28-05-2007 03:29:58 PM
PETALING JAYA: Pengguna kanta lekap yang memakai larutan Advanced Medical Optics' (AMO) Complete MoisturePlus harus berhenti menggunakannya serta-merta.
AMO berkata ia dengan sukarela menarik balik produk itu dari pasaran walaupun, menurutnya, tidak terdapat bukti wujud pencemaran pada produk tersebut. "Langkah ini tidak memberi kesan kepada produk lain jagaan kanta lekap AMO, termasuk larutan nyahjangkitan hidrogen peroksida."
Penarikan balik itu dibuat berasaskan maklumat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengenai jangkitan akibat Acanthamoeba, sejenis organisme yang hidup di dalam air, yang boleh membawa jangkitan serius pada mata.
CDC telah menemubual 46 pesakit yang mengalami jangkitan Acanthamoeba keratitis sejak Januari 2005 dan 39 daripada mereka terdiri daripada penggunan kanta lekap, dan 21 dilaporkan menggunakan produk Complete MoisturePlus.
Acanthamoeba keratitis boleh menyebabkan kecederaan kornea dan mengakibatkan hilang penglihatan dan buta. Tanda-tanda serangan antaranya mata menjadi merah dan kesakitan yang berulang-ulang.
CDC menganggarkan, mereka yang menggunakan larutan tersebut boleh terdedah kepada risiko jangkitan itu tujuh kali ganda berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
2 comments:
boleh tak berikan sumber mana awak tahu pasal amo ni menyebabkan jangkitan kuman?
Sumber dari website yang tertera di artikel. Contact nombor pun ader kat artikel tersebut.harap maklum
Post a Comment