adsense

11 March, 2009

Zee Avi - Malaysian rakam album di US



Zee Avi @ isuhangatZee Avi @ isuhangatZee Avi @ isuhangat

Zee Avi.... siapa tu? Zee Avi bukanlah seorang bintang yang lahir dari program realiti AF ,Malaysian Idol dan sebagainya tetapi seorang yang mempersembahkan bakat nyanyiannya melalui youtube sahaja dan kemudian bakatnya di kesan oleh syarikat rakaman US sehingga mereka menawarkan Zee Avi merakamkan album untuk pasaran antarabangsa!

Zee Avi berasal dari Miri, Sarawak yang kini menetap di Kuala Lumpur. Zee Avi pernah membuat beberapa gigs di KL dengan menggunakan nama Kokokaina.

Video youtube di bawah adalah video Zee Avi sedang rakam album di US. Bakal release pada 18 Mei nanti kat US. US tu..United State of America, bukan Ulu Selangor tau.

Laman web rasminya ialah http://www.zeeavi.com .



Bukan satu tapi TIGA laporan percuma sekaligus!Klik Di Sini

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Terapi pernafasan



Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.

Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks).

Sumber: Health Tips


Bukan satu tapi TIGA laporan percuma sekaligus!Klik Di Sini

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Perempuan Satu Anugerah



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

Baca lagi di ARTIKEL HANGAT

Bukan satu tapi TIGA laporan percuma sekaligus!Klik Di Sini

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

10 March, 2009

Perisian kalendar Masihi ke Hijrah



kalendar masihi ke hijrah @ isu hangat
Sekarang ni orang Islam dah tak berapa nak kisahkan kalendar Hijrah. Bukan nak kata orang lain, saya sendiri pun sama.

Sedangkan kalendar Islamlah yang banyak memberitahu tarikh-tarikh penting yang sepatutnya kita peka supaya tidak ketinggalan amalan-amalan yang sepatutnya.

Malah kita sendiri terlupa nama-nama bulan dalam Islam. Terpaksa nyanyi lagu Raihan untuk refresh kembali. Malunya.

Ok tujuan saya berbicara pasal bulan Islam ini ialah untuk berkongsi perisian yang menukar tarikh omputih ke tarikh Hijrah. Walaupun tidak dinyatakan secara nama-nama bulan (terpaksa nyanyi lagu Raihan huhu) , perisian ini menukar tarikh Hijrah ke Masihi dan sebaliknya secara automatik.

Boleh download di SINI

Semoga bermanfaat..



Bukan satu tapi TIGA laporan percuma sekaligus!Klik Di Sini

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Apa ni?




Apa kebenda ni? Lain macam jer bentuknya? Adakah ia dot dot yang ganjil ?
Suspen neh...Nak tau jawapannya di HOT PICTURES....


Bukan satu tapi TIGA laporan percuma sekaligus!Klik Di Sini

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Pak Pandir tipu nyamuk



Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

Bukan satu tapi TIGA laporan percuma sekaligus!Klik Di Sini

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Tempat-tempat misteri



The Mouth of Hell

strange world

strange world

Gambar dan artikel penuh di STRANGE WORLD

Bukan satu tapi TIGA laporan percuma sekaligus!Klik Di Sini

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

09 March, 2009

Teh Cap Masjid milik bukan Islam



teh cap masjid @ isuhangatteh cap masjid @ isuhangatteh cap masjid @ isuhangat

Baru ku tahu rupanya, Teh Cap Masjid adalah bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu dengan penjenamaan. Selain menggunakan jenama cap Masjid, nama teh tersebut pun menggambarkan seperti ia adalah keluaran orang Islam iaitu dengan perkataan "Guru" iaitu Teh Guru Cap Masjid

Selain dari mengelirukan dari aspek penjenamaan, syarikat tersebut juga cuba menipu dengan menggunakan pewarna.

Umat Islam lambat sangat nak keluarkan produk sendiri sehingga bangsa lain mengambil kesempatan kerana prospek benefit yang diaorang dah nampak. Rakyat beragama Islam di Malaysia adalah yang tertinggi dan semestinya mempunyai permintaan yang tinggi juga terutama bab makanan.

Kisah tasbih, sejadah, kopiah buatan China yang berada di Mekah mungkin boleh diterima lagi kerana kemungkinannya di buat oleh orang Islam China dan sudah semestinya ia bukannya makanan.

Ini dikenalpasti apabila pemilik syarikat pengeluar Teh Cap Masjid dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang 14 Feb atas dua tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005.

Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan apa-apa bahan pewarna.

Mengikut dakwaan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua sampel iaitu Teh Guru Cap Masjid dan Teh Guru Cap Masjid (pek baru).

Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.

Entah berapa banyak lagi agaknya jenama yang seakan kemelayuan dan keislaman tetapi sebenarnya adalah kepunyaan orang bukan Islam di Malaysia.

Bukan satu tapi TIGA laporan percuma sekaligus!Klik Di Sini

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Keretapi terlaju di dunia




Keretapi terlaju di dunia..

