Ribuan Terima Kasih |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!



Saya mendapat email yang bertajuk "Ribuan Terima Kasih". Di dalam email tersebut tiada apa-apa kandungan hanya di attach gambar seperti di bawah:

Apabila saya membaca saya rasa amat terperanjat kerana gambar tersebut yang bertajuk ribuan terima kasih yang ditujukan kepada sami di Thailand kerana membantu beliau memenangi nombor ekor Magnum tempat pertama.

Dari wajah lelaki tersebut dan disebut namanya sebagai Azari, menunjukkan beliau seorang Melayu Islam. Saya pasti ayat-ayat ini dicipta khas untuk orang Melayu supaya membuat kerja yang melanggar peraturan Islam iaitu bermain judi dan bertilik nasib.

Lagi memeranjatkan ia ayat-ayat di bawah:
"Setelah acara sembahyang dibuat untuk meningkatkan nasib saya, beliau berjaya menolong syaa memenangi hadiah pertama. Dengan duit yang banyak itu saya mula melabur dan belajar membuat perniagaan dan akhirnya hidup bahagia sekarang dengan keluarga saya" Jelas perkara syirik nauzubillah di buat.

Di bawah sekali di letakkan no handphone untuk di hubungi. Pada pandangan saya, nombor tersebut bukanlah no HP Azari tetapi no HP broker kepada Sami Siam ini untuk menyelewengkan akidah orang Islam dan cerita pasal Azari ini hanyalah rekaan semata-mata untuk mengaburi pandangan orang Islam.

Berwaspadalah sahabat-sahabat, bermacam cara musuh Islam untuk menyesatkan kita. Jika dahulu melalui cara pos, kini mereka menyampaikan iklan melalui email pula!

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates