adsense

19 January, 2008

Drama 'Gerak Khas' Syaitan Bertopeng



Drama 'Gerak Khas' episod Syaitan Bertopeng (bahagian 1) disiarkan pada 11/01/2008 dan juga sambungan bahagian 2 disiarkan pada 18/01/2008 patut diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa khususnya polis. Drama ini diarahkan oleh Saleh Majid yang diterbitkan di bawah Skop Productions (Datuk Yusof Haslam). Ini kerana cerita tersebut mempunyai jalan cerita menghampiri kisah keluarga Jazimin dan Allahyarham adik Nurin Jazlin.


Sinopsis cerita: http://hak-pengguna.blogspot.com/2008/01/drama-gerak-khas-syaitan-bertopeng.html


Daripada sipnosis di atas cerita itu memberi gambaran tentang pembunuhan adik Nurin Jazlin. Oleh sebab itu, tindakan harus diambil terdapat pengarah cerita Saleh Majid, penerbit Skop Productions dan juga RTM sebagai penyiar drama tersebut. Ini kerana:


  • Pihak drama 'Gerak Khas' telah menyiarkan cerita yang masih lagi di bawah siasatan polis. Sepatutnya kes ini tidak boleh dibuat pengambaran kerana ianya menganggu siasatan.

  • Drama ini membawa kesan trauma dan juga memalukan terhadap Encik Jazimin sekeluarga. Baru 5 bulan kehilangan anak tersayang, tapi pihak drama 'Gerak Khas' telah menyiarkan cerita yang menghampiri kisah adik Nurin Jazlin.

  • Watak Ali ini yang seolah-olah Encik Jazimin adalah seorang peminjam wang Along yang tak bertanggungjawab dan juga seorang panas baran. Ia juga menonjolkan Ali tidak mempercayai tugas polis dan juga keputusan DNA kanak-kanak tersebut. Adakah perlu watak ini memperlakukan Encik Jazimin seorang yang sangat tidak bertanggungjawab, bagaimana perasaan Jazimin dan keluarga apabila menonton drama ini?

  • Drama ini juga memaparkan seolah-olah pasukan 'Gerak Khas' mereka lebih efisen daripada PDRM yang dapat menyelesaikan kes itu dengan segera. Perlukah drama sebegini diberi ruang apabila kes masih lagi disiasat oleh PDRM?

  • Memaparkan pasar malam merupakan tempat yang tidak selamat kerana sering menjadi tempat penculikan kanak-kanak. Hal ini, menyebabkan orang ramai berasa takut pergi ke pasar malam dan membawa kerugian kepada peniaga-peniaga pasar malam. Sedangkan kes perculikan kanak-kanak berlaku di mana sahaja!
Oleh itu, disarankan sekali lagi agar pengarah, penerbit dan penyiar drama 'Gerak Khas' perlu diberi tindakan sewajarnya untuk teladan pada masa hadapan. Janganlah difikirkan peluang publisiti, eksplotasi dan keuntungan semata-mata tapi ianya memberi impak negatif kepada pihak yang lain. Diharap juga kajian diberi kepada drama yang menyatakan "kisah ini tidak berkaitan samaada masih hidup atau mati", tapi bagaimana drama itu jika ditonton oleh orang ramai terutama kanak-kanak, mengaitkan ia kejadian sebenar yang berlaku pada sesebuah keluarga. Harap maklum.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin