adsense

29 January, 2008

Kes Video Linggam



TIM bantah Suruhanjaya teruskan prosiding secara tertutup
by greenboc



aKUALA LUMPUR, 28 Jan - Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam membantah tindakan Suruhanjaya DiRaja siasatan Pita Lingam yang mengambil keputusan untuk meneruskan prosiding dalam keadaan tertutup.


"Ia merupakan satu keputusan yang malang dari sudut ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban," katanya menurut laporan akhbar Sunday Star 27 Januari lalu.


Beliau berkata, isu yang menjadi bahan siasatan merupakan isu perhatian ramai, melibatkan perlantikan hakim dan integriti badan kehakiman.

Justeru katanya, keadilan mesti dapat dilihat dilakukan dalam hal ini.

Apabila ditanya tentang kepentingan untuk melindungi individu yang tidak bersalah daripada diseret dalam kancah kontroversi isu tersebut, Navaratnam berkata, dalam hal ini beliau yakin tentang kebijaksanaan ahli suruhanjaya yang ada untuk menentukan apa yang relevan dan apa yang tidak dalam prosiding terbuka.

"Jika soalan yang dikemukakan tidak kena, mereka boleh menghentikannya, atau jika jawapannya tidak relevan, ia boleh digugurkan. Itulah cara sebaiknya," kata beliau.

Pada 25 Januari lalu, Setiausaha Surahanjaya DiRaja siasatan Pita Lingam, Dato' Abdullah Sani Ab Hamid berkata suruhanjaya tersebut mengambil keputusan untuk meneruskan prosiding dalam keadaan tertutup.

Tindakan ini diambil katanya bagi mengelakkan keterangan yang diberikan dalam posiding disensasikan terlebih dahulu oleh media sebelum ia dapat ditentukan sama ada ia relevan atau sebaliknya. - mns

Pengemis penipu



Bukan di Malaysia

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS



A very good reminder to all of us inclusive myself...

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan,bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..Jangan marah,jangan upset..jangan fikir kita dah cukup tahu semua bende..Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN...Jadi selalu-selalu lah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi...Wallahhualam...

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.


Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ....
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda .. atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita .... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.






Kisah Cinta Aliyah



"Aliyah, abang minta izin untuk nikah seorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar
dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup
dengannya. abang faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta nak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin
yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah. bret bret... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak
sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
************ ********* *********

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, ia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, liyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula
anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang...Aliyah sayangkan abang...
Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang. Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang..tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah. Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


DENGAR AL-QURAN ONLINE



DENGAR AL-QURAN ONLINE :

Site yang amat bagus!!!! Sila sebarkan......

http://www.quranexplorer.com/

a.. select start
b.. klik kat surah indeks
c.. pilih surah mana2
d.. play.

Forward pada muslim yang lain. Satu site yg bagus untuk dikongsi!

Terima Kasih


28 January, 2008

Kapal Terbang Diraja Brunei



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Jaws menyerang!!!!



Selain idea kreatif giler arkitek, kepakaran Jurutera juga perlu untuk melaksanakannya. Dah hasilnya : superb!


Estranged Juara Anugerah Juara Lagu ke 22





Kemenangan buat anak muda yang tidak berapa dikenali yang tidak perlu menanggalkan baju dan beraksi gambar lucah untuk popular dengan lagunya Itu Kamu. Tahniah Estranged!

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 22:

1. Juara Lagu
Itu Kamu (Performer: Estranged/Composer: Estranged/Lyrics: Richael Lawrence)

2. Lagu Terbaik - Ballad
Izinku Pergi (Performer: Sahri {replacement for Kaer Azami}/Composer: Azlan Abu Hassan/Lyrics: Sulu Sarawak)

3. Lagu Terbaik - Pop Rock
Itu Kamu (Performer: Estranged/Composer: Estranged/Lyrics: Richael Lawrence)

4. Lagu Terbaik - Etnik Kreatif
Samudera (Performer: Nora/Composer: Johan Nawawi/Lyrics: Ahmad Fedtri Yahya)

5. Persembahan Terbaik
Mawi - Angan dan Sedar

6. Vokal Terbaik
Jaclyn Victor & Lah Ahmad(replacing Rio Febrians) - Ceritera Cinta

Hajah Siti Nurhaliza yang memakai tutup kepala(bukan tudung) yang tak menampakkan rambut (congrat)tak memenangi sebarang anugerah.

