adsense

03 July, 2007

Mahkamah Tinggi: Tangguh roboh Surau Dang Wangi



Posted on Monday, July 02 @ 07:55:51 MYT by SongkokPutih


Berita  Surau Dang Wangi yang berusia lebih kurang 90 tahun kini ada yang simpati. Allah pasti membantu jika Dia berkehendakkan begitu melalui apa cara sekalipun.


Yang nak roboh ialah Trans resources Corporation, yang suruh roboh ialah Majlis Agama ISLAM Selangor, peguam sokong roboh ialah Nurhani Salwa Jamaluddin (Islam) dan Mohd Azahari Abu Hanif (Islam), yang halang roboh plaintif ialah rakyat (penduduk sekitar), peguam yang halang roboh ialah A Vishnu Kumar (Hindu) dan Suraj Singh (Hindu) dan Hakim yang halang ialah Datuk Tee Ah Seng (Buddha)


Mahkamah Tinggi: Tangguh roboh Surau Dang Wangi
Oleh Mohd Razlan Salleh

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 jemaah
Surau Dang Wangi di sini, yang berusia 90 tahun, menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam, menangguhkan keputusan merobohkan surau berkenaan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan bangunan baru.


Hakim Datuk Tee Ah Seng
memerintahkan defendan pertama, Trans Resources Corporation Sdn Bhd (TRCSB); defendan kedua, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan defendan ketiga, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan tidak merobohkan surau berkenaan yang dijadualkan hari ini.


Tee yang membuat keputusan itu dalam kamar beliau, membenarkan permohonan injunksi sementara sehingga 22 Mei.


Plaintif iaitu 13 ahli jawatankuasa surau berkenaan memfailkan permohonan penangguhan itu melalui peguam bela A Vishnu Kumar dan Suraj Singh, manakala Mais diwakili Pegawai Undang-Undang, Nurhani Salwa Jamaluddin dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Mohd Azahari Abu Hanif.


Wakil pihak defendan pertama tidak hadir di mahkamah.
Mengikut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa tanah surau itu dibina, didaftarkan atas nama Mais dan dipindah milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 7 April 2004.

Mereka mendakwa surau itu wujud atas tanah terbabit sebelum 1975 dan menjalankan aktiviti sebagai pusat ibadat dengan sokongan dan tanpa bantahan pemilik tanah.


Tanah itu diambil alih Mais sebelum diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.


Dakwa plaintif lagi, apabila tanah itu dipindah milik kepada pesuruhjaya, mereka tidak dihubungi atau diberitahu mengenai perpindahan terbabit selain tiada usaha dibuat pesuruhjaya bagi mendapatkan pandangan ahli jawatankuasa dan jemaah.


Baru-baru ini, defendan ketiga membenarkan syarikat TRCSB membangunkan sebuah kompleks polis di atas tanah terbabit menyebabkan plaintif menerima notis mengosongkan surau itu dalam masa sebulan.


Berikutan itu, plaintif menulis surat kepada defendan dan pihak lain untuk menyelesaikan isu itu, tetapi tiada jawapan daripada semua defendan.


Plaintif kemudian membuat laporan polis pada 5 Mei lalu.
Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi mereka berhak menetap dan menjalankan aktiviti di surau itu dan perintah melarang defendan pertama merobohkan surau terbabit sehingga kes diputuskan mahkamah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin