Pada malam tadi (28 Ogos 2007) jam 9.15 malam, bertempat di Dewan
Majlis yang pada mulanya dijangka dihadiri sekitar 50~60 orang, tetapi sungguh luar biasa apabila bilangan yang hadir melebihi 500 orang yang datang dari seluruh pelusuk kawasan P.Gudang dan sekitarnya. Mereka datang dengan satu niat untuk mendapatkan maklumat yang tepat dari pihak berkuasa dan pemimpin yang dilantik.
Sessi penerangan yang dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Kampung Mukim Plentong itu dengan jelas menegaskan bahawa semua berita yang disebarkan oleh SMS, email dan lisan adalah khabar angin semata-mata. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa kes yang berlaku di kawasan P.Gudang tetapi ia merupakan kes2 biasa dan terpencil dan rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak polis sentiasa menjalankan tugas mereka dengan cekap untuk menjaga keselamatan penduduk setempat.
Wakil Datuk Khaled Nordin juga memberitahu yang Datuk Khaled Nordin berasa sangat kecewa dengan apa yang melanda penduduk P.Gudang. Malahan berita ini juga tersebar dengan cepat sehingga ke Kedah. Semua ini adalah KUASA SMS yang begitu mudah memperdaya rakyat dan hanya menguntungkan syarikat telekomunikasi dengan SMS-SMS yang dihantar.
Di dalam ucapan Datuk K.S Balakrisnan pula, beliau meminta penduduk supaya lebih menekankan soal pendidikan anak-anak daripada memikirkan SMS yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Datuk K.S Balakrisnan yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor juga meminta semua penduduk saling hormat menghormati dan mengeratkan perpaduan kaum demi kesejahteraan bersama. Di dalam mengakhiri ucapannya beliau juga melaungkan kalimah MERDEKA! sebanyak 3 kali dan diikuti oleh semua yang hadir.
Yang pasti majlis yang berlansung malam tadi dihadiri oleh kaum Melayu dan
Untuk memudahkan penduduk menyalurkan maklumat atau aduan, pihak polis telah meletakkan 2 anggota mereka di ZON 11 iaitu di
Sekian untuk makluman semua.
Selamat Menyambut UlangTahun Kemerdekaan Ke-50
No comments:
Post a Comment