27 January, 2008

Meniru Semasa Periksa



suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

ayah:saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!

cikgu:betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.

ayah:ape buktinya?

cikgu:nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama:siapakah bapa kemerdekaan Malaysia?Niam dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

ayah:memanglah jawapan mereka sama.macam mana cikgu kata anak saya meniru?

cikgu:sabr encik.cuba encik lihatsoalan kedua.

ayah Niam melihat soalan kedua ada tahun berapakh negara kita mencapai kemerdekaan?sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama:31 ogos 1957.Ayah Niam sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga:siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

azim menulis:maaf,saya tak tahu

Naim menulis:kalu kau tak tahu aku lagi tak tahu!!

Bersyukurlah



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup?

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu?

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi?

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya?

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal?

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal??

Osama tinggalkan kemewahan kerana Islam



Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tidak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan harta berjuta-juta? Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Dan tidor diatas tanah dengan mereka. Padahal beliau mampu hidup dikelilingi kemewahan, dalam istana, bersama wanita-wanita cantik dan mampu menghawini gadis-gadis sunti yang perawan dan menawan. Masihkah kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati, Mati yang hanya sekali itu... Untuk siapakah mati kita? Dan ramai orang Islam termasuk cerdik pandai Islam sendiri termakan fitnah yang ditabur oleh barat dan Amerika, dengan mengambarkan beliau sebagai pengganas dan penganjur meletupkan diri, walhal falsafah dan perjuangan beliau adalah berteraskan Islam dengan mendokong pembelaan terhadap Islam dan pembebasan bumi Islam dari penjajah. Prinsip perjuangan beliau tidak pernah menganjurkan pengoboman berani mati dengan mensasarkan orang-orang awam Islam... tetapi sasaran adalah askar dan tentera penjajah dan tentera pro penjajah... Semoga Allah menjauhi kita dari sifat keji dan munafik dengan terpengaruh dengan dakyah musuh Islam lalu menghina dan mempersendakan pejuang agung ini...

KETIKA Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari perdagangan minyak pada tahun-tahun 1970-an, Muhammad bin Laden berhijrah dari Yaman dan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau memulakan sebuah perniagaan yang kemudiannya menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di Timur Tengah, Bin Laden Corporation. Syarikat ini terbabit dengan pembinaan jalanraya, bangunan, masjid, lapangan terbang dan lain-lain prasarana di kebanyakan negara-negara Timur Tengah. Osama adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam
kepada beliau.

Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan.

Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonan bantuan antarabangsa. Osama bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat Islam yang lemah menghadapi 'kuasa-besar' abad ke-20.

"Di dalam agama kita terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang menyertai jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa."

Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbangan sokongan. Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau juga telah merekabentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Sovier. Tidak lama kemudiaan, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan.

Kepada para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan.

Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur syahid. Walau bagaimanpun Osama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut dengan pertolongan Allah s.w.t.

"Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed, seorang pejuang Palestin yang menyertai jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan.

"Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau tetapi beliau juga memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab.
Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin Laden." Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi pada sekitar 1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Osama kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau dari jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah
dan perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan.

Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin Laden. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaaan dengan terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar 'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikuti beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana.

Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk kepala beliau. Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistaan, Bosnia, Yaman, Chechnya dan lain-lain tempat sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiyai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia.

Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah yang dianggap 'U.S. State Department' sebagai "seorang daripada penaja kewangan utama gerakan extrimis Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut pegawai ini, "Bin Laden adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan berkata, "Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka," dan beliau akan mendapat cek tersebut serta merta.

Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin membuat keputusan untuk bertindak.

Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama, dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh Osama bin Muhammad bin Laden. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang sama dengan bantuan Allah s.w.t yang telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengar kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan Saudi Arabia-bumi tanah haram" - Osama bin Laden.

Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkah kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati, Mati yang hanya sekali itu...Untuk siapakah mati kita?

Dan sehingga hari ini Osama terus berjuang untuk Islam dengan misi terkini mahu mengusir tentera NATO dan US dari Afghanistan dan tentera penjajah dari Iraq. Perjuangan tetap diteruskan. Mati syahid tetap beliau rindui.

Marilah kita panjatkan doa semoga perjuangan Osama Ladin ra.h beroleh kejayaan dan beliau akan mati dengan syhid yang sentiasa dirindui. Dan marilah kita sama-sama menangis, kerana kita tidak mampu mengorbankan kekayaan sepertinya dan berjuang untuk Islam sepertinya!!!

Tiada jutawan di zaman ini yang sanggup miskin di dunia kerana Islam, kecuali Osama..

Jangan terlalu memilih cinta



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......

TAMAT

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Funny elevator door



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Masukkan Jadual Majlis Ilmu Di myMasjid



Salam,

Semua warga masjid dan para pencinta ilmu, saudara-saudari sekalian
diminta memasukkan maklumat Majlis Ilmu (kuliah, syarahan, ceramah)
masjid berdekatan anda ke pengkalan data kalender myMasjid...kalau
rajin ler..

http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasukkan
maklumat. Ini adalah untuk memastikan maklumat yang dimasukkan dapat
dipertanggungjawabkan. Seterusnya maklumat ini akan disebarkan ke
dalam internet.

Sebarang bug .. cadangan .. soalan ... sila emel ke azrul.alwi@gmail.com

Sila sebarkan.

Sekian, terima masih

Rumah teres di Puchong Intan tepi highway LDP



UNTUK DI JUAL
Harganya RM170K boleh runding.
Keluasan 20' x 65'
4 bilik tidur 3 bilik air
Pagar / dapur telah renovate sambung hingga ke tepi longkang dan ada taman mini dibelakang rumah.
Dekat dengan KL, Shah Alam, Subang, Sunway dan juga Putra Jaya/Cyberjaya.

Jika berminat boleh hubungi admin isuhangat.

Tiada niat persenda - Yusof Haslam



Setelah diasak kritikal dan cemuhan, Datuk Yusof Haslam akhirnya tampil di dalam kenyataan akbar Metro 26/01/2008. Pernyataan memohon maaf berhubung drama Gerak Khas episod Syaitan Bertopeng.

Walaubagaimana pun, pernyataan maaf sahaja tidak mencukupi di atas ketidak prihatinan syarikat Skop Productions terhadap keluarga Jazimin serta polis. Ini kerana sebab-sebab yang dinyatakan sebelum ini pihak penerbit perlu dikenakan tindakan yang lebih wajar. (Rujuk http://isuhangat.blogspot.com/2008/01/drama-gerak-khas-syaitan-bertopeng.html)

Jika dibandingkan kesalahan yang dilakukan Faizal Tahir yang membuka baju di pentas, kesalahan yang dilakukan drama Gerak Khas adalah lebih berat. Seharusnya drama ini juga perlu digantung selama 3 bulan dan tindakan lain seperti saman daripada keluarga Jazimin.

"What should we do then? Let them make money and more money on the sufferings of other people and the same time taint the reputation of the victim's family?

I think both Yusof Haslam and RTM is just inviting suits to come their way. While we have not proceeded with any legal action on the slandering news reports and the distribution of autopsy pictures, this latest straw is making my blood boiling urging us to see our lawyer on the best action to take on all the now "three" matters. Are we wrong? Let us know!"

Jasni AJ http://nurinjazlin.blogspot.com/2008/01/case-solved-gerak-khas.html

Kalimah Allah di langit Kashmir



Kalimah Allah DI Kashmir


وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata) dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan. (QS. An-Nahl, 27:93)


Rabu lalu, seorang jurugambar (Showkat Nanda) wartawan telah menangkap beberapa keping gambar corak awan dilangit yang jarang kali dilihatnya dan menabjubkan dirinya ketika berada di utara bandar Kashmir. Gambar awan yang membentuk kalimah "ALLAH" itu dapat dilihat dengan jelas. "Apabila saya melihat kelangit, ada sesuatu yang unik yang boleh saya tangkap gambarnya. Saya lihat satu corak yang sukar untuk dipercayai iaitu awan yang membentuk perkataan ALLAH," kata² Showkat kepada wartawan IslamOnline.


"Saya benar² terperanjat. Saya memerhatikannya buat seketika dan teruskan dengan mengambil gambar bersama kamera saya."

Subhanallaah.. Subhanallaah.. Subhanallaah..

Suharto Meninggal Dunia



Suharto Mantan Presiden Indonesia Kedua, Suharto telah meninggal dunia pada pukul 2.10 waktu Malaysia hari ini. Beliau menjadi presiden Indonesia dari 1967 hingga ke 1998.

Antara jasa Allayarham Suharto semasa menjadi Presiden Indonesia ialah merapatkan hubungan dengan Malaysia setelah konfrantasi "Ganyang Malaysia" oleh Presiden Sukarno.

Alfatihah untuk Allayarham.

Weird Animal




25 January, 2008

Blog Widget by LinkWithin