adsense

30 July, 2008

Sepet






Cuma tengok gambar di bawah..apa yang anda dapat baca?

no sex

Tak jelas kan? Ok sekarang cuba anda sepetkan mata anda!

Huhuhu..

Keputusan Malaysia lawan Chelsea





Tahniah kepada pasukan Malaysia apabila dapat mengurangkan perbezaan gol dengan Chelsea apabila hanya tewas 0-2 kepada pasukan Blues itu.

Chelsea pada siri perlawanan persahabatan jelajah Asia telah menewaskan kelab dari China iaitu Guangzhou Pharmaceutical 4-0 dan Chengdu Blades 7-0 minggu lepas.

Pemain Selangor, Mohamad Amirulhadi Zainal hampir memeranjatkan pasukan Chelsea pada minit ketiga apabila tendangannya tersasar sedikit dari gawang gol Chelsea.

Gol Chelsea dijaringkan oleh Nicolas Anelka pada minit ke 27 dan pemain pertahanan, Ashley Cole pada minit ke 53.

Skuad Malaysia bangkit pada masa kedua namun tidak dapat memecahkan benteng Chelsea.
Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia!


MALAYSIA BOLEH!!



Technorati Tags:
, , , , ,

29 July, 2008

Lagi kesan minyak naik





Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bagaimana bolasepak dibuat










Click gambar untuk zoom

Peristiwa Israk Mikraj





Esok 30hb Julai bersamaan 27 Rejab adalah peristiwa bersejarah nbagi umat Islam di seluruh dunia kerana tarikh Nabi Muhammad SAW di angkat ke langit yang mana di panggil Israk dan Mikraj. Umat Islam adalah wajib mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Israk Mikraj, boleh download fail "Peristiwa Israk Mikraj" Di SINI <<<

Malaysia VS The Blues harap jangan kena belasah





VS

Di harap penyokong Chelsea ingat sikit semangat patriotik . Berilah sokongan padu kepada skuad Malaysia supaya tidak menjadi mangsa amukan Chelsea di Stadium Shah Alam malam ini. Di harap pemain Malaysia janganlah kagum sangat dengan skill pemain-pemain bertaraf dunia itu. Ingat sejarah bolasepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari pernah menembusi gawang gol skuad kebangsaan England pada era 70 an.

Malaysia Boleh!

Jangan jadik macam ni sudah:



Technorati Tags:
, , , , , ,

Proton Lotus APX






proton-mpv-baru
proton-mpv-baru

proton-mpv-baru

Sumber: kereta.info


Lawak Ganu





There was one family of terengganu people nak balik
raye and they were stuffed into one kancil. Seven of
the family members all together. So the mum said,

Mum: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Dad: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa
kampong.

Mum: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih.
kecik do'oh.

And then they were thinking and thinking of the
solution to their problem and how to make some space
in the car. Suddenly their youngest son shouted...

Son: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite
skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru
jadik 'LAPANG'... !!!

Lawak pendek - budak sekolah





Seperti biasa, Che'gu Fazirul nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Fazirul mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk"

Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah

Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Fakta kesihatan





USAP RAMBUT PUNCA RAMBUT GUGUR
Tahukah anda?
Mengusap rambut dengan tapak tangan punca rambut gugur. Ini disebabkan terdapat banyak kotoran di tapak tangan melekat ke rambut dan kulit kepala yang akan melemahkan akar umbi rambut sehingga menggugurkan rambut.


PENTINGNYA SARAPAN
Sarapan penting untuk kecergasan fikiran seseorang.Kajian ke atas pelajar Amerika membuktikan seramai 12 peratus pelajar yang tidak mengambil sarapan kurang tumpuan dalam akademik. Sarapan membekalkan zat makanan supaya otak boleh berfungsi dengan baik terutama bagi pelajar berusia 9 hingga 11 tahun.


CEGAH KAVITI PADA GIGI
50% hingga 60% kanak-kanak yang minum air mengandungi florida mempunyai gigi yang sihat kerana florida dibekalkan ke dalam dan permukaan gigi disamping mencegah kaviti. Penggunaan ubat gigi dan cecair kumur mulut yang mengandungi florida juga mencegah serangan kaviti terhadap gigi.

LEMBUTKAN KULIT TANGAN
Ambil sedikit tepung jagung dan dicampurkan ke dalam air suam. Kemudian,setelah anda selesai membuat semua kerja-kerja rumah yang berasaskan air,rendamkan tangan anda di dalam air tadi selama 5 minit.Cubalah selalu dan anda akan lihat hasilnya..

MENEGANG DAN HALUSKAN KULIT MUKA
Bagi wanita yang inginkan kulit muka yang cantik dan halus,caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mengambil bedak sejuk dan putih telur. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati. Sapukan pada kulit wajah setiap malam sebelum tidur. Selamat mencuba..

28 July, 2008

Apa itu SAKA





Download fail "Apa Itu Saka" Di SINI

Doktor Pusrawi Sahkan Saiful Tidak Diliwat (with med report)






From Malaysiakini
Pusrawi Medical Report

Pusrawi Medical Report

Kereta untuk jimat minyak







Petua tercekik tulang





Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he eh"-kataku. ..
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS:
1. sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!

2. Tak baik kenakan Mak sendiri..kalau kecil hati siapa yang susah? Tak cium bau syurga nanti.

Pakaian terakhir kita








Blog Widget by LinkWithin