adsense

31 July, 2009

Pak Pandir pergi zoo





tip besarkan buah dada due 8 Sept





Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm... baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh... .itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"


"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Surat rasmi





tip besarkan buah dada due 8 Sept



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ..... Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki

"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Muka buruk





tip besarkan buah dada due 8 Sept



Walau macamana pun muka kita yang dijadikan oleh Allah Taala samada buruk ke hodoh ke janganlah merasa dizalimi kerana mesti ada hikmahnya Allah buatnya jadi gitu.

So sentiasalah bersukur dengan nikmat Allah, kepada yang mempunyai paras wajah yang kacak/cun berhati-hatilah kerana semakin banyak godaan yang diterima. Semoga kuat iman dan jangan jadi kufur nikmat.

Samada cantik atau buruk semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa boleh ditarik nikmat itu.

Ok tahukah anda binatang yang paling buruk wajahnya? Babi,tapir,cipan dan sewaktu dengannya? Oh tidak ada lagi yang lebih hodoh wajahnya macam binatang di bawah..

World’s Ugliest Animals

Lihat lagi world ugliest animals di blog STRANGE WORLD


"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Liana memalukan keluarga





tip besarkan buah dada due 8 Sept



"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.

"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."
"Nak bincang aper lagi? ... anak awak nie dah mengaku... ... issshhh... ... ." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.

Liana dah nekad apa terjadi... . jadilah... .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.

Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat... .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!... ... .. dia terbang .

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.
Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut... .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya... . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.

Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani... . dia dah boleh terbang...


"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Cium pipi ayah sebelum...





tip besarkan buah dada due 8 Sept




Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.

Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman.

BACA ARTIKEL PENUH




"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

30 July, 2009

I love you





tip besarkan buah dada due 8 Sept



Assalamualaikum wbt

Saya kasihan apabila beberapa rakan mengadu mereka belum mempunyai teman istimewa sedangkan sedang usia mereka memang molek benar untuk mendirikan rumah tangga. Tambah menghairankan mereka ni punya kelulusan yang agak baik, rupa pun ada.

Tapi paling saya kesian bila seorang teman telah putus tunangnya dengan seorang lelaki warga Uganda, padahal dah banyak tahun bercinta tuuu..

Bila saya fikir punya fikir, saya terjumpa sesuatu di internet.... Emm, mungkin ini adalah penyelesaiannya:
http://www.doapengasih.com

Oh, rupanya di dalam web ini bukan semata mata tentang hubungan cinta pasangan kekasih saja. Malah ia boleh diaplikasikan pada sesiapa saja yang ingin dikasihi, contohnya seorang pekerja yang ingin diberi perhatian oleh majikan, atau seseorang yang ingin sentiasa disenangi oleh temannya, atau apa saja subjek berkaitan cinta & kasih sayang, suma boleh.

Ringkasnya kandungan web ini adalah tentang bagaimana menjalin hubungan kasih sayang sesama insan.

Allah mempunyai 100 kasih, & satunya diberikan pada semua penduduk bumi untuk dikongsikan bersama oleh manusia, haiwan & makhluk lain. Dengan 1 kasih inilah kita saling menyayangi 1 sama lain, walaupun berbeza agama, bangsa, negara, dll. Tanpa kasih ini pastilah kuda akan memijak anaknya.

Maha suci Allah yang menciptakan segalanya.
http://www.doapengasih.com




"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"

"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

DAPATKAN REBET DENGAN SETIAP LITER MINYAK YANG ANDA IS





tip besarkan buah dada due 8 Sept





PROGRAM USAHAWAN RAKYAT SVR ( SHOPPING VOUCHER REWARDS)
DENGAN KERJASAMA 'PERSATUAN PELINGDUNGAN PENGGUNA MALAYSIA (KOPMA)'

Kepada Penguna Di Malaysia. Dapatkan rebate tunai dalam bentuk RM dari PETRONAS, GIANT, KAMDAR antara 1% hingga 5% setiap bulan dengan belian yang dibuat di Seluruh Petronas, Giant, Kamdar.

Atau Orang lain isi minyak anda dapat untung apabila anda menaja. Ini bermakna, anda akhirnya akan menggunakan minyak petronas (Petrol dan Diesel) secara percuma setiap hari. Anda tidak perlu fikir soal MLM, Direct Selling, Pairing, Flushing dan sebagainya.
MAKLUMAT LANJUT:-

Jangan tak klik --> http://svr-2u.blogspot.com



"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Ditemani lelaki kacak





tip besarkan buah dada due 8 Sept



Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

So... jangan tinggalkan Al-Quran. Kepada yang rajin membaca Al_Quran teruskanlah sampai ke akhir hayat, kepada sesiapa yang dah lama tak buka Al-Quran - jangan sampai Quran anda berhabuk/bersarang labah-labah atas almari tu dan kepada yang tidak tahu membaca Al-Quran tu pergilah mengaji jangan malu-malu kalau dah berusia. Yang dah pandai pun pergilah juga mengaji membetulkan tajwid kita


"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

Blog Widget by LinkWithin