adsense

29 September, 2008

Panorama yang jarang dilihat di jalan raya





Kancil tu minyak habis, so motor kapcai tu tolong tolak sampai petrol pump. huhu

Ni pulak adalah cara kreatif nak elak kereta dicuri.

Klik Hot Pictures untuk melihat koleksi gambar penuh panorama yang jarang kita lihat.

Bahaya pinggan-mangkuk daripada MELAMINE





Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan k ita , terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh ber ita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Memahami masalah Fiqh





Jika ada masalah fiqh, sila layari blog-blog ustaz di bawah

http://fiqh-am.blogspot.com/
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
http://nasihah-addin.blogspot.com/
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/

Anaconda





Anaconda yang tak sempat beraya di Sri Langka. Yang bestnya, apabila dibelah perutnya ada banyak lagi anak-anak dia, kalau lah dapat membesar... Di Malaysia agak-agak ada tak nate ni?





Klik Stranges World untuk koleksi gambar penuh

Amy Search disaman







Amy Search disaman 3 juta oleh kanak-kanak berumur 3 tahun Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir menyaman Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman selaku pemilik Restoran Laksamana Cheng Ho kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur akibat terkena tumpahan kuah tomyam panas.

Nik Muhammad Zakwan memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris, 31, dan menuntut ganti rugi sebanyak RM300,000.

Berkata kepada Kosmo, Amy Search menganggap saman tersebut adalah cabaran Ramadhan baginya.

Keputusan penuh F1 di Singapura





Formula One di Singapura sudah tamat. Sebenarnya apa yang menarik di F1 Singapore ialah perlumbaan F1 pertama dalam sejarah di buat pada waktu malam.



Ramai pelumba mengatakan litar Formula One Singapura adalah agak sempit tetapi amat hebat.

Keputusan F1 Singapura:

1 Fernando Alonso Renault
2 Nico Rosberg Williams-Toyota
3 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
4 Timo Glock Toyota
5 Sebastian Vettel STR-Ferrari
6 Nick Heidfeld BMW Sauber
7 David Coulthard Red Bull-Renault
8 Kazuki Nakajima Williams-Toyota
9 Jenson Button Honda 61
10 Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes
11 Robert Kubica BMW Sauber
12 Sebastien Bourdais STR-Ferrari
13 Felipe Massa Ferrari
14 Giancarlo Fisichella Force India-Ferrari
15 Kimi Räikkönen Ferrari

Yang tak menghabiskan perlumbaan

Jarno Trulli Toyota - Hydraulics
Adrian Sutil Force India-Ferrari - Accident
Mark Webber Red Bull-Renault - Transmission
Rubens Barrichello Honda - Engine
Nelsinho Piquet Renault - Accident

Petua Jadi Jutawan





PETUA-PETUA JADI KAYA:

1. Ada simpanan yang tidak diusik.
Buka satu akaun bank. Tiap-tiap minggu, masukkan duit ke dalam akaun tersebut. Sedikit pun tak mengapa. Yang penting, JANGAN USIK DUIT ITU. Sebaiknya, masukkan duit menggunakan mesin Cash Deposit dan jangan periksa baki. Selepas beberapa tahun, duit tersebut akan banyak.

2. Berniaga & Berpersatuan
Berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW. Beza orang Melayu berniaga dan orang Cina berniaga ialah ramai Melayu berniaga secara individu sedangkan Cina aktif dengan persatuan. Orang Melayu saling jatuh-menjatuhkan dalam berniaga sedangkan orang Cina saling bantu-membantu. Lihat saja kedai handphone kat pasaraya, banyak tapi bantu-membantu.

Kenapa Melayu Islam, Cina Kafir?? Pernah fikir tak? Dulu, Melayu dan raja-raja Melayu masuk Islam kerana kagum tengok pedagang-pedagang Arab yang Islam hidup kaya dan penuh keadilan. Sekarang, orang Melayu ramai miskin banding Cina. Kenapa? Enggan berniaga dan tidak bersabar..

3. Mesti minat
Kalau anda nak jadi kaya, anda mesti seronok dengan kerja yang anda buat. Bill Gates pernah kata, kalau tak jadi jutawan pun saya akan kerja buat software kerana saya enjoy dengan kerja ini. Tanam minat dan pastikan anda enjoy dengan kerja anda.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat

28 September, 2008

Ribut di Amerika





Ala-ala Tsunami

Klik Hot Pictures Collection untuk koleksi gambar



Lawak pendek - polis dan perompak





Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.

Polis: Jangan bergerak!!!!
Perompak: ok...ok...
Polis: Angkat tangan!!!!!
Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat tangan?
Polis: @#$%&!*(bengang)

Resepi Ayam Goreng Rempah Tak Kunjung Tiba





Resepi berbuka puasa kita hari ini ialah AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA



Bahan-bahan nya ialah:
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?)
-kicap jalen(hah yg nie mmg ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
-lagi korang tanya lah kat mak anda..

Ok cara-caranya plak;

Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.Kalau tok imam sibuk ajk masjid pun boleh juga dan bukannya Ah Chong yg buka kedai repair basikal belakang rumah anda.

Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan org di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda krem.

Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.

Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.

Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.

Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.

Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.

Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bil-bila.Tapi saya tak janji tau..

27 September, 2008

Teka-teki lawak





Teta teki lawak sempena "mood raya" ni..betul ke produktiviti kurang masa dah last-last Ramadhan ni? lu fikir la sendiri..

1.Ada seekor monyet dikejar seekor harimau. Monyet ini memanjatlah satu pokok ni. Bila dah sampai half-way, rupa-rupanya ada seekor ular sawa kat atas pokok tu. Camna monyet tersebut ingin menyelamatkan dirinya?

2.Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?

3.Buta apakah yang boleh nampak?

4.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?

5.Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?

6.Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?

7.Kenapa idung lembu berair?

8.Burung apakah yang paling penyayang?

9.Kenderaan apakah yang paling tua di dunia?

10.Lembu apakah yang selalu dicari?

11.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?

12.Bom apakah yang tak pernah meletup?

13.Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta? fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir...

jawapannya adalah seperti berikut...dah agak dah ko mesti terus scroll down.

1.tak payah korang pikir camna monyet tu nak selamatkan dirinya, banyak lagi masalah korang kena pikir... umpamanya mana nak carik duit cover belanja raya ni

2.air hitam.

3.buta hati & buta perut.

4.ikan kembung.

5.michael jackson.

6.singapura.

7.lembu tak tahu kesat idung dengan tisu... lagi satu bau tuan dia...

8.burung belatuk... sebab dia bela atuk.

9.motosikal & basikal... sebab dia ada tongkat.

10.lembu yang hilang.

11.kentut.

12.bomba & kuih bom.

13.teksi

Ucapan-ucapan Selamat Hari Raya





Kepada sesiapa yang ketandusan idea ucapan selamat hari raya pada email , sms etc , saya bagi klu sikit ( update dari masa ke semasa) , jemulah dengar perkataan email/sms pengganti diri :) :

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======

______________________________

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Saya mohon maaf zahir dan batin....

______________________________

Mohon maaf atas lisan yg tak terjaga....
Janji yang terabaikan....
Hati yang berprasangka & .....
Sikap yang pernah menyakitkan....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

______________________________

Selamat MeYambut Lebaran

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

______________________________

Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

______________________________

Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

Kisah sudu dan benang pelayan restoran





Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Wife hilang





Pada satu petang Ramadhan , Ajoi pergi ke Angsana dgn wife dia untuk shopping baju raya, Wife dia pergi ke bahagian wanita, Ajoi gi tengok2 bahagian kanak-kanak sebelah tu je.

Entah macam mana, Ajoi terjumpa Anggut (kawan Ajoi),
sembang2 la kejap pasal lama tak jumpa. Then Anggut pun blah, gi survey kasut kat Al-Ikhsan, Ajoi pun cari le wife dia. cari punya la cari, tak jumpa.

Then Ajoi nampak 1 salesgirl yg cun gila kat bahagian jual rokok tu. then dia pergi ke arah salesgirl tu.
"Assalamualaikum , Wife saya hilang, boleh saya bersembang dgn awak dlm lebih kurang 5 minit"
kata Ajoi ke salesgirl cun tu. "Apasal pulak ?" salesgirl tu tertanya2.Ajoi jawap... .
"Tak tau la, tiap kali saya cakap dgn pompuan cantik, wife saya muncul je"

Lagi Isu Skandal Susu China






Lampiran 1 Fakta-fakta Mengenai Susu&Hasilan Susu Dari China.pdf

Laporan Penyitaan Dan Keputusan Makmal Tercemar Dengan_Melamine.pdf

Senarai Produk yang Tidak Terlibat dengan Pencemaran Melamine.pdf


Klik link utk download

Ecard Hari Raya





Berikut adalah senarai website yang menyediakan perkhidmatan menghantar kad raya online melalui email. Semoga bergumbira...raya ni mesti dapat sms yang berbunyi gini: sms pengganti diri....

1. Hearsincards

2. 123greeting

3. Harirayapuasa.com

4. Sabahnet

5. eonent

6. mi.com

Food Art





Takde idea nak design kuih raya baru...jemu dengan kuih sampan? Lihatlah bagaimana diaorang menggunakan daya kreativiti membuat seni makanan ..tapi berselera ke nak makan? huhu





Klik Stranges World untuk koleksi penuh gambar
Blog Widget by LinkWithin