adsense

25 March, 2009

Kefakiran boleh membawa kekufuran

duit survey

pinjam duit

Hampir tukar agama kerana jiran
ZAKARIA memeluk erat Nik Ibrahim (tengah) setelah diberi kesedaran mengenai niatnya untuk bertukar agama sambil diperhatikan Pengurus Pusat Kutipan Zakat Kuantan, Halidan Md. Daud di Kuantan semalam.

KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air.

Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan.

"Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu.

Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasi rumah jiran.

Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan.

Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluarga dan menyekolahkan empat anaknya.

Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan.

Sumber: Kosmo

KURSUS TERNAKAN KETAM (MASA TERHAD)

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!

Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

4 comments:

Rohani said...

Salam,

Walau seberat mana sekali pun ujian yang di terima, bukan alasan untuk kita menukar aqidah...Para sahabat malah rasulullah sendiri telah menerima pelbagai dugaan yang lebih berat tapi itu semua membina kecintaan yang lebih teguh kepada Islam. Setiap ketentuan pasti ada hikmahnya. Allah hanya menguji tahap keimanan kita. Jangan sampai kesusahan di dunia membuatkan kita menempah kesusahan yang lebih berat diakhirat nanti.. wanauzubillah!

Rohani said...

Salam,

Walau seberat mana sekali pun ujian yang di terima, bukan alasan untuk kita menukar aqidah...Para sahabat malah rasulullah sendiri telah menerima pelbagai dugaan yang lebih berat tapi itu semua membina kecintaan yang lebih teguh kepada Islam. Setiap ketentuan pasti ada hikmahnya. Allah hanya menguji tahap keimanan kita. Jangan sampai kesusahan di dunia membuatkan kita menempah kesusahan yang lebih berat diakhirat nanti.. wanauzubillah!

Unknown said...

saya setuju..itu bukan alasan untuk bertukar agama..kita kena sabar menerima segala dugaanNya..bagaimana susah dlm hidup kita,kita kena yakin dan sentiasa berkata 'cukuplah Allah bagiku..'mengadulah padaNya.

Blogging for future said...

hurm bahaya kes cmni..tp mmg ada pn yg berlaku..aper2 pn kita sbg masyarakat jgn buat cmtu..xbaik..sesama melayu pulak tue..

Blog Widget by LinkWithin