ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
31 December, 2008
Kisah Mat Rock Kapak
Black, nama samaran yang diberikan pada members rock yang selalu lepak di Larkin Flat. Selalu rockers ini akan berkumpul ramai ramai dan ditemankan gitar tong. Biasa lah.. kalau dah bercampur,salah satu ada perangai macam setan.
Black mula terpengaruh dengan ganja. Nak diikutkan, Black ni budak baik.. tapi semenjak dia dah berjinak-jinak dengan drug ni, dia semakin liar. Selalu mata dia kuyu semacam aja, kalau dia tongkat dengan lidi mancis, mungkin patah lidi tu. Di pendek kan cerita, satu petang bila Black dah "pekena" dia pun kata kat geng-geng dia "Wa mau naik atas kat rumah wa, nanti wa turun lagi".
Black pun naik lif dan terus tekan butang tingkat 15. Masa tengah jalan kat koridor menuju rumah dia, Black terdengar ada suara memanggil dia. Black toleh ke belakang tapi satu ekor bayang pun tak ada. Dengan mata serta muka dia yang dah "high" dia jenguk pula ke bawah!
Perasan dia, dia nampak ada satu minah cun gila lambai-lambai dari bawah blok. ntah macam mana, Black tiba-tiba panjat tembok kat koridor tu sambil balas lambaian minah yang dia nampak dibawah tadi. Tak diduga, Black terjatuh dari tingkat 15. "Gedebuk!" (rasa-rasa macam tu lah sound effect kalau orang jatuh dari flat).
Members dia yang masih dibawah blok terperanjat berok bila diorang kenal orang yang jatuh. "Oiiiiiiii.. Black lah jatuh!!" "Eh!... . dia masih hidup lah!" Salah satu members Jack dengan pantas talipon Polis.Tak sampai 10 minit Polis dengan Ambulance pun datang kat tempat kejadian tu. Polis dengan ambulance attendance pun heran macam mana Black boleh survive.
Setelah Black di angkat kedalam ambulance, Black sempat mintak air dengan ambulance attendance. Masa memberi air, attendance tu pun tanya kat Jack... "Macam mana kau boleh survive jatuh dari tingkat 15?" Dengar muka Sardine dan yang masih stim tu lagi, Black jawap... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..
vvvvvvvvvvvvv
vvvvvvvvvvv
vvvvvvvvv
vvvvvvv
vvvvv
vvv
v
.
"ROCK WILL NEVER DIE!!!!!!!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment