ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
22 June, 2009
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"
"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hurm...ni pntg lrg org tua2 ni...x sume blh caya
hurm...ni pntg lrg org tua2 ni...x sume blh caya
Pantang larang ni semua ikut Quran & Hadis ke? Saya musykil nih!
pantang larang saya percaya ada yang betul..tapi tang kesan dari melanggar pantang larang tu masing-masing mau ingat la,,nak percaya atau tida. org melayu kan selalu berkias2 bila berkata-kata, bkn betul pun tapi saja supaya kita tak langgar pantang larang tu. ada kajian yang mengatakan pinggan/cawan yang telah sumbing sebenarnya akan mengeluarkan toksin (kalau tak silap saya) jika digunakan. toksin amat merbahaya kepada kesihatan manusia. just my 2 cent :D
Post a Comment