ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
27 August, 2009
Tarian poco-poco
Dari inbox admin,tak tau kebenarannya dan tak pernah join tarian poco-poco ni. Tak pasti betul ke ada iras-iras salib.
Mari sama-sama baca emel ini "Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.
Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan." Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman?
Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM...
"Student Buat RM1000 Sehari Bersama Ecofirst Products Secara Online/Offline"
"Shopping di Giant, Kamdar dapat duit, isi minyak di Petronas dapat duit. Percuma RM50"
"JOM TENGOK BAJU-BAJU NI TENGOK DULU KOT-KOT BEKENAN"
"DAFTAR PERCUMA*PART TIME DIRUMAH*BONUS MINGGUAN*$2,000-$5,000"
"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"
"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Terima kasih kerana menguar-uarkan perkara ini. Sebelum ini tarian kuda kepang telah difatwakan haram. Sekiranya ia benar, wajarlah poco-poco ini diharamkan agar tidak menjejaskan aqidah umat Islam. Pihak sekolah turut menerima surat daripada KPM meminta tarian ini dihentikan kerana bukan berteraskan tarian masyarakat Malaysia.
Betul ker??
Memang mudah mengharamkan sesuatu tetapi amat payah menyediakan alternatifnya.
Ramai yang menarikan tarian poco2 ini lebih menjurus kepada senaman menyihatkan badan bukan 'mengagamakan' tarian tersebut.
Berbeza pula dengan kuda kepang kerana sedari awal sebelum bermula tarian tersebut ... sudah diadakan upacara yg menyalahi hukum agama Islam. Dan jika sesiapa menarikan kuda kepang tersebut memang sah menjadi syirik kerana mereka sedari awal telah melihat akan upacara2 'menyemah' gelanggang tarian dengan membakar kemenyan sambil dibacakan mentera memangil 'semangat'.
Begitu juga dengan yoga, jika kita hanya sekadar melakukannya sebagai satu senaman ringan tak lah menjadi syirik tetapi
jika pengamalnya turut serta atau mengamalkan 'meditasi' yg memerlukan pengamalnya membaca sesuatu agar sampai pada titik 'karma' itu memanglah hukumnya haram kerana apa yg dibaca itu seakan mentera atau doa agama hindu yg pengamalnya sendiri tidak faham maksudnya.
Jangan suka2 menghukum haram sesuatu perkara itu hanya kerana 'kita' melihat ianya tidak sesuai dengan jiwa atau sekadar bersangka sangka bahawa ianya adalah bagi tujuan keagamaan sedangkan tiada bukti kukuh yg dapat diperjelaskan.
TK
Aku tak nampakpun dimana "kritian"nya tarian senaman poco poco ini.. minta jelaskan
Poco2 hanya satu 'pergerakan' ia bukan suatu 'kepercayaan'. Beri saya satu nama individu yang telah masuk kristian lepas menari poco2.
kalau poco2 boleh buat org terpengaruh utk masuk kristian, dah ramai kat malaysia ni yg masuk kristian.
p.s - its not about outside, its all about 'inside'.
p.s.s - sebab dari hati timbul fikiran2 jahat, yang menyebabkan org membunuh, berzinah, mencabul, menipu, dan memfitnah.
jangan terlampau singkat pemikiran. tengok dari semua sudut sebelum mengatakan semua itu haram dan tak betul.
poco-poco kan bahasa manado..maksudnya chubby..cuba tgk kat utube..jgn senang2 main haram itu haram ini..
Post a Comment