pendinding
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada BahayaBaca lagi di ARTIKEL HANGAT
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
27 February, 2009
Pencerobohan Maut
Mati semasa mencuri sampai kulit terbakar. Ini adalah akibat percubaan lelaki dari Melaka, 34 tahun yang cuba memotong kabel berkuasa tinggi TNB dengan niat mencuri.
Lagi gambar di HOT PICTURES COLLECTION (18sg)
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Tata Tertib Tidur:
Tata Tertib Tidur:
1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak
2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.
7. Hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.
8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan.Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati,manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia
itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya
mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada
dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wailaiHiinnusyuur.[Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali]
Wallahualam
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Harimau yang garang
"kan aku dah kata, jangan masuk hutan nih, nampak usahkan ayam hutan, orang hutan pon tak de tahu", marah Meor kepada Azim, orang yang mencadangkan hutan keramat itu sebagai tempat memburu ayam hutan.
"Habis dah hutan ini jer yang aku tahu, nak buat cam mana, takkan aku nak cadangkan pergi memburu kat reban ayam belakang rumah kau tuh pula?" balas Azim pada Meor yang mula marah-marah.
"udahlah tu, janganlah bising-bising, kita kat hutan ni tahu?, dahlah hari nak senja, jalan balik pon tak jumpa, korang plak tau nyer nak gado-gado jer.." Aziz cuba campur tangan. Meor terdiam.
"Kat mana kite ni Jes? Dah longgar dah kepala lutut aku nih berjalan, jalan keluar tak der pula kite jumpa." Tanya Meor kepada Aziz sambil memperbetulkan senapang patah yang disandangnya. Hari semangkin gelap
"Tahlah aku pon tak tahu, rasanya macam mangkin jauh kita masuk kedalam hutan nih" balas Aziz sambil memerhatikan gelagat Azim yang mula membisu namun tangannya ligat menebas semak samun. Mungkin dia menyesal kerana mencadangkan hutan ini sebagai tempat memburu.
"Emmmmmm, nasib baik aku sorang jer yang bawa senapang patah bapak aku ni, kalau semua orang bawa senapang, buang karen jer" perli Meor kepada Azim. Azim berhenti menebas dan membeliakkan matanya pada Meor.
"Udahlah!!!!" tengking Aziz. Kecut perut Meor begitu juga Azim.
Baca cerita penuh di ARTIKEL HANGAT
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Berhati-hati melalui jalan ini
Baik jangan hampiri jalan ini jika menunggang motor atau basikal.... Bukan cerita seram malam jumaat "Kliwon" tapi jalan ni tempat buaya punya "port lepak".
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Pengurusan mayat di Tibet
Kisah ini sememangnya benar dan telah lama diketahui. Bagi masyarakat tibet ini, tanah tempat tinggal mereka terletak atas gunung di mana tiada tanah lembut Hampir kesemuanya diliputi batu atau salji/air batu. jadi memberi mayat untuk dimakan oleh burung vulcher adalah option mereka. Tambahan pula dipercayai roh si mati akan kekal di gunung ganang tersebut bersama burung berkenaan. tindakan lelaki yang memotong serta menghancurkan mayat adalah untuk memudahkan burung tersebut mempercepatkan proses ini. mereka juga tidak mahu burung tersebut membawa anggota badan yang masih separa sempurna(seperti kepala, tangan dll) ke tempat lain maka dihancurkan untuk memudahkan burung tersebut memakan mayat.
Teringat cerita berkenaan pembunuhan manusia pertama dalam dunia iaitu kisah anak Nabi Adam AS iaitu kisah Qabil yang telah membunuh Habil kerana merebutkan adik kembarnya yang cantik iaitu Ikrima.
Qabil menyesal terhadap perbuatannya yang kejam. Beliau sedang berfikir apa yang hendak dibuat seterusnya dengan mayat adik lelakinya yang telah dibunuh. Beliau melihat dua ekor burung gagak hitam yang bertarung dan satu darinya mati ditewas. Burung hitam yang hidup itu menggali tanah dan menanam burung yang sudah mati itu. Qabil mengikut cara tersebut lalu menggali tanah dengan kedalaman yang cukup untuk mayat Habil ditanam. Maka, inilah asasnya cara menanam mayat oleh masyarakat Islam dan kebanyakan budaya manusia kini yang diamalkan untuk beberapa alaf.
Koleksi gambar penuh di STRANGE WORLD. (18SG)
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
26 February, 2009
Tol Plus naik lagi
Tak kena masa. Itulah ulasan ringkas terhadap isu kenaikan harga tol 5% di lima tempat mulai 1 Mac ini. Kenapa harga tol mesti dinaikkan di masa zaman susah ni?
Mereka berkata , sepatutnya kenaikan harga tol baru ini sepatutnya dinaikkan sejak tahun lepas lagi. Adakah pihak PLUS dan syarikat lebuhraya yang lain tu ,tidak faham-faham kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia sekarang ini? Syarikat lain dok turunkan harga barang ,kerajaan pun menjalankan kempen turunkan harga. T
Tindakan PLUS dan syarikat lebuhraya yang lain tersebut adalah menambah beban pengguna. Sepatutnya perjanjian konsesi tersebut dikaji semula untuk menurunkan harga tol bukannya bertindak menaikkannya.
Kesan kenaikan harga tol.
Selain kepada pengguna lebuhraya, kos operasi syarikat yang menggunakan lebuhraya juga akan meningkat. Jadi tidak mustahil barangan pengguna juga akan naik juga.
Untuk memboikot lebuhraya ini adalah satu yang sukar diharap kerajaan dapat mengkaji semula kenaikan harga tol ini.
Kadar tol 5 lebuhraya naik 5 peratus mulai 1 Mac
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:
Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kenderaan Kelas 1. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint-Kerinci dan Damansara Link)(Lebuhraya E23): Kenaikan tol dinaikkan antara 30 dan 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.
Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1. Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
Lebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kenderaan Kelas 1Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Berhati-hati chat lucah
Ada di kalangan chatter yang ketagih chat sex sehingga ada yang terlanjur melakukan zina. Yang menjadi kemusykilannya dua-dua respon dan menginginkan benda yang sama. Astagfirullah... sanggup melakukan hubungan sex dengan seorang yang tidak dikenali memang sesuatu yang melampau terutama kepada pasangan yang sudah berkahwin. Just remind, kalau ikut hudud dah dihukum rejam.
Di Harian Metro hari ini, berita utamanya ialah mengenai pasangan suami-isteri yang cari makan melalui sembang sex. Si isteri berchatting mencari mangsanya yang muda dan berduit. Kemudian buat temujanji di hotel kononnya untuk melakukan benda terkutuk tersebut. Si pemuda tadi pun sama niat untuk melempiaskan nafsu serakah nya.
Kemudian semasa di dalam bilik hotel, Si suami wanita tadi akan datang dan mengamuk mengatakan isterinya curang dan menuduh si pemuda (Chatter lelaki) tadi menggoda isterinya. Si suami akan membelasah chatter tadi dan mengambil barangan berharga termasuk wang ringgi.
Tipu muslihat pasangan iblis itu diceritakan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong di sini, semalam.
Chong mendedahkan setakat ini, dia menerima tiga kes membabitkan pasangan terbabit.
Katanya, dalam satu daripada aduan itu, mangsa mendakwa terpaksa membayar RM50,000 kepada pasangan berkenaan bagi mengelak rahsianya terbongkar.
“Perbuatan dan perancangan pasangan terbabit begitu licik hingga mangsa tidak menyedari mereka sebenarnya ditipu,” katanya yang percaya ramai lagi menjadi mangsa mereka.
Mungkin kes di atas ialah kes berbangsa cina, tapi tidak mustahil jika orang melayu pun akan membuat tipu helah yang serupa juga.
Jadi kepada mereka yang suka chat sex tu berharap dapat bertaubat . Jangan ikutkan nafsu sangat. Berjumpa dengan orang yang tidak dikenali sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi. Ingatlah walau pun bersembang di alam maya, dosanya pun sama juga. Apa lagi kalau sampai ke tahap berjumpa dan terlanjur mentelahan lagi kalau dah bersuami/isteri.
Banyak lagi aktiviti berfaedah semasa bertenet, bukan chat sahaja. Mungkin ada segelintir yang bertemu jodoh di room sembang tapi mungkin peratusnya sikit sangat. Tidak dapat dinafikan teknologi selain membawa faedah kepada manusia, ia juga bakal menghancurkan peradaban jika tidak dikawal. Siapa yang nak kawal? Kalau budak kecil pun susah nak kawal aktiviti internet apa lagi kalau dah dewasa.Allah nampak apa yang kita buat.... sendrik mau ingat!
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!