CHINA’s CRH2

The CRH2 is one of the high-speed train models in China. The CRH2 is a modified E2-1000 Series Shinkansen design, and represents the second Shinkansen train model to be exported, the other being the 700T series for Taiwan High Speed Rail.

gambar keretapi @ isuhangat


Lain-lain info mengenai keretapi terlaju di dunia di HOT PICTURES



4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Korang mungkin tak sengaja



1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal,tikar dan pakai sarung serta membaringkan badan ketika bekerja.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren komuter jem.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
- Tertinggal solat kerana tertidur

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
- Sengaja membaringkan diri anda sedangkan waktu solat dah waktu gajah (waktu dah nak habis)

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Profesor-profesor Melayu yang menentang PPSMI



demontrasi anti PPSMI @isuhangat
Apabila gerakan yang menentang

Apabila gerakan anti PPSMI dikatakan berfikiran kolot,dangkal,tidak menerima perubahan,ketinggalan zaman dan lain-lain, adakah ahli-ahli akademik ni pun sama juga? Adakah mereka semua ni memang fasih berbahasa Inggeris semasa di sekolah rendah dulu sampai jadi profesor?

Berikut adalah nama-nama ahli akademik Melayu yang tampil menentang dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI).

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan), Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi), Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) , Prof. Dato' Abdul Latif Mohamad (Botani), Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat), Prof. Dato' Abdul Razak Salleh (Matematik), Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan), Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik).

Prof. Ainoon Othman (Perubatan), Prof. Alias Kamis (Biosains), Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan), Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains), Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran), Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat), Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga), Prof.
Basir Jasin (Geologi), Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia), Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan) Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).

Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat), Prof. Hamid Lazan (Botani), Prof. Hamzah Mohamed (Geologi), Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan), Prof. Hatta Shaharom (Perubatan), Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia), Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik), Prof. Ibarahim Komoo (Geologi), Prof. Ikram Mohd Said (Kimia), Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran), Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan), Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan), Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan).

Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan), Prof. Karis Misiran (Perubatan), Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan), Prof. Dato' Khalid Yusof (Perubatan), Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik). Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori), Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains
Sekitaran), Prof. Masbah Omar (Perubatan), Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia), Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat) Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan), Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan), Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran).

Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi), Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga), Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik), Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal), Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal) Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan), Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran), Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi), Prof. Othman Ross (Sains Laut), Prof. Othman Omar (Biosains Molekul), Prof. Paden Morat (Bioperubatan).

Prof. Rohani Ahmad (Botani), Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor), Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan), Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan), Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik), Prof. Shahrim Ahmad (Fizik), Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan), Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat), Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan), Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi), Prof. Zainon Mohd Ali (Botani), Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran).

Sumber: Suara Keadilan
4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Upin dan Ipin berjaya di layar perak




filem geng:upin dan ipin @ isuhangat

Upin dan Ipin telah menjadi satu idola kepada kanak-kanak di Malaysia sehingga budak berumur 1 tahun pun sudah mengenali Upin dan Ipin. Bermula dari cerita selama 15 minit sekali tayangan di slot TV9 ia mempunyai aura tersendiri dengan ayat power nya "betul..betul..betul"

Ini adalah satu fenomena yang menarik kerana sebelum ini kanak-kanak Malaysia lebih menyanjung kartun dari luar negara terutama Jepun seperti Naruto, Doraemon, Dragon Ball dan lain-lain

Apabila Upin dan Ipin telah ke layar perak dengan tajuk filem Geng:Pengembaraan bermula, kejayaan filem animasi ini berjaya menandingi malah menewaskan filem-filem yang lain.

Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah berjaya mengutip RM3.7 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam tempatan. Tahniah kepada Les Copaque dan pengarahnya Mohd. Nizam Abd. Razak, 26.

Dengan menggunakan teknik CGI yang berkualiti dan hebat seperti filem Cicakman membuktikan rakyat Malaysia telah maju di bidang multimedia dan siapa kata orang Malaysia tak kreatif?

Tahniah kepada semua kru Les Copaque!

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Selamat Hari Wanita



Kepada semua wanita, Isu hangat mengucapkan Selamat Hari Wanita 8 Mac 2009

hari wanita @ isu hangat
*Klik atas gambar untuk besarkan

hari wanita @ isu hangat

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

08 March, 2009

Pelajar wanita dan lelaki tinggal serumah



Saya pernah mendengar cerita pasal pramugari dan paramugara yang tinggal serumah semasa bekerja di luar negara kerana menjimatkan kos. Rupanya pelajar-pelajar yang bijak pandai di UK pun tinggal serumah bercampur lelaki dan perempuan. Lebih parah ada yang tinggal serumah dengan lelaki bangsa asing.

Penggunaan istilah 'darurat' sering digunakan bagi mengesahkan semua tindakan. Seperti buka tudung bagi pelajar perempuan kerana khuatir keselamatannya diancam kerana konon wujudnya sentimen anti-Islam di sini. Makan daging yang tidak disembelih oleh orang Islam. Tidak sembahyang Jumaat kerana ada kelas. Cuma satu sahaja yang mungkin tidak dibuat: makan babi! Itupun barangkali kerana orang Melayu sudah dididik membenci babi sejak kecil lagi.

Alasan lain adalah kerana untuk menjimatkan duit perbelanjaan. Meskipun pihak kerajaan memberikan elaun yang mencukupi tetapi sering dijadikan alasan untuk menyatakan sebaliknya. Sesetengahnya mengatakan duduk bercampur satu rumah samalah seperti tinggal dalam satu hotel. Macam-macam alasan yang diberikan. Semuanya untuk mengesahkan tindakan mereka tinggal bercampur lelaki perempuan dalam satu rumah sebagai tidak salah.

Baca lagi di ARTIKEL HANGAT

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Ular berkepala manusia



Ular berkepala manusia di Indonesia. Semasa pameran hantu di KL dulu, benda ini dipanggil jenglot.

Snake with Human Head @ strange world

Koleksi gambar-gambar lain di blog STRANGE WORLD


4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Komunikasi di pejabat



Walau pun melawak, beginilah kemungkinan akan berlaku apabila satu-satu arahan dari pihak pengurusan ke peringkat bawah. Arahan 50 patah perkataan hanya tinggal 10 patah perkataan sahaja malah tersasar dari apa yang ingin disampaikan.

Sebab itu lebih mudah disampaikan melalui email to all supaya semua orang mendapat maklumat yang sama.

Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya...

"Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja."

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

"Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

"Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

"Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi."

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

"Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Kreatif dengan duit




Orang kita pun kreatif juga. Lihatlah kreatifnya mereka mengisi masa senggang di pejabat. Dari berbual-bual kosong baik buat benda-benda macam ni. Boleh mengasah bakat seni fotografi :)

Koleksi gambar di HOT PICTURES COLLECTION

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul



Maulidur Rasul tahun ini yang jatuh pada pada hari Isnin 9 hb Mac 2009 adalah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Setiap tahun ,umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Jika ada kelapangan, jangan lupa menyertai majlis Maulidur Rasul di tempat anda. Rasullullah SAW akan memberi syafaat kepada umatnya pada Hari Kiamat kelak terutama kepada mereka yang selalu mengingatinya.

Sempena Maulidur Rasul, saya ingin berkongsikan fail MP3, selawat ke atas Nabi yang dibawa oleh Raihan dan Yusof Islam.

Boleh download DI SINI


4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

07 March, 2009

Demo anti-PPSMI dihujani gas polis




gambar Demonstrasi anti PPSMIGerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

Peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.


gambar Demonstrasi anti PPSMIMereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.

Mereka bagaimanapun dihujani tembakan gas pemedih mata oleh polis di sekitar Kampung Attap, hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk utama Istana Negara.

Peserta perhimpunan itu - yang asalnya hanya dibenarkan oleh polis diadakan di masjid tersebut - melanggar arahan polis yang melarang sebarang perarakan.

Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003.

Bercakap kepada media selepas penyerahan, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan, sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

gambar Demonstrasi anti PPSMITambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan mengalami keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang, katanya lagi.





gambar Demonstrasi anti PPSMI

PETALING JAYA: Perhimpunan 100,000 Rakyat petang ini - dianjurkan bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bertukar ganas apabila polis tidak profesional mengawal keadaan

gambar Demonstrasi anti PPSMI

Polis melepaskan gas pemidih mata menghalang para pembantah PPSMI

gambar Demonstrasi anti PPSMI
Halangan demi halangan oleh pihak FRU

gambar Demonstrasi anti PPSMI
Tindakan tidak profesional polis menyebab keadaan menjadi kelam kabut.

gambar Demonstrasi anti PPSMI
Sebahagian rakyat yang tak setuju dengan PPSMI hadir menyatakan sokongan

keranda 152


Sumber: Malaysiakini dan tranungkite


4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

CARoscope



Don’t read horoscope. They are rubbish. There’s another method to learn about other people characteristics ? by reading my CARoscope.

gambar perodua myvi
Perodua MyVi ? You are kind of person who can easily be influenced by your friends. Plus, you are energetic and young. But, if you are 50’s and driving this car, it is a sign of mid-life crisis.

naza citra@artikel best
Naza Citra ? You don’t really care about current fuel price....

Baca lagi di HOT PICTURES COLLECTION


4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Main cucuk-cucuk M16




Jika semalam, post isuhangat berkenaan dengan Orang terbang iaitu hindu yang sedang merayakan Thaipusam, di Thailand pun apa kurangnya, ada perayaan keagamaan mereka seperti perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Cuma di Thailand peralatan cucuk-cucuknya lebih canggih sikit.

strange,weird,odd @ strange world

Lagi gambar di STRANGE WOLRD


4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Kesan boikot McDonald



Korang ada orang boikot McDonald lagi ke? Saya sampai sekarang boikot Mc Donald kerana mungkin dompet pun boikot juga huhu..

Tengoklah kesan boikot Mc Donald, ada yang dah tutup dah..

Boikot McDonald @ isu hangat

Namun begitu gambar di atas adalah gambar lawak jer...

Lihat lagi koleksi gambar lawak yang boleh buat tersenyum di blog TODAY'S JOKE


4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!
Blog Widget by LinkWithin