adsense

12 June, 2009

Seni kertas





Photobucket

Koleksi gambar penuh di HOT PICTURES


"RAHSIA SENANG HAMIL"

"Rahsia BESAR dari Blog!"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Kisah seorang Tan Sri





Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah
semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.




"RAHSIA SENANG HAMIL"

"Rahsia BESAR dari Blog!"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

11 June, 2009

10 laluan maut





Berhati-hati ketika melalui jalan di bawah. Jangan pecut!

Kementerian Kerja Raya telah mengenalpasti 10 laluan maut ekoran kekerapan berlakunya kemalangan sehingga mengorbankan nyawa berpunca daripada reka bentuk permukaan jalan yang berbahaya.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 57 pengguna maut dan cedera ketika melalui jalan-jalan tersebut.

Laluan tersebut ialah:

1. Kilometer 8, Seksyen 189, Jalan Muar-Melaka, Tanjung Gading, Johor.

2. Kilometer 16, Jalan Batu Pahat-Kluang, Johor.

3. Seksyen 35.2, Jalan Damar Laut, Pantai Remis, Perak.

4. Kilometer 35.2, Jalan Kangar-Mengkuang Layar, Perlis.

5. Seksyen 833.1, Jalan Butterworth-Alor Setar, Kedah.

6. Seksyen 399, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman, Terengganu.

7. Seksyen 39, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.

8. Seksyen 259.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

9. Kilometer 33.5, Seksyen 468, Jalan Klang-Teluk Intan, Selangor.

10. Seksyen 41.8, Jalan Serting-Tencah, Negeri Sembilan.


RAHSIA SENANG HAMIL"

"Rahsia BESAR dari Blog!"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Babi bersyukur jadi babi





Pernahkan anda mendengar teka teki bodoh ni..."kenapa babi jalan tunduk?", jawapannya ialah babi malu menjadi babi.

Ok cerita yang di import dari mailbox admin yang menarik untuk dikongsikan sebagai panduan bersama.

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukans etakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin

Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Baca artikel penuh



RAHSIA SENANG HAMIL"

"Rahsia BESAR dari Blog!"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Ayam berkaki empat





Jika 2 hari sebelum ini saya posted lembu berkaki enam , kali ini ayam berkaki empat pula. Beginilah kekuasaan Allah. Setiap ciptaanNya hanya Allah sahaja rahsia tersembunyi. Kira ayam ni cacat ler.

Apa perasaan kita apabila berjumpa dengan OKU? Sepatutnya kita bersyukur dengan ciptaan Allah dengan fizikal anda yang sempurna. Janganlah memandang dengan perasaan hina, OKU atau tidak , kita mesti ingat kita dicipta oleh Yang Maha Berkuasa. Jika anda merendahkan OKU bermakna anda menghina ciptaan Allah. Ingat tuh!

Berilah mereka peluang hidup bahagia seperti orang lain. Saaya ada kenalan yang kerdil tetapi beliau tidak berasa rendah diri walaupun selalu jadi bahan gurauan "budak sekolah yang ponteng" kerana selalu melepak sarapan di restoran. Tabik kepada beliau.

Weird & Amazing Animals in the world

Banyak lagi gambar haiwan-haiwan aneh di blog pelik STRANGE WORLD


RAHSIA SENANG HAMIL"

"Rahsia BESAR dari Blog!"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Sisters In Islam patutkah diharamkan?





Cadangan PAS supaya mengharamkan Sisters in Islam mendapat reaksi dari pertubuhan itu sendiri yang meminta PAS mengkaji semula cadangan tersebut.

Sisters In Islam yang juga dikenali sebagai SIS membuat kenyataan secara terbuka yang membantah isu pengharaman tomboy yang di buat Majlis Fatwa Kebangsaan. Ternyata SIS yang dianggotai oleh anak bekas Perdana Menteri berfahaman moden dan sekular.





RAHSIA SENANG HAMIL"

"Rahsia BESAR dari Blog!"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Shukery Hashim meninggal dunia






Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi (10 Jun 2009). Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk menjalani rawatan lanjut selepas pembedahan barah pankreas selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu. - HMetro

Inalillah,takziah kepada keluarga arwah. Hari ini hari beliau esok lusa mungkin kita pula dijemput pulang...Alfatihah buat Arwah Shukery Hashim

/" alt="2/7">RAHSIA SENANG HAMIL"

"Rahsia BESAR dari Blog!"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

10 June, 2009

Manohara didera - Fitnah atau realiti





MANOHARA menunjukkan telefon bimbit BlackBerry yang mempunyai gambar-gambar dia didera pada satu sidang akhbar di Jakarta malam kelmarin.



Isu hangat kes penderaan Manohara oleh kerabat diraja Kelantan menjadi isu hangat yang melibatkan dua negara. Sedangkan isu kononnya pencerobohan tentera Malaysia di Pulau Ambalat masih panas lagi.

Walau bagaimana pun kes dera Manohara menimbulkan pelbagai spekulasi dan keraguan lebih-lebih lagi selepas Manohara dikatakan berhibur di Pulau Bali selepas lari melalui Singapura.

Gambar Manohara dan bekas teman lelakinya yang bernama Ryan ketika di Singapura menjadi tandatanya sehingga dikata oleh blogger Indonesia sendiri kes Manohara seperti "drama".

Walau bagaimana oleh kerana kes ini menjadi kes Polis baik saya tidak berani komen apa-apa.











Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Cium ketiak pasangan





Bau ketiak pasangan anda adalah yang terbaik.....

Bau ketiak atau badan yang masam dan tengik mungkin merupakan sesuatu yang tidak selesa bagi sesetangah orang terutamanya wanita. Tapi percayalah bahawa bau badan lelaki merupakan bau lelaki yang sejati yang menjadi sesuatu yang "ingin" dihidu oleh kebanyakan wanita. Bau yang dikeluarkan oleh rongga peluh lelaki adalah bau asli yang boleh menarik dan menguja nafsu wanita. Ianya boleh merangsang nafsu berahi wanita. Minyak wangi lelaki yang paling mahal dan paling disukai wanita adalah dibuat dari esktrak bau badan lelaki. Ini adalah lerana bau semulajadi lelaki atau wanita adalah bau yang merangsangkan pasangannya. Bau ini adalah sebahagian dari penjodohan sesuai atau lebih popular disebut sebagai "chemistry".

Benarkah bau ketiak lelaki juga mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Blog Widget by LinkWithin