adsense

25 May, 2009

Penjenayah belah perut sendiri





Sumber: Metro

JASIN: “Penjenayah terbabit mungkin mengamalkan ilmu hitam apabila sengaja membelah perutnya sepanjang sejengkal sambil menunjukkan isi perut sebelum pulih semula sebaik digosok menyebabkan saya tak berani bertindak kerana bimbangkan nyawa keluarga.

Menurut Saffuat, lelaki terbabit yang memecah masuk rumahnya di kawasan ladang sawit Kampung Jambatan Lantai, Air Baruk, dekat sini, menerusi bilik air mengugut membawa anaknya, Norshazwa Hanis, 5, sebagai tebusan.

Ketika itu, hatinya tidak sedap lalu berunding dengan penjenayah berkenaan sambil menawarkan diri dengan memberi alasan Norshazwa akan menangis jika dibawa orang tidak dikenali hingga menarik perhatian.

“Penjenayah itu termakan alasan saya lalu mengikat tangan dan kaki saya sebelum membawa saya keluar dari pintu depan rumah menuju ke kawasan hutan berhampiran.

“Sepanjang berjalan, dia bersikap agresif dengan memeluk erat saya sambil meletakkan parang di leher sebaik menyedari kehadiran anggota polis sambil mengacu senapang dipegangnya.

“Tetapi, sebaik sampai di kawasan yang mempunyai parit, penjenayah itu melepaskan tembakan ke arah polis. Saya kemudian menjatuhkan badan sebelum mendengar beberapa das tembakan dilepaskan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Bemban, dekat sini, semalam.

Metro Ahad semalam melaporkan seorang penjenayah ganas warga Indonesia bersenjatakan selaras senapang patah dan parang ditembak mati selepas menculik satu keluarga lima beranak.

"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

3 comments:

CracKerzisme said...

dasar indon x sedar diri. datang merempat negara orang buat haramjadah... buat jenayah merosakkan negara. berambus la baik... ape tunggu lg, buat la sesuatu wahai kerajaan yg berkebajikan!!! kami dah x tahan dgr jenayah...

malia said...

saya setuju dgn crackerzisme.....dtg negara kita banyak buat hal...lelaki pompuan indon sama ja...

malia said...

saya setuju dgn crackerzisme.....dtg negara kita banyak buat hal...lelaki pompuan indon sama ja...

Blog Widget by LinkWithin