adsense

07 August, 2008

Assalamualaikum...ada orang tak?












Technorati Tags:
, , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Safety Alert







2 artikel safety untuk dimuat turun:

1. Safety Alert - Mobile Phone Exploded inside Car<<

2. Safety belt please<<

Laporan Mercedes Vs Perdana V6







VS

Download fail berkenaan, power point >Di SINI<




Technorati Tags:
, , , , , , , , , , , , , , ,

Debat antara Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng







Debat Koh Tsu Koon Dan Lim Guan Eng Pada 20 Ogos

VS
Satu lagi debat menarik dijangka dijalankan di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur antara pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkenaan isu-isu semasa pada 20 Ogos ini.

Jurucakap parti Gerakan memberitahu Bernama bahawa debat anjuran portal berita, Agenda Daily yang dijangka dipanaskan dengan menyentuh isu-isu semasa terutama Pulau Pinang, merupakan kali kedua antara Koh dan Lim.

Ia pernah diadakan 10 tahun lalu ketika kedua-dua mereka merupakan pemimpin pemuda parti masing-masing.

Katanya portal berita itu sedang menyediakan format, lokasi dan tema debat, yang telah diperkatakan sejak minggu lepas.

"Beliau (Koh) telah memutuskan sebentar tadi untuk mengadakan debat itu. Beliau sangat teruja untuk berhadapan dengan Lim, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP," katanya.

Katanya tarikh itu telah disahkan, tetapi belum lagi diketahui sama ada ditetapkan sebatang syarat lain.

"Lim telah bercakap kepada media terlalu banyak dan telah mengelirukan rakyat. Sekarang, ini peluang Gerakan itu bertindakbalas terhadap propaganda DAP," katanya, sambil menambah bahawa anggota-anggota Gerakan juga teruja dan memberi sokongan kepada sepenuhnya tindakan Koh untuk berdebat dengan Lim.

"Kami akan membiarkan orang ramai untuk memutuskan sama ada Lim hanyalah tin kosong yang sekadar membuat bunyi bising," katanya.

Baru-baru ini, Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mencabar Lim untuk berdebat mengenai dakwaan isu penyelewengan tanah jika Lim membuat cabaran secara rasmi.


Technorati Tags:
, , , , , , , , , , , , , ,

Pilihanraya kecil Permatang Pauh








Permatang Pauh: Penamaan Calon 16 Ogos, Pengundian 26 Ogos

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 16 Ogos dan jika ada pertandingan, pengundian pada 26 Ogos ini.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388.

Kerusi itu juga pernah diwakili oleh Anwar semasa beliau masih dalam Umno.


Technorati Tags:
, , , , , , , , ,

Panas - Nurul Izzah buka tudung







Sebelum buka..



Selepas ..










Nurul Izzah buka tudung tupperware la....ho ho ho


Technorati Tags:
, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kelakar - Mary







Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar... ..tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk... .PANG!!... .diketuknya atas kepala si suami... ..si suami yg
terpinga2... ..bertanya... ..

"Aper hal ngan awak nih... .kenapa awak ketuk kepala saya??... .si isteri pun menjawap... ."nah! awak tengok nih... .sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama... .'Mary'... .si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary... .dgn tenang si suami menjawab... . ooo... .itu nama kuda yg saya bertaruh semalam... ..namanya Mary... ..si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur... ..

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu... . PANG!!!... .kali ini dengan lebih kuat lagi!... .si suami pun bertanya... .aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih ... dengan selamba..si isteri menjawap... ."kuda awak telefon!!"... ..

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat

Gajah dalam cawan







SUATU HARI SEORANG LELAKI SEDANG MINUM DI SEBUAH KEDAI KOPI SEORANG MAMAK. Tiba2 lelaki tu terkejut lalu memanggil mamak. Mamak dengan pantas tiba dimeja lelaki. "Hei... mamak mengapa dalam kopi aku ni ada lalat?" Mamak terkebil-kebil lalu menjawab.."Awak bayar harga secawan kopi satu ringgit lima puluh sen saja, takkan awak mahu gajah pulak dalam cawan awak!". Lelaki tu garu kepala... ..serba salah..



MENOLONG ORANG YG TENGAH NAZAK







MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN

Masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin , dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa ila ha illallah'lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir..

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan den gan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

Panjang2kanlah artikel ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama.

Wallahualam

06 August, 2008

Komputer punya kerja







Yang tak berapa nak cantik pun boleh nampak cantik, lepas tu upload kat myspace huhu


SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PUM










SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
PERSATUAN ULAMA̢۪ MALAYSIA



TEMA
Menangani Pemikiran Islam Liberal di Malaysia

ANJURAN
Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
&
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

TARIKH
23 dan 24 Ogos 2008 / 21 dan 22 Syaaban 1429

TEMPAT
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi.


Selengkapnya sila lawat blog:-
http://seminarliberal2008.wordpress.com/

Khinzir halal di Singapura







Kesian melihat umat Islam sekarang ni. Bukan di Singapura jer kat Malaysia pun kita wajib berhati-hati membeli makanan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lawak pendek - balik cepat







Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."
Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat..lalu disuruh pulang... "
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"
Blog Widget by LinkWithin