adsense

28 November, 2008

Babak ciuman lesbian buat Yana gelisah



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

FILEM arus perdana pertama arahan James Lee, Histeria, sememangnya memberikan impak yang cukup besar buat salah seorang pelakon muda yang membintangi filem seram terbitan Tayangan Unggul itu, iaitu Norliana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya, Yana.

Bukan saja kali pertama diberi peluang memegang antara watak penting di dalam filem, malah adegan 'berani mati' yang membabitkan wataknya bersama seorang lagi pelakon filem tersebut, Scha juga membuatkan Yana resah menantikan reaksi penonton kelak.

Babak ciuman gadis lesbian bernama Zeta yang dilakonkan oleh Yana dengan karektor Alissa lakonan Scha itu dijangka akan 'memanaskan' panggung apabila filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 18 Disember depan.

Apa yang pasti, babak itu telah pun diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan lantaran itu, kata Yana, dia yakin adegan tersebut tidak perlu dijadikan satu isu apatah lagi LPF sendiri yang meluluskannya.

"Sebenarnya, kami hanya 'bersentuh' bibir...bukan benar-benar bercium dan babak itu pun hanya beberapa saat. Tetapi, apa yang boleh saya katakan, watak Zeta ini memang benar-benar mencabar emosi saya," tutur penuntut jurusan perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini."


Yana (kiri) bersama dua pelakon filem Histeria, Ainul Aishah (tengah) dan Scha

Menurut pengarah filem Selamat Pagi Cinta ini, pada awalnya dia dan Scha sangat kekok kerana menyangkakan itu hanya gurauan daripada pengarah.

"Tetapi nasib baik Scha juga 'sporting' dan adegan itu berjaya diselesaikan dalam dua 'take' saja. Apapun, babak itu bukannya dalam aksi ciuman yang mengghairahkan.

Sumber:mstar online

P/s : Hebatnya anak Melayu beragama Islam...

1 comment:

Unknown said...

what are we heading to??
why are we getting worse every single day?

Blog Widget by LinkWithin