adsense

27 November, 2008

Business card kreatif





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!




Business card di atas adalah business card pejabat peguam penceraian. Jangan ingat lambang Barisan Nasional kena koyak pulak... kang kena ISA. huhuhu.



Layannn Strange Pictures untuk koleksi business card kreatif yang lain

Seram pulak tengok muka Ella





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!





Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!



Assalammualaikum. .......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ......either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan.... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .......makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..


Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Penurunan Kadar Caruman KWSP Sebanyak 3 Peratus Bermula Januari 2009





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Soalan Lazim Berkaitan Penurunan Kadar Caruman KWSP Sebanyak 3 Peratus Bermula Januari 2009:

Adakah perlaksanaan kadar baru caruman ini dibuat secara automatik?

Ya. Kadar caruman berkanun/wajib bagi caruman syer pekerja akan diturunkan secara automatik daripada 11% kepada 8% selama 2 tahun berkuatkuasa mulai gaji bulan Januari 2009 hingga gaji bulan Disember 2010.

Perlukah saya membuat permohonan jika ingin mengekalkan caruman pada kadar 11%?

Ya. Anda perlu mengisi Borang KWSP 17A (AHL) untuk diserahkan kepada majikan anda. Majikan anda akan menterahkan borang anda tersebut ke KWSP.

Download Q&A penuh:-




Pantun untuk orang bercinta





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Bercinta jangan sampai tak ingat...



Nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?//
entahlah... .. x tau lagi... .

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran... .pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

Baca pantun penuh di ARTIKEL HANGAT

26 November, 2008

Kisah orang Vietnam





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Sekarang ni orang Vietnam memang dah ramai kat Malaysia. Pagi tadi baru borak-borak dengan member pasal diaorang ni. Member yang pernah bekerja di sana menceritakan perangai orang Vietnam ni. Mungkin pelik bagi kita tapi perkara lumrah bagi mereka kerana dah budaya diaorang. Mungkin budaya kita yang pelik pula pada diaorang ya tak? Antara yang pelik orang Vietnam ni;

1. Kawan tu menyewa rumah 5 tingkat tetapi satu tingkat satu bilik je. Tingkat satu - dapur, tingkat dua - hall, tingkat tiga - bilik pertama dan seterusnya.

2. Setiap orang asing diwajibkan mengambil orangg tempatan Vietnam sebagai pembantu rumah dan diwajibkan bawa diaorang walau ke kedai runcit. Kena belanja la tu..

3. Dasar pemerintahan Vietnam adalah demokrasi tapi stail komunis masih dijalankan.

4. Penagih dadah yang ditangkap kali ketiga akan dihukum tembak.

5. Orang Vietnam ni berani-berani dan menggunakan otak, sebab tu diaorang menang dengan Amerika pada perang dahulu. Askar Amerika dilemahkan dengan dadah dan perempuan.

6. Setiap haiwan yang tulang belakang menghadap ke langit - boleh dimakan. Sebab tu anjing ke kucing, cicak pun diaorang makan.

7. Orang Vietnam tak layan Bahasa Inggeris.

Di bawah ialah fenomena biasa di Vietnam.. ala-ala sarkis gitu...



Untuk lain-lain gambar boleh didapati di STRANGE PICTURES - only in Vietnam!

6 pekara akibat banyak makan





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?" Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."

Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-

1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.

2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.

3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.

4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.

5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.

Wallahualam


*gambar hiasan

Kelebihan air zam-zam





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Menurut cerita ustazah aku, air zam-zam ni takkan kering sehingga hari kiamat. Ini adalah salah satu petanda keagungan Allah..

Antara kelebihan air zam-zam (berlaku dengan izinNya)
1) Boleh sembuhkan pelbagai penyakit
2) Diberkati dan mengenyangkan peminumnya
3) Mampu mengurniakan hajat peminumnya
4) Permata air syurga
5) Menambah kekuatan badan
6) Air yang dipilih untuk memebersihkan hati Rasulullah beberapa kali

Wallahualam

Koleksi Lawak Pendek





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

NAMAKU

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya.. Guru : "Kamu ni murid baru kan ?" Murid : " Ya.. cikgu" Guru : "Nama kamu siapa?" Murid : "Man" Guru : "Nama panjang kamu?" Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn nnnnnnnnn.. cikgu"
__________________________________________________________

DIET

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet. Doktor berkata kepadanya... "Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong... " Lelaki menjawab... "Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"
__________________________________________________________

PERKAHWINAN KERABAT

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah... . Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?" Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.. "Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja... .. Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama... . sedangkan awak bukan kerabat saya Khairul... ."

__________________________________________________________

TEKA AYAM

Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?" Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku baw a ini akan aku kasi pada mu!" Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"

25 November, 2008

Ikan pari gergasi





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!



Klik stranges world untuk gambar lain.

HATI SEORANG WANITA





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .
CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .
HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .
IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .
KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .
PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .
MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .
EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .
CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

Durian VS Belimbing





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!



Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku".

Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu"

Mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka"

Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.

Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku
beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya.

Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi.

Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut

"Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku... "



Moral : Jangan suka mencabar tanpa usul periksa.

Back To School - Mari bantu anak-anak yatim untuk kembali ke sekolah





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!


Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Seperti tahun-tahun yang lepas Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan menaja pakaian seragam sekolah dan keperluan-keperluan lain untuk sesi persekolahan 2009 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Pada tahun ini pihak Yayasan akan menaja 200 orang anak-anak yatim, miskin & terbiar dari 6 buah rumah jagaan seperti berikut :

1. Rumah Jagaan Nurhikmah , Kajang, Selangor 40 org
2. Asrama Nurul Iman, Manjoi, Perak 30 org
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, KL 55 org
4. Asrama Qanaah, Tmn Greenwood, Gombak,KL 20 org
5. Pondok Penyayang Raudah , Bt 11, Gombak 30 org
6. Pusat Jagaan Sri Sabah , Kuala Lumpur 25 0rg

Jumlah keseluruhan ialah 200 org

Anggaran kos bagi setiap anak ialah RM100.00

Jumlah yang diperlukan ialah RM20,000.00 (Dua puloh ribu)

Sehubungan dengan itu kami merayu bantuan dari orang ramai dan badan-badan korporat serta NGO untuk membantu kami mengumpul dana untuk tujuan tersebut.

Terdapat EMPAT cara untuk menyumbang untuk program ini :

1.Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.
2. Sumbangan melalui cek / money order atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH 564306010610 (Maybank) dan diposkan ke alamat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
3.MELALUI CIMB ONLINE
Caranya ialah :
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit

4. Menghubungi kami di talian 03-87332411 (waktu pejabat) atau 012-2968649 (En. Fadzil) jika anda ingin membawa anak-anak tersebut pergi membeli-belah keperluan persekolahan mereka.

Keperihatinan anda sangat-sangat kami hargai dan kami sanjung tinggi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Keutamaan memelihara anak yatim
1. Menjadi teman Rasulullah SAW di syurga
2. Dihindarkan dari musibah
3. Menjadikan rizqi berkah dan bertambah
4. Diberikan jalan keluar dari permasalahannya
5. Dimudahkan urusan-urusannya
6. Menimbulkan sifat lemah lembut dan kasih sayang
7. Sebagai jalan menuju husnul khatimah
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon :03-87332411
Fax :03-87332967
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my
Blog Widget by LinkWithin