adsense

04 July, 2009

Kanak-kanak dilarang ke hospital







Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini telah memendekkan waktu lawatan pesakit sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan Influenza A (H1N1) atau selsema babi.

Pengarah HSA Dr Daud Abdul Rahim dalam satu kenyataan hari ini berkata waktu melawat pada tengah hari yang sebelum ini dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang telah dipendekkan setengah jam iaitu dari pukul 1 hingga 2 petang sahaja.

Waktu melawat sebelah petang juga dipendekkan setengah jam iaitu dari 4.30 hingga 6.30 berbanding 4.30 hingga 7 malam sebelum ini.

"Orang awam tidak digalakkan mengujungi hospital tersebut dan setiap pesakit hanya dibenarkan menerima dua pelawat yang berumur 12 tahun ke atas sahaja. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dilarang dibawa ke hospital kecuali untuk mendapatkan rawatan," kata Dr Daud.

HSA adalah pusat rawatan pengidap H1N1 bagi negeri ini.

sumber: bernama

"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"

"WOW!!! SANGAT MUDAH, SANGAT SENANG & YANG PALING PENTING SANGAT LUMAYAN!!!"
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"

"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

1 comment:

An said...

risau betul dengan swine flu ni...amat merbahaya. Mintak kita semua dijauhkan..Amin

Blog Widget by LinkWithin