ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
24 May, 2009
Altantuya akan ke Manik Urai
PM DS Najib telah mengumumkan akan bertanding dan sedang membuat persediaan awal untuk bertanding pilihanraya kecil DUN Manik Urai, Kelantan.
Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai dari PAS, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II kelmarin kerana sakit jantung menyebabkan kerusi DUN kosong.
Nampaknya BN begitu semangat pula untuk masuk gelanggang Manik Urai. Setelah tewas 4 kali dan menang sekali PRK dalam pasca PRU 12 ke PRU 13. BN tewas pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan menang di Batang Air, Sarawak.
Pada PRK Penanti, BN tidak bertanding melihatkan calon PKR akan berentap dengan tiga calon bebas dengan alasan PRU tersebut tidak perlu dan hanya mainan taktik pembangkang. BN tidak merasa kempunan melepaskan kerusi tersebut sedangkan kebiasaannya kerusi DUN dan Parlimen menjadi rebutan sehingga kes berlaku lompat melompat parti.
Kini giliran peniaga Manik urai pula buat duit. Tidak dapat dinafikan setiap kali PRK diadakan tentu akan menjana ekonomi penduduk setempat DUN tersebut atau pun mendapat "habuan segera". Jangan lupa sedekah Al-fatihah kepada arwah YB Ismail Yaacob.
Saya tidak maksudkan habuan segera itu adalah hulur kain batik, basikal dan sebagainya tetapi habuan yang dimaksudkan ialah para peniaga akan mendapat keuntungan berlipat ganda apabila berpuluh ribu penduduk dari tempat lain yang menyokong kedua-dua belah pihak menyokong parti masing-masing untuk berkempen.
Pilihanraya kecil juga seperti kempen menarik pelancong. Ramai juga yang mengambil peluang melancong secara 'free' tetapi ada yang pakai guna duit sendiri demi parti dan perjuangan dalam satu-satu PRU.
Rasanya penyokong-penyokong PR akan muncul berkempen dengan topeng Atantuya seperti di Bukit Gantang. Adakah pihak berkuasa akan membuat larangan dilarang memakai topeng kes yang masih tak pasti samada masih dalam proses rayuan di Mahkamah. Nasib baik wajah real Sirul dan Azilah tiada kalau tidak mungkin mereka pun mungkin "berjalan-jalan" di Manik urai.
Beginilah dalam mana-mana pilihanraya, masing-masing mempunyai strategi tersendiri dengan gaya kreatif masing-masing. Selain dari untuk memenangi hati pengundi, tindakan-tindakan sebegini mungkin bersifat provokasi kepada pihak lawan.
Awas! Altantuya akan "menghantui" Manik Urai pula.
"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"
"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
andai kematian mendiang adalah fitnah dan propaganda untuk menjatuhkan DS Najib semata-mata, sama-samalah kita tanggung dosa di akhirat nanti.
banyak persoalan pembunuhan altantuya tertumpu kepada Najib,,,,
rasa-rasanya kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan altantuya pasti juga akan menuding jari ke najib...
kalau betullah si najib yg bunuh, terima lah balasan di akhirat nanti....
hadoi.. ada gak topeng gitu yer.. hahah
Post a Comment